Assalammualaikum!!!
Sambungan dari:
YESSS ni entry pertama tahun 2013! Weee~
Ok first day check in di Hotel 1001 Malam dan sebelah malamnya pulak buat pre-survey di Jalan Malioboro sambil shopping (wah walaupun survey tapi tetap shopping kan), maka hari kedua di Jogja, kami mulakannya dengan sedikit lewat. Hahah sedikit lewat katanya? Ye la kalau dah duduk melepek kat hotel sampai ke zohor siap makan breakfast atas katil eh kat balkoni bagai tak ke percutian yang sangat santai namanya tu? kekek. Ye kami keluar dari hotel lebih kurang pukul 1.00 tengahari, itu pon sebab dah bosan duduk dalam bilik.
Kali ni kami jaan-jalan di sekitar Jalan Malioboro sampai la ke Jalan Ahmad Yani. Sebenarnya dah takde benda nak shopping pon sebab dah all out shopping malam semalam. So kali ni niatnya nak terjah Kraton dan Taman Sari je. Ha dua tempat ni dekat je dengan Jalan Malioboro dan Jalan Ahmad Yani, actually satu jalan je. Kalau dah alang-alang sampai ke Jogja eloklah terjah tempat-tempat ni yang digembar gemburkan menarik...katanya... Tapi ?? Nanti aku cerita lebih lanjut.
Breakfast kami :-) |
Sebenarnya bukan waktu malam je penuh sesak kat Jalan Malioboro sampai ke Jalan Ahmad Yani ni, tapi siang hari pon sesak! Dan rata-rata aku tengok ramai rakyat tempatan yang turut melancong kat Jogja, dari Malaysia pon ada juga. Kami berjalan kaki dekat 30 minit jugak la dari hujung ke hujung sampailah ke pintu gerbang Kraton. Apa sebenarnya Kraton ni?
KRATON
Kraton merupakan sebuah Istana yang kini tidak digunakan lagi oleh Raja Jogja. Tapi ada orang bagsawan lain yang duduk kat situ yakni menjadi kediaman rasmi bagi Sultan Hamengku Bowono. Ia juga dikenali sebagai Muzium Hidup Kebudayaan Jawa dan tempat tinggal raja-raja Jogja satu ketika dahulu. Kini Raja Jogja dah tak duduk kat situ, ada di tempat lain sebab supir kami ada tunjuk sebelum ni lokasi Istana Raja Jogja katanya. Mula-mula dengar pasal Kraton ni memang la teruja, nak jugakla tengok apa kat dalam tu kan... Sampai je pintu masuk Kraton, kami meninjau-ninjau tempat beli tiket. Susah jugak, sebab tempat masuknya adalah di sebelah kanan kalau dari Jalan Ahmad Yani. Setelah bertanyakan kepada sorang Mbak yang duduk depan rumahnya, dia pon menunjukkan arah pintu masuk Kraton dan dia jugak kata yang Kraton ni tutup pukul 2.00 petang!!!
Matila, masa kami sampai tu dah pukul 1.30 petang, ada 30 minit je lagi. Tapi kami nekad nak masuk jugak ke Kraton ni sebab dah sampai kan... Harga tiket masuk adalah IDR 5,000 + IDR 1,000 sebab bawak kemera. Sebenarnya kalau cakap tak bawak kemera pon boleh dengan syarat korang sorokkan kemera dalam beg, lepas masuk dalam tu keluarkan la kemera... bukan diorang cek pon.
Masuk je dalam tu, kami nampak ada beberapa orang pakcik yang kerjanya sebagai tour guide menyapa kami, tanya samada kami perlukan hikmad tour guide tau tidak. Memang tak la kan, kata nak jimat, nanti ntah berapa pulak kena chrage. Makanya kami berlegar-legar sendiri je dalam Kraton ni. Apa yang kami nampak, dalam kawasan Kraton ni kebanyakannya kosong dan lapang (mungkin kawasan tari-menari dan persembahan), tak berapa banyak benda menarik pon nak ditengok masa tu. Mungkin sebelah pagi banyak la aktivitinya. Menurut kata blogger-blogger yang mengomen kat bawah ni la, ada la persembahan kebudayaan bagai kan kat situ... mungkin masa persembahan-persembahan tu dibuat meriah la kot? Tapi masa kami pergi tu... memang takda apa yang berlaku. Layan je la tengok gambar-gambar yang di tepek kat dinding, especially kat dalam ruang yang seakan-akan bilik tidur diraja gitu. Cuma kondisi dalam ruang pameran agak tak berapa menarik dan berdebu.
Usai meneroka ala kadar dalam Kraton (masa tu dah pukul 2.30 petang) rupanya untuk pelancong yang dah membeli tiket, boleh stay lama sikit kat dalam tu, cuma untuk entrance saja yang dah ditutup pada pukul 2 petang. Daripada Kraton, kami singgah minum air kelapa di luar pintu masuk Kraton, banyak kedai-kedai menjual cenderamata dan makanan di tepi-tepi pintu masuk Kraton.NOTA: Kraton Yogyakarta sebenaranya dipanggil Kraton Kasultanan Ngayokyakarta Hadiningrat merupakan tempat tinggal raja-raja terdahulu (istana) dan juga pusat pengembangan budaya masayarakat Jawa di Jogjakarta. Untuk maklumat lanjut mengenai Kraton, boleh ketik SINI.
LAMAN SARI (WATER CASTLE)
Misi seterusnya adalah ke Taman Sari atau di kalangan mat saleh di panggil Water Castle. Sebenarnya kengkonon nak jalan kaki la pergi ke Taman Sari tu, tapi tetibe rasa berat pulak kaki nak melangkah, bile tahu jarak nya lebih kurang 1 km dari Kraton, terus panggil pakcik beca kekeke. Seronok pulak naik beca ni, tambah pulak tengah-tengah panas kan. Harga tambang beca dalah IDR 15,000. Tiket masuk ke Taman Sari adalah IDR 5,000 sama macam nak masuk Kraton tadi, dan IDR 1,000 untuk kamera.
NOTA: Taman Sari merupakan taman istana pada satu ketika dulu. Raja-raja Jogja akan bermalas-malasan di Taman Sari sambil bermandi-manda di kolam air di tengah-tengah Taman Sari tu, kat kawasan tu jugak ada museum batek dan beberapa pusat kebudayaan yang lain.
Sekali tengok macam Hawa Mahal di Jaipur pulak. |
Untuk makluman ada laluan bawah tanah kat Taman Sari ni, tapi kami memang tak nak masuk sebab masa tak mengizinkan. Lagipun hari dah nak hujan, kena balik cepat kalau tak, lencun.
Sebelah malam, kami keluar lagi! Rugi la kan klau nak duduk je dalam hotel, kengkononnya nak final shopping la kan. Kami sempat la beli BAKPIA (kuih kacang pelbagai perisa) Pernah dengar tak nama kuih tu? Katanya popular kat Jogja! Aku beli sekotak, ada perisa durian pulak tu!
Curi gambar dari Kaki Berangan hehehe. |
Dah habis berlegar-legar buat kali terkhir di Jalan Malioboro, kami balik hotel dan berehat. Kemas-kemas apa yang patut. Maklumla esok dah nk balik ke Malaysia!. Flight kami balik ke Malaysia adalah pada jam 12 tengahari kot. Lupe plak waktu yang tepat. Kami minta hotel 1001 Malam sediakan transport ke airport, bayarannya adalah IDR 35,000. Urusan sewa hotel pon mudah je diurusin , pakai kad kredit pulak tu sebab dah Bankrup katanya! Harga sewa hotel untuk 2 malam adalah IDR 240,000.
Ok la, sekian saja kisah pelancong di Jogjakarta. Walaupun waktu yang singkat tapi percutian kali ni sangat bermakna sebab dapat hilangkan stress berpanjangan di pejabat! Ini jugak merupakan aktiviti travel penutup buat tahun 2012, dan alhamdulillah ianya berakhir dengan jayanya. #drama.
Sampai bertemu lagi di episod jalan-jalan akan datang. Semoga tahun 2013 ni rezeki makin di murahkan dan dapatlah aku berkongsi cerita lagi!
WASSALAM.
sedapnya weh nasik goreng tu. teringat aku. nyesal x order nasik goreng since day 1. hahaha... wlpn rupa xde mana, tp rasanya enak bangat! hahaha....
ReplyDeletehayuhhhhhh dah abes kah? mohon sambung jepun.,
Bakpia?? baru first time dengar..sedap ker??
ReplyDeletewah! aku suka tgk entry2 ko sbb bila tgk entry2 ko ni terasa mcm aku pun ada sekali pegi bercuti dgn ko ni... apap2pun terbaik byk bnda aku yg xthu dh thu kt tempat ni...
ReplyDeleteJanggel/Rain,
ReplyDeleteLamanya hayat Rain, 20012? dua juta duabelas?...ce cek ayat terakhir he he he
Masa Kak nA pergi Jogja hari itu dia orang kata sayang kalau ke Jogja tak tengok Kraton. Tapi disebabkan masa yang singkat kat situ kami tak dapatlah pergi. Daripada penerangan Rain di atas ni, Kraton tu tak berapa menarik..jadi kiranya Kak nA tak rugi manalah ya...?
Jalan Malioboro tu Kak nA lalu je, adalah nampak kuda dan patung kaki berakar tu...tapi tak sempat ambil gambar patung tu..
Bakpia tu tak pernah makan. Biaqpi tu adalah he he he. :D
Henry Fox:
ReplyDeleteHaah kan sedap pulak nasik goreng tu, dah la tengah lapor ni..
Ye lepas ni fokus sambung Jepun balik la... haish,...
Cik Anne:
ReplyDeleteYe namanya Bakpia... sedap le jugak sebab tak manis sangat dan ada inti macam tepung2 berperisa gituh.
Nick:
ReplyDeleteThanks sebab masih membaca entry aku! Lama dah kan ko menghilang?? kekek.
Kak NA:
ReplyDeleteYe dah betolkan dah thanks! Hehehe.
Kraton tu bagi saya....hmmmm biasa je kot. Lawa lagi muzium Istana Negara lama kite kat KL tu.
Jalan Malioboro pon sonok kalau nak bershopping.
Bakpia tu, kena terai tu sebab popular di jogja. Hehehe.
wah settle! aku jugak tak settle2 lagi danang nihhhh...
ReplyDeletebaca entry ko best rasa mcm ada kt luar negara hehe xdpt pegi tgk2 gmbr ko letak ni pun jadi la... aku layan facebook thn lps tu yg tinggal blog skrg baru layan blog balik hehe
ReplyDeletebIQQUE:
ReplyDeletehAHAHA Sila lah bertabah habiskan cepat! Cayokkkkk! :)
Nick:
ReplyDeleteYe ke.. terharu kekeke. Ok aku dah add ko kat FB sila approve hahaha.
hmm...salam..Kraton itu masih dipakai lagi...ada area tertentu yang tidak boleh dimasuki pelancong...
ReplyDeleteGubernur sekaligus Raja Mataram, Sri Sultan Hamengkubuwono X masih lagi tinggal di situ...
Cancer:
ReplyDeleteThanks for the info.
Salam,
ReplyDeleteHappy New Year!
Kraton Yogja - I guess, you have the wrong info there. Kraton Yogja tue masih digunakan and Kraton tue adalah kediaman rasmi bagi Sultan Hamengku Bowono. I was there last year and so happen that they are in the midst of preparing the wedding of his daughter. Lagipun, you've missed the whole cultural shoes there. Meriah sangat! We spent a few hours there.
Taman Sari - I guess you've missed the Taman Sari underground tunnel. Tak ke sana? Kalau betul2 nak discover Taman Sari tue, kena amik tour guide and he/she will showed you the route sbb kena masuk antara rumah-rumah orang.
Zara AB:
ReplyDeleteYup thanks for the info. But memang saya pegi tu pon time nak tutup, so saya cerita berdasarkan pemerhatian di kala nak tutup tu jela, memang bosan jugak la sebab takde aktiviti apa pon kat situ..
Dan perasan jugak memang ada sesetengah kawasan yang ditutup, ye sebab itu kediaman rasmi kan.
Pasal terowong bawah tanah Taman Sari tu memang kami sengaja taknak masuk sebab waktu mencemburui kami dan nak hujan lebat. Tapi kami tau yang ada terowong kat situ.
Bagusla awak seronok kat situ. memang itu yang kite cari pon kan. Saya juga seronok di situ.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak
Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.
Special offer 2015... Joom tempah transport murah kat Bandung jer .
Rate per Kereta per Day :
# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115
# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160
# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185
# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
# Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245
*Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu
Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps sahaja.
Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour
Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : bimomekarwangi@gmail.com
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
As salam...boleh saya tahu no tel supir.terima kasih
ReplyDeleteShitah, no supir ada saya letakkan dalam entry, atau cubalah tanya dengan org2 yg drop komen kat atas ni.
Delete