2013-01-11

Food Hunter: Meang Kam At Restoran Alissara Thai

Assalammualaikum!!!

Lama tak aku tak apdet blog? heheh apa punya soalan la tu kan. Macam le ramai sangat nak baca kan hahah #drama. Ye aku sekarang tengah gigih buat draf untuk habiskan entry Amazing Japan tah yang bile nak habis tu pon tatau ... ada la beberapa perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsikan di dalam blog ni. Tunggu ye, sebab fenomena taufan kemalasan sedang rancak melanda sekarang ni.



Ok sebenarnya aku nak cerita pasal makan. Ye MAKAN. Food hunter katanya kan. Ada la semalam ni, aku di perkenalkan oleh seorang pengikut setia blog aku ni (cewah ye ke pengikut setia??? berani kerat jari ??? ) dengan sejenis makanan Siam (Thailand) yang selama ni aku tak pernah jumpa dan tak pernah makan. Nama makanan ni adalah Meang Kam (sebutannya aku tak tau le macamana, rasanya bunyik macam Meang Kam). Lokasi tempat aku jumpa makanan ni adalah di Restoran Alissara Thai yang terletak di Puchong Perdana. Ye, walaupun aku pernah jadi warga Puchong, tapi aku memang tak pernah jumpa tempat tu hehehe. Sapa-sapa nak pergi situ sila google je sendiri...tak dapek den nak nolong.

Ok berbalik kepada Meang Kam yang aku makan ni (sila rujuq gambar), rasanya sangat memikat... umpama melompat-lompat makanan ni di dalam mulut ketika kita mengunyahnya (bak kata Chef Jo dalam Masterchef Malaysia). Antara bahan yang ditaburkan di atas daun Kaduk tu adalah, kelapa sangai, kacang, hirisan bawang, dedadu limau bali, cili padi dan udang kering. Lepas tu makan dengan sos manis yang likat berlemak.

Cara makan? Mengikut tunjuk ajar APY, cara makannya tuangkan sos likat atas bungkusan daun kadok dan terus masuk semua ke dalam mulut...Fuh memang nikmat rasanya, tapi sesiapa yang tak tahan pedas tu buang la dulu cili padi yang ada dalam tu. 

Ok lah, aku nak cerita tu je, makan Meang Kam rasa macam fefiling berada di Bangkok la kononnya... (bilelah dapat pegi Bangkok ni...hmmmm tiket MAHAL!!!!)

WASSALAM.


8 comments:

  1. nampak sedap, tapi daun kaduk tu rasa camne? pahit ke mcm ulam jer?

    ReplyDelete
  2. aku penah bukak posa kt sini..makanan2 dia almost semua sedap, tapi lokasi mmg susah, area rumah2 kedai celah bedah mana tah..

    ReplyDelete
  3. Biqque:

    tak pahit la daun kadok tu, rasa ulam biasa je, ok la, seedap!

    ReplyDelete
  4. apa?
    pegi BANGKOK?
    tak ajak..
    kbai...

    ReplyDelete
  5. nak ikut pegi bangkokkkkkkkk hihi =)

    ReplyDelete
  6. dzuchan:

    Haah memang lokasinya agak mencabar minda. nasib bek bukan aku bawak masa tu, folow org je. Sebab tu kena google kalau nak pi.

    ReplyDelete
  7. Kak Tansreecocoberkapkek nenas

    Bangkok??? Sapa nak pi Bangkok???? Cer kabo cer?

    ReplyDelete
  8. Ceklala:

    Lai lai meh pi bengkok beramai2 meh.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS