Jogja, The Real Java (Part 4): Kompleks Candi Arjuna
Assalammualaikum!!! [ Sambungan dari Part 3 ] Lama pulak terbantut entry Jogja ni. Ok aku sambung balik dari Telaga Warna dan kemudian ke Kawah Sikidang , akhir sekali kami di bawa pula ke kawasan pergunungan yang lagi terpencil di mana terletaknya beberapa buah candi 'mini', antaranya adalah Candi Arjuna, Candi Setiaki dan Candi Gatotkaca. Keadaan cuaca memang sangat sejuk, sedingin cuaca di Cameron Highlands tatkala selepas hujan. Kawasan tempat letak kereta di depan pintu masuk, ada banyak orang meniaga. Kawasan Kompleks Candi Arjuna, lapang je. Seperti biasa, parking kereta mesti kena bayar punya iaitu IDR 2,000 . Tiket untuk masuk candi ni tak perlu bayar lagi dah sebab dah inclusive dengan tiket masa beli di Kawah Sikidang yakni IDR 10,000. Jadi masa lalu depan pak guard tu cuma perlu tunjukkan tiket dan dia akan koyakkan tiket tersebut. Sebenarnya kawasan tiga buah candi untama ni terletak di tengah-tengah satu kawasan pertanian yang ...