2012-12-26

Jogja, The Real Java (Part 7) : Hotel 1001 Malam dan Shopping Di Jalan Malioboro

Assalammualaikum!!!

Sambungan dari:


Ok, beberapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2013, dah banyak ke azam tahun 2012 yang tercapai? Aku, ada la beberapa yang tercapai dan beberapa lagi yang di postpone ke tahun 2013 hehehe. Nanti aku cerita di next entry, rumusan 2012 (macam biasa la).

Jom sambung kisah di Jogja. Setelah pulang ke Jogja dari Candi Prambanan, kami dibawa oleh Pak Supir ke Hotel 1001 Malam. Ada kisah di sebalik nak book hotel ni, kami booking hotel 1001 Malam ni lebih kurang 2 minggu sebelum berlepas ke Jogja. Masa tu tau-tau aje lah, semua hotel dah penuh dan tak tahu nak cari hostel bajet mana lagi yang available. Lastly terpaksa la booking jugak kat hotel 1001 Malam ni walaupun harganya agak mahal untuk kami yang tak berapa kaya ni. Tapi........ aku suka jugak dengan hotel ni sebab dia mengingatkan aku dengan Tourist Guesthouse di Agra, India tempat kami menginap suatu ketika dulu. Keadaan susun atur bilik-bilik nya lebih kurang sama dan ada taman di tengah-tengah hotel. Tenang dan nyaman je. 

Lokasi hotel 1001 Malam ni adalah berhampiran dengan Jalan Malioboro (sebelah belakang je) dan kalau jalan kaki tak sampai pon sepuluh minit nak ke Jalan Malioboro tu. Untuk penerangan lebih lanjut, bolehlah rujuk website hotel ni di http://1001malamhotel.com. Staff hotel pon boleh tahan friendly dan yang penting ada breakfast dan wifi percuma lepas tu ada juga kopi dan teh freeflow sepanjang masa (ala sebenarnya dah masuk dalam harga bilik la kan).

Alamat Hotel : 
Hotel 1001 Malam, 
Sosrowijayan Wetan, Gt I/57, Yogyakarta, Indonesia ‎
No. Tel: 1-800-814648 (Bebas tol)‎

OK kami sampai hotel je masa tu hujan lebat dan jam dah dekat pukul 4.30 petang. Maka setelah selesaiurusan check-in kami pon berehat le kejap. Untuk makluman, hotel 1001 Malam ni tak ada TV ye, sebab menurut kata pekerja hotel ni, kebanyakan pelancong yang menginap kat hotel ni adalah mat salleh, so mereka tak suka sangat tengok-tengok tv ni, mereka lebih gemarkan ketenangan katanya. Layan je la...

Setelah puas berehat, kami bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di Jalan Malioboro lagi sambil mencari beberapa cenderamata dan makan malam. Sebenarnya puas jugak cari FM tak jumpa-jumpa yang berkenan dan murah.

Freeflow kopi dan teh (bancuh sendiri)


Kami berjalan kaki ke Jalan Malioboro sampailah ke Jalan Ahmad Yani. Hasil risikan kami dengan anggota Travelholicawesome yang pernah sampai Jogja satu ketika dulu, ada sebuah kedai menjual cenderamata yang murah-murah dan ada jual FM cantik jugak. Nama kedai tu adalah MIROTA BATIK yang terletak di Jalan Ahmad Yani tu, jalan je la sampai ke hujung insyaAllah boleh jumpa kedai tu sebab signage dia pon besar dan senang nampak. Kami pom borong la cenderamata sesedap rasa, maklumla dah tak berapa nak berduit masa tu. Ni website kedai Mirota Batik tu ---> http://mirota-batik.blogspot.com/ dan alamatnya seperti berikut:

Mirota Batik
Jl. Ahmad Yani No.9 Ngupasan Gondomanan Yogyakarta 
Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia 
No. Tel: +62 274 588524

Selesai membeli cenderamata, kami meneruskan misi membeli baju-baju t-shirt yang cantik-cantik kat sini. Ya, memang kebanyakan corak yang dilukis di t-shirt kat Jogja ni semua cantik-cantik dan trendy. Tak menyesal beli banyak. Cuma harus di ingat, kolar (di leher tu) bajunya agak kecil dan agak mencekik sikit, kena pilih betol-betol sebab ada juga saiz XL nya yang kecil, jadi pandai-pandai lah cek dulu sebelum beli ya. Harga sehelai T-shirt yang berkualiti pon tak mahal sekitar IDR 30,000- IDR 35,000.



Usai (wah boleh guna perkataan usai!!!) membeli belah guna kad kredit (hahah sebab dah habis cash) kami pon cari la tempat makan, lokasi makan malam kami kali ni adalah KFC... maklumla ada orang tu mengidam nak makan KFC katanya, lalu kami pon pegi la cari restoran KFC kat dalam shopping mall apa tah yang besar kat tengah-tengah Jalan Malioboro tu.  Lepas hajat nak makan KFC katanya.

Lepas makan, kaki pon dah penat menapak, kami pon balik hotel la. Dah tak larat sebenarnya sebab sehari suntuk asyik berjalan je, dengan panas dan hujan lagi. Tunggu esok je kami sambung menjelajah sikit je lagi di beberapa kawasan di Jogja ni.

Bersambung....

Psstttt: Untuk Versi Kaki Berangan KETIK di SINI

WASSALAM.

19 comments:

  1. belum penah test lagi hotel style backpackers ni..selalu amik hotel biasa yang murah2 jek hihi

    ReplyDelete
  2. belum penah test lagi hotel style backpackers ni..selalu amik hotel biasa yang murah2 jek hihi

    ReplyDelete
  3. MasMZ:

    Ye ada beratus2 ekor cicak kat hotel ni cak cak cak cak (buat bunyi cicak)

    ReplyDelete
  4. Ceklala:

    Kalau dah cuba pasti nak lagi hahaha.
    Hostel biasanya lagi murah lagi Hotel.

    ReplyDelete
  5. wah ada cicak besar dlm bilik, mesti Aqilah takut nk tidor hehehe..tp mcm lawa je kt kawasan hotel tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawanna:

      Haa la cicak beso! Tetibe teringat kisah cawan kurung cicak dalam bekas nk kasi takut Aqilah kikiki

      Hotel tu mmg lawo! πŸ˜³πŸ˜πŸ˜”πŸ˜ŒπŸ˜’πŸ˜„πŸ˜ƒπŸ˜€☺

      Delete
  6. aah, malam2 tido mesti mimpi cicak tu jatuh atas badan hahaha!

    wow shopping sakan tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Bukan setakat mimpi cicak jatuh badan dengan cicak2 skali tidok bersama yer! πŸ˜„πŸ˜˜πŸ˜„πŸ˜˜

      Takde la shoppin mna pong hehe 🏫🏒

      Delete
  7. apsal tv ada kaitan dengan ketenangan pulak, kalau tak nak tengok tutup jelah, sama jer...perhh, jual beskal dekat tangga jer, hebatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga;

      Kalo mat saleh mmg xdanya suka nak tgok2 tb ni sene. Kalo travel suka make new circle so jalo tgok2 tb ni baik dok umah katanya.

      Eh tetibe ko emo pasal tb pehal? Hahaga πŸ“ΊπŸ“ΊπŸ“Ί

      Delete
  8. wah...
    akak terkesima melihat almari itu
    dibuat dari buluh?
    sangat unik!!!
    (sambil pasang angan2 ingin memilikinya satu hari nanti...hahaah)
    but again
    memang cantik almari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Motif sangat tau citer pasal lemari buluh!!!

      Sila beli

      Delete
  9. mirota batik tu cam best je tmpat die.. cam kedai ole2 bali ke temanye?
    taktau pun wujudnye tempat ni. haha ak g kejap sgt aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrule;

      Kedai ole2 bali tu cane? Haha mmg penuh kedai mirota tu, segala mcm mak nenek ada jual dlm tu. tapi jenuh bau setanggi kalo masuk dlm tu.

      Delete
  10. Salam Janggel/Rain,
    Masa saya ke Jogja baru-baru ni, saya ada jumpa FM tulis Jalan Malioboro warna hijau, cun, jadi saya belilah.

    Mirota Batik pun ada di Malioboro? Saya pergi Mirota Batik di Surabaya...settingnya pun macam dalam gambar yang Rain ambil ni.

    Seronok ya duduk di hotel 1001 malam tu...saya dapat rasa keseronokannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA:

      Hehe saya ada nampak jugak yg kaler hijo tulis jln malioboro tu tp keychain... Fm takde pulak.

      Haa murota batik tu ada banyak cawangan,, maklumla kedai besar!

      Best juga la dudyk hotel tu, sampai ada yg xmau bangun2 tido haha

      Delete
  11. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour + Goa Pindul, Indrayanti (FULL BOARD / ALL IN)

    1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)

    11.15-11.45 airport
    11.45-12.15 goto localresto
    12.15-13.00 lunch
    13.00-13.30 go to hotel c/in
    13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
    14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
    15.15-16.00 kasongan
    16.00-16.30 goto parangtritis
    16.30-17.30 parangtritis
    17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
    18.15-19.00 manding
    19.00-19.30 go to local resto
    19.30-20.00 dinner
    20.00-20.30 drop hotel

    2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)

    08.00-09.30 go to borobudur
    09.30-10.30 borobudur
    10.30-11.30 goto local resto
    11.30-12.00 lunch
    12.00-13.00 go to lava tour merapi
    13.00-14.30 lava tour merapi
    14.30-15.30 menuju chocolate monggo
    15.30-16.00 chocolate monggo
    16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
    16.15-17.00 masjid mataram kotagede
    17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
    17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
    18.00-18.30 menuju local resto
    18.30-19.00 dinner
    19.00-20.00 drop hotel

    3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)

    08.30-09.00 go to kraton
    09.00-10.00 kraton
    10.00-10.15 go to tamansari
    10.15-11.30 tamansari
    11.30-12.00 go to local resto
    12.00-12.30 lunch
    12.30-14.00 goto goa pindul
    14.00-15.00 cave tubing goa pindul
    15.00-16.00 goto indrayanti beach
    16.00-17.00 indrayanti beach
    17.00-18.00 goto bukit bintang
    18.00-19.00 bukit bintang
    19.00-19.30 dinner @bukit bintang
    19.30-20.30 drop hotel

    4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
    tba c/out hotel
    tba drop airport

    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS