Assalammualaikum!!!
Wah pejam celik pejam celik dah sampai ke hujung tahun dah yer? Rasa macam baru semalam je kami melarikan diri naik Cruise Libra kat Penang, padahal itu adalah kejadian setahun yang lalu, siap sambut New Year atas Cruise lagi! Korang ingat tak? Hahahaha. New Year tahun ni tak tau lagi aku akan berada di mana. Belom plan apa-apa lagi (cewah ye ke?).. tunggu dan lihat je la.
Sambungan dari lawatan sunrise di Bororbudur, dan pulang ke Rumah Boedi, kami meneruskan perjalanan menuju ke satu kawasan di mana katanya boleh nampak Gunung Merapi dan Gunung Merbabu. Kata Pak supir lagi, kalau nak ke Mt. Merbabu, perjalanannya jugak agak jauh macam nak ke Merapi so kami membuat keputusan untuk ke kawasan yang dinyatakan oleh Pak Supir tu, untuk melihat Merbabu dan Merapi dari jauh je. Nama kawasan tu adalah Wisata Katep Pass Kabupaten Magelang. Untuk menuju ke kawasan tersebut, perlu melalui jalan bengkang-bengkok macam nak ke Cameron Highlands tu dan cuacanya agak sejuk juga seperti di Dieng. Tapi malangnya, keadaan kabus yang tebal, sama seperti hari-hari sebelum ni membantutkan impian kami melihat Merbabu... Dari jauh hanya nampak kabus dan awan je. Lalu kami mengajak Pak Supir pergi dari situ...hampa.
Kami seterusnya menuju ke sempadan Jawa Tengah dan Jogjakarta di mana letaknya satu lagi tapak yang diiktiraf UNESCO iaitu Candi Prambanan. Lebih tepat, lokasi candi Prambanan ni adalah terletak 20 km daripada Bandar Jogjakarta dan 120 km daripada Selatan Semarang.
NOTA: Beza di antara Candi Bororbudur dan Candi Prambanan adalah, Candi Bororbudur adalah candi untuk penganut agama Buddha, manakala Candi Prambanan adalah untuk penganut agama Hindu yang terbesar di dunia! Ketinggian stupa-stupa di candi Prambanan ni mencecah 47 meter. Candi ini mulai dibangun pada sekitar tahun 850 masehi oleh Rakai Pikatan, dan terus dikembangkan dan diperluas oleh Balitung Maha Sambu, di masa kerajaan Medang Mataram.Kami tiba di Prambanan masa tu dah tengahari, belom lunch lagi sebab tadi dah breakfast berat (makan nasik goreng kan kat Rumah Boedi tu), tapi dalam kereta asyik la mengunyah biskut Oreo dengan biskut Tiger hehe. Panasnye jangan cakap la, ntah le taktau nak letak muka kat mana, setiap celah terkena panahan mentari. Patutla siap ada orang jual payung bagai kat luar pintu masuk Prambanan tu.
Pintu masuk ke Kompleks Wisata Candi Prambanan |
Untuk warga asing, harga tiket adalah IDR 171,000 |
Tiket dan pass masuk |
Kawasan Kompleks Candi Prambanan ni agak luas juga, sama seperti di Kompleks Candi Borobudur. Tak tahu pulak berapa luasnya, korang google la sendiri, tapi mengikut sumber-sumber yang aku baca, dalam candi Prambanan ni sendiri ada 240 candi di dalamnya di mana candi yang utama adalah 3 buah candi Trimuti yang terdiri daripada Candi Siwa, Wisnu dan Brahma, yakni candi yang menjadi tumpuan utama dunia.
Kawasan di sekitar Kompleks Wisata Candi Prambanan |
Dari jauh dah nampak Candi Siwa |
Lima buah candi yang utama |
NOTA: Candi Siwa sebagai candi utama adalah bangunan terbesar sekaligus tetinggi di kompleks candi Rara Jonggrang, berukuran tinggi 47 meter dan lebar 34 meter. Puncak mastaka atau kemuncak candi ini dimahkotai modifikasi bentuk wajra yang melambangkan intan atau halilintar. Bentuk wajra ini merupakan versi Hindu sandingan dari stupa yang ditemukan pada kemuncak candi Buddha. Candi Siwa dikelilingi lorong galeri yang dihiasi relief yang menceritakan kisah Ramayana; terukir di dinding dalam pada pagar langkan. Di atas pagar langkan ini dipagari jajaran kemuncak yang juga berbentuk wajra. Untuk mengikuti kisah sesuai urutannya, pengunjung harus masuk dari sisi timur, lalu melakukan pradakshina yakni berputar mengelilingi candi sesuai arah jarum jam. Kisah Ramayana ini dilanjutkan ke Candi Brahma.- Sumber Google.Kami menghabiskan masa dekat 2 jam jugak la mengelilingi kompleks Candi Prambanan ni, siap terjumpa sorang akak yang datang berjalan sorang-sorang kat situ. Kerja katanya, sambil ada masa lapang terus singgah situ. Dia sempat suruh kami amikkan gambar dia, sebab katanya gaya kami macam professional photographer gituh! Hahahaha.
Macam-macam aksi jugakla kami buat sebab dah tak tau nak buat apa, pusing-pusing kat situ pon sama je semua bentuk bangunannya. Panas terik yakmat pulak tu... dinasihatkan sapa nak datang sini, datang la waktu pagi atau waktu petang, boleh ambik gambar sunset.Ada jugak satu kawasan yang ditutup akibat kerja-kerja baik pulih.
AirAsia, Ke mana-mana saja... |
Runtuhan batu yang akan disusun semula dalam proses pemuliharaan candi |
Banyak jugak yang musnah akibat gempa bumi. |
NOTA: Di dalam kompleks taman purbakala Candi Prambanan terdapat sebuah museum yang menyimpan berbagai temuan benda bersejarah purbakala. Museum ini terletak di sisi utara Candi Prambanan, antara candi Prambanan dan candi Lumbung. Museum ini dibangun dalam arsitektur tradisional Jawa, berupa rumah joglo. Koleksi yang tersimpan di museum ini adalah berbagai batu-batu candi dan berbagai arca yang ditemukan di sekitar lokasi candi Prambanan; misalnya arca lembu Nandi, resi Agastya, Siwa, Wishnu, Garuda, dan arca Durga Mahisasuramardini, termasuk pula batu Lingga Siwa, sebagai lambang kesuburan. Replika harta karun emas temuan Wonoboyo yang terkenal itu, berupa mangkuk berukir Ramayana, gayung, tas, uang, dan perhiasan emas, juga dipamekan di museum ini. Temuan Wonoboyo yang asli kini disimpan di Museum Nasional Indonesia di Jakarta. Replika model arsitektur beberapa candi seperti Prambanan, Borobudur, dan Plaosan juga dipamerkan di museum ini. Museum ini dapat dimasuki secara gratis oleh pengunjung taman purbakala Prambanan karena tiket masuk taman wisata sudah termasuk museum ini. Pertunjukan audio visual mengenai candi Prambanan juga ditampilkan disini.- Sumber Google.
Muzium Prambanan |
Di luar pintu masuk Kompleks Candi Prambanan ni ada satu kawasan deretan kedai menjual cenderamata pelbagai jenis, ada jugak la jual FM tapi FM yang dijual kat situ kami tak berapa nak berkenan. Maka kami balik tanpa membeli apa-apa cenderamata pon sebab semuanya lebihkurang sama je boleh di beli di Jalan Malioboro nanti.
Kami menemui pak supir yang sedia menunggu kami di pintu keluar. Sebab dia dah pesan awal-awal untuk tunggu di pintu keluar, memandangkan ramai giler pengunjung masa tu, jadi senang nak cari nanti. Memang betol ramai sangat pengunjung masa tu, siap macet lagi nak keluar bayar duit parking yakni IDR 2,000.
Perancangan seterusnya adalah untu ke Pantai Parangritis... tapi melihatkan keadaan cuaca yang kian mendung, dan berdasarkan pengamatan pak supir dan firasat aku, mungkin akan hujan lebat petang itu dan sunset ke mana , Parangritis pon ke mana, jadi kami batalkan saja niat nak ke Parangritis lalu terus balik ke Jogja.
Kami singgah makan tengahari + petang di bandar Jogja, di sebuah restoran yang menjual pelbagai makanan yang enak dan murah (aku lupa pulak nama restoran tu, lupa nak tulis dalam buku hikma). Ya ampun masa tu hujan turun dengan maha lebat, nasib baik la tak ke Parangritis (nak menyedapkan hati) kalau tak memang tak nampak la sunset tu.
Maka habislah sudah perkhidmatan pak supir kami untuk dua hari. Pak supir menghantar kami ke Hotel 1001 Malam yang terletak dekat dengan Jalan Malioboro. Memang cantik hotel ni dan aku suka. Teringat pulak kat Tourist Guesthouse di Agra, India dulu, keadaannya sama. Cuma bilik hotel ni tak disediakan TV. Kata pekerja hotel ni, kebanyakan yang menginap kat situ adalah mat saleh, so diorang tak suka sangat tengok TV dan sukakan ketenangan... sebab tu hotel ni takde TV, cuma ada di ruangan lobi sahaja. Tapi ada disediakan Wifi percuma.
Oh ya, jumlah perkhidmatan pak supir untuk dua hari adalah IDR 900,000. Ok nanti aku sambung cerita mengenai Hotel 1001 Malam dan aktiviti kami seterusnya.
Psssttt: Ketik sini untuk versi Kaki Berangan juga. :)
WASSALAM.
bengkok la aku nak membayor tiket2 masuk ke tapak2 warisan UNESCO ittew...
ReplyDeleteDzuchan:
DeleteBertabahlah kalo nakkan keriangan berganda di tapak UNSCO
bestnyeee! hai bilela dapat sampai ni...kene masuk untuk tahun depan punye trip nih hihi
ReplyDeleteCeklala:
DeleteInsyaAllah, boleh plan dah tu
semedang pakai kain batik?
ReplyDeleteKak Anash:
DeleteAternya nama pon indonesia...
sini pun wajib pakai kain batik jugak ek...beza sungguh reger masuk untuk pelancong, nampak sangat di anak tirikan, hm~...
ReplyDeleteOrga:
DeleteYe mmg kbanyakan negara pon mcm tu, Malaysia x ketinggalan
Salam,
ReplyDeleteMasa saya pergi baru-baru ni, tak panas, sebab kami datang sebelah petang (hampir senja) dan masa itu musim hujan dan cuaca sejuk. So kami jalan relax je. Kamipun pakai kain batik sebijik macam Janggel pakai tu.
Dalam gambar di sini, Danny pakai kain batik ke pakai skirt? he he he...
Kami ada juga beli cenderamata kat kedai di sini, sebab dapat harga murah sangat-sangat. Kami beli beg kain (patchwork),alat muzik gamelan dan FM gambar Jogja. Kebanyakannya gambar candi tu, tapi kami tak beli sebab gambar candi tak boleh dijadikan hiasan di rumah orang Islam.
Wah tentu seronok menginap di Jln Malioboro tu...Janggel naik kuda tak?
Kak Na:
DeleteWah mesti lawa dapat gambar sunset ye? Kami mengehar masa masa tu so kene pg je bile free.
Cenderamata mmg kami x bli pon kat sini sebb saya ni tak suka shopping sangat... Hehehe
Duduk kat jalan malioboro tu mmg best, jalan kaki je, bile terasa nak shopping je keluar la dr hotel takyah pikir2 nk naik apa. Kuda tu kami x naik pon, sebab segan hehe
Assalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.
Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport
Harga bermula dari: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb