2012-12-10

Jogja, The Real Java (Part 4): Kompleks Candi Arjuna

Assalammualaikum!!!


Lama pulak terbantut entry Jogja ni. Ok aku sambung balik dari Telaga Warna dan kemudian ke Kawah Sikidang, akhir sekali kami di bawa pula ke kawasan pergunungan yang lagi terpencil di mana terletaknya beberapa buah candi 'mini', antaranya adalah Candi Arjuna, Candi Setiaki dan Candi Gatotkaca. Keadaan cuaca memang sangat sejuk, sedingin cuaca di Cameron Highlands tatkala selepas hujan.

Kawasan tempat letak kereta di depan pintu masuk, ada banyak orang meniaga.

Kawasan Kompleks Candi Arjuna, lapang je.
Seperti biasa, parking kereta mesti kena bayar punya iaitu IDR 2,000. Tiket untuk masuk candi ni tak perlu bayar lagi dah sebab dah inclusive dengan tiket masa beli di Kawah Sikidang yakni IDR 10,000. Jadi masa lalu depan pak guard tu cuma perlu tunjukkan tiket dan dia akan koyakkan tiket tersebut. Sebenarnya kawasan tiga buah candi untama ni terletak di tengah-tengah satu kawasan pertanian yang lapang. Seperti terletak di tengah-tengah sawah padi, tapi aku tak sure pulak apa jenis tanaman yang ditanam oleh mereka tu, samada jagung atau sayur-sayuran. Dan paling banyak kat kawasan ni adalah bunga Seri Pagi (Morning Glory) tapi saiznya sangat besar dan berwarna kuning!

NOTA: Kompleks Candi Arjuna merupakan kompleks candi peninggalan abad ke 7 yang masih teguh sehingga ke hari ini. Kawasan persekitarannya dijaga bersih. Catatan menunjukkan ia dibangunkan pada 809 M dan ia merupakan kompleks candi Hindu tertua di Pulau Jawa, Indonesia.Kompleks Candi Arjuna terdiri dari 5 candi yaitu, Candi Arjuna, Candi Semar, Candi Sembadra, Candi Srikandi, dan Candi Puntadewa. Secara arsitektur, Candi Arjuna mirip dengan candi di India selatan dan diduga mendapat pengaruh dari budaya India. Candi-candi yang terbuat dari batuan andesit tersebut tidak memiliki banyak relief pada dindingnya. Hanya ada relief ketiga Dewa Trimurti yaitu Siwa, Wisnu, dan Brahma yang dipahatkan di Candi Srikandi dan bukannya di candi utama.- Sumber Google

Dari pintu masuk di tepi jalan utama, kami terpaksa berjalan kaki lebih kurang 200 meter sebelum sampai ke kawasan Candi Arjuna ni. Sampai je kawasan Candi Arjuna, kami dapat melihat 4 buah stupa kecil yang tersusun selari. Cantik dengan ukiran-ukirannya. Biasalah, memang banyak bangunan-bangunan bersejarah yang diukir cantik di sini. Ramai jugak orang yang mengunjungi Candi Arjuna ni terutamanya golongan muda belia yang datang berkumpulan. Kami pon apa lagi tak melepaskan peluang bergambar sampai pitam kat situ.

Kompleks Candi Arjuna.
Pandangan sisi lain. 
Apa yang menariknya, seperti di Kawah Sikidang, di Candi Arjuna ini jugak ada sekumpulan pemuda yang berpakaian seakan-akan Dewa Monyet untuk tujuan berniaga gambar di situ. Sesiapa yang nak ambil gambar dengan mereka kena bayar IDR10,000. Tapi tak sure berapa kali boleh snap gambar dengan bayaran sebegitu.


Ini kami.
Bukan Dewa Monyet je, kami jugak terserempak dengan sekumpulan Teletubies kat situ! OMG comelnya! Entah nape la dulu aku benci tengok kartun ni kat TV, sebab karektor-karektornya pelik, macam toyol! Tapi bile dah jumpe kat sini, tergedik-gedik nak ambik gambar! Wakakaka. Untuk mengambil gambar denga Teletubies ni, kena bayar IDR 10,000 juga tapi hanya untuk 2 kali snap sahaja. Huhuhu so dengan tripod yang ada kami pon ambik la 4 keping gambar. Jadilah, buat kenangan, sebab tempat lain tak tau ada ke tak jumpa Teletubies macam ni lagi kekeke.

Teletubies bersama kami. 

Masa tu pulak si John tetibe panik.... katanya beg dia hilang! Terus dia berlari-lari patah balik ke kawasan teletubies tu kononnya beg dia ada kat situ, padahal beg dia ada dalam kereta. kekeke. Lawak je.

Lama jugak kami melepak kat situ. Dah habis pusing di Candi Arjuna, kami ke Candi Gatotkaca pulak. Candi ni tak berapa banyak macam Candi Arjuna, hanya ada sebuah stupa je. Kami tak takde laberia-ia nak begambar kat situ. Di depan kawasan candi ni ada sebuah muzium, tapi masa kami pergi tu rasanya dah tutup sebab dah petang. Dan ada juga disediakan surau untuk solat. Maka setelah selesai menuanikan jama' takhir, kami pon bergerak meninggalkan Dieng menuju semula ke kawasan Borobudur.

Candi Gatotkaca, terletak di bahagian hadapan kompleks.
Ada seketul je.
Saje je.

Perjalanan petang itu agak lancar dan keadaan semakin gelap. kami kembali melalui kawasan berbukit dan berbelok-belok, kawasan hutan dan akhirnya sampai ke kawasan Borobudur. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit (entah berapa kali aku tidur jaga tidur jaga duduk dalam kereta hehehe). Kami tiba di Borobudur sekitar jam 9.00 malam dan makan malam di salah sebuah gerai bakso berdekatan pintu masuk Borobudur. Sedap jugak makan mee bakso kat situ dan yang penting harganya murah! Jumlah makan malam kami (tiga mee bakso + air) adalah IDR 35,500.

Singgah makan malam sat.
Me Bakso Ayam
Bihun Bakso.

Malam itu kami akan menginap di sebuah Butik Hotel, iaitu Rumah Buedi yang terletak lebih kurang 2 km daripada pintu masuk Borobudur. pak supir kami pun tak tahu kat mana lokasi Rumah Buedi ni. Setelah menghubungi pekerja Rumah Buedi, kami akhirnya dijemput dengan motorsikal untuk menuju ke sana. Memang jauh ke dalam kampung lokasi Rumah Buedi ni. lalu kampung orang, tepi sawah dan akhirnya tiba di sebuah kawasan milik persendirian. Sangat cantik Rumah Buedi ni, ia merupakan tanah persendirian yang di dalamnya di bina beberapa buah chalet dan terdapat juga sebuah cafe dan kawasan rehat. Tetiba terasa 'posh' giler bile duduk kat situ! Terima kasihla kepada Chawanna yang telah membooking tempat tu untuk kami. Berbaloi-baloi walaupun akhirnya kami pokai.

Tido dulu... nampak tak keselesaan katil tu? 

Ok kami berehat je malam tu sebab esok paginya ada acara besar menanti! Ish tak sabar nak citer, tapi sambung nanti je la. Tunggu....

WASSALAM.

34 comments:

  1. Wah.. teletubies... teringat zaman kanak-kanak

    ReplyDelete
  2. comelnye gambar korang bersama tubies2 tu hehehehe..

    katil nampak inzal hahahah

    ReplyDelete
  3. Salam Rain,
    Tak takut ke sampai Borobudur 9 malam? Masa saya pergi tiga hari lepas, pukul 5.30 ptg dah gelap.

    Bestnya hotel kat kampung dekat sawah pulak tu. Nyamannya.

    ReplyDelete
  4. teletubies?aku langsung tak ingat katun apa, kena refer utube jap...bakso tu nampak menarik semacam jer, slurpp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga:

      Haaaa katun ni popular di kalangan kanak2 taun millenium je

      Bakso ok2 aje

      Delete
  5. dah mcm pegi taman tema, walhal kat candi! hahaha! aku agak phobia dgn maskot sebenarnya...(shhhh) hahaha!

    gatotkaca tu ingatkan kaca! cis!

    ReplyDelete
  6. Faith:

    Haah teringat ye. Tapikan saya x brapa minat pon binatang alah tu kekeke

    ReplyDelete
  7. Chawanna:

    Kan.... Sebb ada kamilah ianya menjadi chomel!!!

    Haaa inzal ko kan! Apatah lagi kami yg beradu di atasnya!

    ReplyDelete
  8. cosy giler bilik tu.best! tapi yang paling best gambo ngn teletubies comel!!hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceklala;

      Ye mmg cozy dan rasa taknak bangun bile dah tdo .

      Delete
  9. jauhnya kena pegi untuk bergambo dengan teletubbies!!!
    tapi
    akak sendiri jumpa upin ipin kat Bukit Tinggi, Sumatera
    hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anash:

      Kan,.... Kat sana je jumpe benda2 unik camni

      Delete
  10. masih tertanya2 ape kaitan teletubbies ngan tempat ni..
    cam dewa monyet tu ada la mitos dia..

    tapi tempat dia lawa..dlm pic pun nampak "kenyamanan" udara kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuchan;

      Haaaa diorang saje je la untuk tarikan pelancong.

      Delete
  11. Naramas Aman:

    Heheh akak, tak takut la, rasa macam biase je keke. Sebab ramai-ramai kan dan keadaan macet jugak so tak berapa nak takut la

    Memang best duduk kampung tengah sawah bagai.. best!

    ReplyDelete
  12. Dekat rumah ada byk sesangat teletubbies nye VCD sbb adik paling kecik dulu time dia baby2 dia suka tgk!!!!


    Hahahahahahhaah comelnye teletubbiess tuh. my fav, yellow!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida:

      Hamboi ni mmg hantu teletubies la ni eh?

      Delete
  13. hahahah teringat lak psl hilang beg! padahal mmg dalam kete! panik jap sbb ade passport weh dlm tuh! kang jadik mcm asyraf sinclair la aku menetap kat sana! hahaha

    terima kasih kpd Chawanna sebab pokaikan kami.

    ReplyDelete
  14. eeh..u all travelling bawa tripod ya.. hahahaha.. tak pernah fikir lak.. out of so many gadget.. pegi HK ni.. harus I bawa tripod..

    thanks for highlighted it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faith:

      Yup mmg kami bawak tripod tapi tripod kecik je la, takde la susah2 suh org lain amek gambo hehe.

      Delete
  15. semua candi kecik kemetot yg ko pegi ni aku tak penah lagi sampai. nak tanya..bakso tu sedap benor ke? ada mcm soto? ke lagi sedap?

    ReplyDelete
  16. Fatt:

    Nanti ko kene pg fatt, cantik tempat tu walau bukan macam negeri mat saleh yg slalu john cakaptu hahaha

    ReplyDelete
  17. Mohd razik:

    Alhamdulillahhh :-)

    ReplyDelete
  18. nak tanya ..korang g under agency mane ek..penah g sekali tp ikot trip u...kate agency 2 xbnyak agency yg wat trip ke dieng ni

    ReplyDelete
  19. Famie:

    Saya pg tak ikut mana2 agensi.. pegi sendiri-sendiri je.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. eiiiiii....geram la tengok si teletbs tu, siap baring manja lg....:)

    ReplyDelete
  22. John dan teletubbies tiada bezanya..ngahahahhahaha...jangan mare john!! ngahahhaha

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Wr Wb,

    Previously I ‘m sorry if Mr / Mrs less pleasing of this comment. Warmest greetings, my name Jati introduction of Ganesha Jogja Tour & Travel. We are a tour company particularly in the Jogja vacation. If Mr / Mrs want go to Jogja please don’t hesitate to call (+62 85104919010) or whatsapp me (+628985101301). Free for ask.
    In addition Jogja package, we also serve other destination (Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Surabaya) Tours. If Mr / Mrs have low budget, we also provide car / van / bus with special price.
    Here is a sample Jogja Tour:
    4D3N Jogja Tour (FULL BOARD / ALL IN)
    Kasongan (pottery production), parangtritis beach, Manding (leather arts), Borobudur temple, Merapi lava tour (exploring the rest of the Merapi eruption using jeeps), chocolate Kotagede, Mataram Kotagede Mosque (oldest mosque in Yogyakarta), Kotagede silver handicraft center, Kraton (Sultan's palace), Castle watercastle, cave tubing Pindul Cave, Indrayanti beach, Bukit Bintang
    Price start from: RM 482
    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, Isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, Isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium buses 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights * 2 / * 3 / * 4 (+ breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket is stated in the itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver's assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Prices are subject to change at any time
    Prices are not valid for high season

    Many more other package such as Jogja + Solo, Yogyakarta + Dieng, Semarang and Yogyakarta etc. Please do not hesitate to give a call to me at +6285104919010 / whatsapp me at +628985101301 (FREE). Many thanks for the attention.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS