2013-01-14

Amazing Japan (Part 15): Imperial Palace & Asakusa (Again?), Tokyo.

Assalammualaikum!!!

Dah masuk Tahun 2013 tapi aku tak habis lagi nak tulis entry pasal beberapa perkara di Jepun. InsyaAllah aku akan cuba habiskan secepat mungkin. 


Hari berikutnya, pagi-pagi lagi dah mendung dan dah nampak hujan di beberapa kawasan di Tokyo. Aku dan yang lain-lain (macam biasa la, dua warga Indonesia dan dua warga Thailand yang jadi kawan rapat aku kat Jepun) plan untuk visit Imperial Palace di Tokyo City.

Maka awal pagi kami bertolak menaiki MRT menuju ke Tokyo Station. Apa yang menariknya, Tokyo Station adalah merupakan salah satu train station yang paling sibuk di dunia. Dengan jumlah line train yang ada berbelas-belas dan bertinglat-tingkat, memang boleh sesat la kalau tak betul-betul baca direction yang beraneka warna kat sana. Mujur juga ada Pak Agus, yang dah memang biasa dengan keadaan di situ, jadi perjalanan kami agak mudah.

Tokyo Station sebenarnya agak unik juga, kerana rekabentuk bangunannya yang klasik yang masih mengekalkan ciri-ciri zaman kolonial. Jadi untuk merakamkan gambar di hadapan Tokyo Station adalah wajib sekiranya dah berada  di sana. Sayangnya masa kami tiba di Tokyo Station, hujan lebat tengah turun dan kami terpaksa tunggu sekejap kat situ. Dan yang paling mengecewakan adalah proses baik pulih bangunan yang sedang randak dijalankan! Aduh, bayangkan, banyak kon-kon dan jentera construction kat depan Tokyo Station tu! Memng ganggu mood sungguh masa tu.


Tunggu punya tunggu, tapi hujan masih tak berhenti, jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Imperial Palace. Kami sempat singgah di bngunan seberang jalan berhadapan Tokyo Station untuk mengabadikan gambar di situ. Hmmm nampak gayanya kenalah datang lagi ke Jepun.

Kami meneruskan perjalanan di dalam hujan... mujur juga ada bawak payung dan ponco. Perjalanan kaki menuju ke Imperial Palace mengambil masa lebih kurang 20 minit memandangkan kami banyak berhenti untuk mengambil gambar, tak jauh sebenarnya Tokyo Station dan Imperial Palace.

Apa yang Ada kat Imperial Palace Tokyo tu sebenarnya?

Untuk masuk ke dalam kawasan Imperial Palace adalah percuma dan ada banyak pintu. Aku pon tak ingat masuk ikut pintu mana, tapi di pintu masuk, kite kena ambil pas di balai pengawal. Lepas dah ambil pas barulah boleh berlegar-legar dalam kawasan taman istana tu.

Untuk makluman, kawasan istana yang dibuka untuk orang ramai hnyalah kawasan taman istana dan beberapa buah muzium sahaja... istana itu sendiri adalah kawasan larangan dan masih digunakan sehingga kini.


Keadaan di luar kawasan istana
Pintu masuk kawasan Imperial Palace
Jadi sebenarnya, aku dan kawan-kawan tak jumpa pon Istana tu kat mana, jenuh jugak la pusing-pusing dalam kawasan taman yang dikelilingi tembok-tembok batu yang besar tapi tak jumpa. Akhirnya kami bergambar je la kat taman istana. Mungkin kawasan istana tu masuk jauh ke dalam lagi kot, dan kami pon dah malas nak berjalan, dah la hujan maka kami pon singgah di satu kedai cenderamata, merangkap information centre untuk solat dan tengok apa-apa yang boleh dibeli kat situ. Di information center tu ada la jual makanan dan Minuman serta barang-arang cenderamata khas dari Imperial Palace seperti ukiran-ukiran untuk perhiasan, poskad, beg tangan, key chain dan sebagainya. Tapi harganya agak mahal berbanding di tempat lain.  Aku sempat jugak la beli payong kat situ sebab dah tak larat nak pakai ponco. Harga payong adalah 500yen huhuhu.


Sebelum menuju ke pintu keluar, kami singgah di salah sebuh muzium yang terdapat di situ. Masuk adalah percuma tapi kena daftar nama di kaunter masuk. Dalam muzium tu ada pelbagai barangan berkait sejarah negara Jepun dan barangan-barangan istana dipamerkan. Memang menarik dan sesuai untuk diterjah.


Dah habis pusing-pusing satu muzium, kami pon berjalan keluar dari kawasan Imperial Palace. Alhamdulillah hujan pon dah berhenti dan matahari mula bersinar semula. Waktu tu pon dah petang, dah dekat jam 2.00 pm, paham-paham je la lapar dia macamana kan. Lalu kami decide ke Asakusa semula untuk sambung shopping sebenarnya hahahaaa. Memndangkan masa kami dah tak banyak, hanya tinggal 2 hari saja lagi sebelum pulang ke Tsukuba dan kelas pon agak pack, jadi hari ni kami habiskan masa untuk shopping disaat akhir dan singgah di beberapa tempat lagi yang masih belum kami jejak.

Dari Imperial Palace, kami berjalan kaki semula ke Tokyo Station untuk ke Asakusa. Aku pon tak ingat dah kami guna line apa, kalau tak silap, Yamanote Line (warna hijau).

Tiba di Asakusa, kami diperkenalkan oleh Pak Agus dengan sebuah gerai kebab orang Turki yang terletak betul-betul di simpang empat menuju ke jambatan famous di Asakusa iaitu Jambatan Azumabashi. Harga kebab pon standard la, dalam 600 yen macam tu, takda la meriah sangat kebabnya, tapi bolehla untuk mengenyangkn perut.


Kami berjalan kaki ke tebing sungai (tak sure tu sungai apa) dan lepak makan kebab kat situ. Dari tebing sungai kami dapat melihat dengan jelas Tokyo Skytree yang mencanak ke langit, mercu tanda baru Jepun yang tertinggi di dunia katanya, wallahuallam, aku tak sure betul ke tak. Untuk naik Tokyo Skytree tu memang aku tak mampu lah rasanya, nak naik je dah kena bayar 2000 yen, + 1000yen lagi untuk naik ke tingkat paling atas. Huhuhu makanya, tengok dari bawah je la. Lagipon dah naik ke Menara City Council haritu pon dah memadai, dapat jugak tengok satu bandaraya Tokyo. Dan kami juga dapat tengok bangunan Asahi Building yang terkenal dengan labu tradisionl Jepun yang besar gedabak di atas bumbungnya. (Eh betul ke tu labu? nampak macam lobak je warna emas hehehe)


Memang petang yang damai, dan bila perut Dah kenyang baru kami berjlan kaki ke kawasan Nakamise-dori untuk shopping. :-)


Petang tu memang penat juga la, kami berjaya sampai ke asrama sebelum jam 8.00pm, jadi Sempat la kejar makan malam free. Jimat banyak tu beb.

Ok la, esoknya masih berbaki 2 hari saja lagi aku di Tokyo. Ada lagi yang aku belom terjah! Nanti aku sambung lagi.

WASSALAM.

16 comments:

  1. Tak mampu rasanya nak ke Jepun sebab perbelanjaanya mahal, dan tak pernah ada dlm list tempat yang ingin saya pergi ...., walaubagaimana pun untung awak berjaya sampai kesana dan bila kita berkesempatan menjejaki kaki ke negara ni...kita kena terokai lah habis2an sebaiknya kan...ramainya girl friends..keliling pinggang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaque:

      Ye saya juga x pernah terfikir untuk jejak ke negara matahari terbit ni, tapi bile dapat peluang memang takkan saya kepaskan dengan mudah. Bak kata pepatah bak melihat seguni padi didepan mata. Hehehe

      Heheh tu je kengkawan yg sudi keluar bersama sewaktu di sana ☺

      Delete
  2. bersihnya bandar diorg....

    ReplyDelete
  3. gigih tau pegi palace ujan2 kannnn hahaha! sama la kita...

    byk la labu ko, tu mcm obor api tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Harusla gigih! Rugi tauuu kalau x pg hehehe

      Oooo obor eh? Hahaha

      Delete
  4. tengah berusaha nk dapatkan tiket gi japan jugak ni..harap sangat la dapat pi hihi

    ReplyDelete
  5. Janggel, yg kedai kebab asakusa tuh nama apa. Memang senang nak cari tak? Nanti duduk Asakusa so senang kalau nak makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owen;

      Bila pi? Ye bnyak kedai kt situ boleh cuba 😜

      Nampak dah nama kedai? Ok good luck!

      Delete
  6. Alamak...baru gambar Saray Kebab kuar. Slow pulak internet. Mentang2 ada Airasia sales...Heheheh...Anyway, thanks. lega sikit ada kedai halal dekat area hostel...

    ReplyDelete
  7. Suke gambo ko picit tokyo skytree tu :D
    Weyh apesal gambo ko dalam ujan ko itam kekekkeke

    ReplyDelete
  8. Mama oyeh;

    Aku pun suka gambo tu haha
    Hitam? Photo effect kot hahahaaa

    ReplyDelete
  9. Insyaallah awal April...Tgh sibuk baca you, biqque and backpackerbusuk punya pengalaman sebagai panduan di sana. Harap2 boleh tgk sakura kembang...Thanks pasal kebab kat asakusa tuh. Jenuh cari info, takde pulak jumpa kedai halal dekat hostel...

    ReplyDelete
  10. Janggel/Rain,
    Sangat indah dan betapa hijaunya Jepun ini. Saya dapat membayangkan kebersihan dan kesegaran udaranya melalui gambar-gambar yang Janggel ambil.

    Saya tak pernah pijak kaki betul-betul di atas rumput Jepun. Cuma setakat di Narita Airport je hu hu hu...kesiankan. Cuma anak saya saja yang dapat berkampung di sana. Dia ada keluarga angkat di sebuah kampung di Yamagata.

    Bertuah Janggel dapat pergi ke Jepun.

    Saya sukakan gambar Janggel yang 'picit' bangunan tinggi dengan jari tu. Macam superimpose. Cool :)

    ReplyDelete
  11. nih bila pegi tokyo nih?
    tak kabo awal2?
    tak sempat nak kompol duit tau!!!



    bunga jejarum di tepi tokyo skytree..sangat rasa macam kat malaya..hehe
    .(ade nampak bunga raya?)






    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS