Assalammualaikum!!!
Satu tempat yang paling dekat dengan diri aku, paling dekat dengan rumah aku dan paling banyak aku belajar berenang kat sini,
Hutan Lipur Kuala Woh. Yup, salah satu
hot spot di
Negeri Perak katanya. Terletak di laluan utama menuju ke
Cameron Highland, hinggakan sesiapa yang nak naik atau turun ke
Cameron Highland akan singgah kat
Hutan Simpan Kuala Woh ni untuk melepaskan lelah atau berrekreasi bersama keluarga.
|
Tempat parking kereta, kalau time cuti, memang penuh giler la tempat ni... siap berlapis2 lagi orang parking. |
Baru-baru ni aku berkesempatan menjengah tempat ini yang pernah menjadi tempat bermain satu ketika dulu. Kat situ jugak la aku angkut kawan-kawan dari sekolah asrama kalau balik kampung, untuk lepas
stress di sungai.
Best gilak!
|
Kawasan keseluruhan Hutan Lipur Kuala Woh. |
|
Satu-satunya kedai makan yang terdapat di situ. |
|
Kebanyakan laluan pejalan kaki dah di upgarde sebegini. kalau dulu kita akan jalan celah-celah akar kayu je. |
Sekarang,
Hutan lipur Kuala Woh dah berwajah baru, dah di
upgrade dengan banyak
facilities yang lebih baik seperti tandas awam yang lebih banyak dan besar, tapak-tapak perkelahan keluarga (berbumbung) dan sebagainya.
Satu lagi tarikan utama di sini adalah jambatan gantung! Dan terdapat juga sebuah muzium hasil hutan di seberang jambatan gantung tu...tapi tu dulu, sekarang ni aku tak tau muzium tu dah jadi apa, dah banyak juga bangunan baru dibina di keliling muzium tu.
|
Lebih banyak papan tanda sebegini diletakkan di kawasan ini, dulu tak ada. |
|
Dan banyak juga info-info sebegini diletakkan, jadi sambil berekreasi boleh dapat ilmu! Ni semua hasil upgrade kawasan ni. |
|
Tapak perkhemahan yang disediakan. Kalau time cuti sekolah, memang penuh rombongan sekolah camping di sini. |
|
Kawasan sungai yang lebar menjadi tarikan utama di sini. |
|
Kalau lepas hujan, airnya sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang sum sum. |
|
Port faveret aku dan kawan-kawan. hehe. |
Tapi sebenarnya aku lebih suka
Hutan Lipur Kuala Woh yang dulu... lebih
natural dan tersembunyi. Sekarang ni, tempat air panas ia pon dah bertutup dan tak nampak
natural lagi.... apa-apa pun zaman dah berubah kan... kalau perubahan tu kepada yang lebih baik, terima lah ia dengan hati yang terbuka.
WASSALAM.
lalu yg ikut tapah ke yang ikut simpang pulai?
ReplyDeleteDzuchan:
ReplyDeleteIkut Tapah
seronk gak mandi sini dulu2...sbb ader air panas ..titi gantung..tapi skrg pasal kencing tikus ajak family pun tak nak dtg....
ReplyDeletehuiyohhh macam best je!
ReplyDeletekenapa?
ReplyDeletekenapa?
kenapa baca blog nih mcm baca sokabar?
kenapa?
kenapa pegi sini tak ajak?
ok
bai...
Nasrul Asyraf:
ReplyDeleteYe dulu2 rasa lagi seronok, takyah risau pasal kencing2 tikus, babi, anjing semua tu kan. Skg ni je org sibuk dengan semua tu. heheh
Mama oh Yes :
ReplyDeleteHahaha mmg seronok habaq hang!
Kak Anash:
ReplyDeleteYe mmg akak tengah baca sotkhabor...
(mementang le masuk sotkhabor)
Huh.
Dulu2 ni je lah tarikan kat Tapah....lama sgt dah tak pi sini...cantik dah...
ReplyDeleteSisR:
ReplyDeleteYer sekarang mmg dah lain sangat dah.
Salam. Baru2 ni berkesempatan singgah sini. Too bad air cetek sempat selam kaki shj. Lain dari dulu..banyak berubah. Plastik roti gardenia merata, dipers baby ditinggalkan atas batu tempat bermandi manda. Sedih sangat. Harap2 kita semua lebih prihatin dan sayangkan alam. Tong sampah pon banyak yg rosak dan pecah. Kadang2 terfikir lebih bagus kalau bawa plastik sampah sendiri dan buang diluar kawasan nanti sebabnya kerana sampah2 ni nantilah datangnya tikus2 ni. Anjing liar pon ada hari tu..
ReplyDeleteSalam. Baru-baru ni saya berkesempatan singgah sini. Banyak berubah. Facilities ada yg baik dan ada yg rosak, terabai. Too bad air sangat cetek jadi rendam kaki sahaja. Terdapat juga plastik roti gardenia di celah2 batu dan dipers bayi di atas batu ditempat bermandi manda. Anjing liar juga ada, membuka makanan dan memakan sisa. So sad to see this. People come and go. We shoud be more sensitive by collecting our own garbage. Please be more appreciative and kind to nature :). We are sharing the planet and its for our future generation. Its never too late to start good habit. Cuma berkongsikan pandangan. Salam!
ReplyDelete