2012-11-23

Jogja, The Real Java (Part 1): Car Rental, Accommodation And The Journey

Assalammualaikum!!!

Dah gigil-gigil sebenarnya nak cerita pasal ekspedisi ke Jogjakarta minggu lepas. Ekspedisi Jogja ni sepatutnya disertai juga oleh Chawana sekeluarga dan juga John (Kaki Berangan), tapi memandangkan waktu ekspedisi adalah pada sempena cuti Deepavali (katanya 1 Malaysia) makanya, si Cawan tak dapat nak bercoti dek kerna terpakse cover kerja masyarakat India kat opis dia, dan secara tak langsung Na dan Aqilah pon tak pergi la. Makanya terpaksalah aku dan John je yang terkinja-kinja kat Jogja berdua-duaan. Tapi walau apa pun terjadi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penuh keseronokan! 

Kami bertolak ke Jogja pada 14 November. Pagi tu gigih dah aku bersiap awal, sebab aku plan untuk letak kereta di tempat letak kereta berbumbung di Putrajaya Sentral dan ke LCCT menaiki ERL. Untuk cara-cara ke LCCT menaiki ERL dan bas, boleh rujuk entry terdahulu di SINI. Ok untuk bayaran letak kereta di LCCT, jumlah maksimum sehari (flat rate) adalah sebanyak RM 7, dan untuk tempoh semalaman dikira RM5 sehari pada keesokan harinya. Jadi total 5 hari aku letak kereta kat Putrajaya Sentral adalah sebanyak RM 30, jauh lebih murah daripada letak kereta di LCCT. (Dalam kes ni kalau aku nak free tak payah bayar pon takpe, aku boleh letak kereta kat opis, tapi memandangkan aku malas nak bersoseh-soseh naik bas bagai ke Putrajaya Sentral, maka aku parking je kat situ).

Penerbangan AirAsia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto, Jogjakarta dijadualkan pada jam 11.50 pagi (itu pun sebab dah delay dari jam 7.00 pagi).Tambang AirAsia KUL-JOG-KUL hanya RM100, tu pon beli masa promosi dulu, entah bile tah, lama dulu la beberapa bulan yang lalu. Murah tak? Alhamdulillah, rezeki nak menjejak Tanah Jawa. Sebelum tu jugak, Chawana dan John dah gigih selesaikan urusan Pak Supir yang diambil daripada website Jogjakarta Car Rental . Aku pon tak tahu mana diorang dapat website ni, rasanya hasil usaha CSI yang sangat mendalam diorang tu lah ... maklumla, bab-bab CSI ni memang diorang ni pakar, terutamanya si Biqque tu, ko sebut je apa, cepat je dia CSI waima perkara sebesar hama sekalipon ko tak boleh nak sorok kat dia okay! (amacam takut tak? jangan memain tau hehehe). Lepas dah habis diskusi dan mengemelkan itinerary cadangan kami di Jogja kepada beberapa kampeni car rental yang tersenarai di website tu, akhirnya kami putuskan untuk mengambil Lestari Car Rent dengan harga sewa kenderaan Daihatsu MPV sebanyak IDR 900,000 (anggaran RM 287) untuk 2 hari. Agak mahal sebenarnya tapi apa kesah, kami mampu bayar. Huh (sambil peluk tabung katak). Kalao korang nak drive sendiri? Lupakan je la, lain la kalao korang memang expert drive di tengah-tengah kesesakan maha dahsyat dan tau jalan meredah dari Jogja ke Jawa Timur yang mengambil masa perjalanan 3 jam (kalau dengan supir la). Kompom-kompom la lebih 3 jam kalau drive sendiri. kekeke.

Dah sampai
Flight memang penuh!
Ramai giler orang beratur kat Imigresen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto!

EDU Hostel

Sewa hotel pon John dan Na yang settle kan, eh aku pon ada booking jugak (lupa). Semuanya hasil usaha gigih melawati website hostel.com , hostelbookers.com, Agoda.com dan HostelsClub.com dengan kaedah booking dan bayar kendian sewaktu di Jogja nanti. Tapi ada jugak hotel yang mintak deposit, tapi tak banyak la dalan beberapa ringgit saja. Sebetulnya kami nak duduk backpacker hostel seperti EDU Hotel yang sangat cantik dan baru bila dilihat dari dalam website. Tapi apakan daya, last minit booking memang menghampakan dek kerana terlalu ramai orang yang bercuti di Jojga ketika itu katanya. Tapi takpe, untuk kesenangan di masa akan datang, boleh ambik nombor BBM pin EDU Hostel ni (257085CC).



POP! Hotel

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jogja mengambil masa 2 jam 30 minit bergantung kepada keadaan cuaca. Masa kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto keadaan baru lepas hujan, dan masih renyai. Kami tiba pada jam 1.20 petang waktu tempatan dan keadaan kat lapangan terbang tu punyalah sesak (sebab banyak penerbangan tertangguh yang baru tiba pada masa yang lebih kurang sama). Jadi proses pemeriksaan passport dan sebagainya agak lambat juga. hampir jam 2 petang baru kami boleh keluar dari balai ketibaan. Kami disapa oleh seorang pakcik teksi (yang nak dikenali sebagai Pak Eko) yang gigih mengikut kami sampai ke hujung. Akhirnya kami bersetuju untuk ambil teksi dia untu ke hotel. Harga teksi airport (teksi yang sah la konon) ke PoP! Hotel yang terletak berhampiran dengan Jalan Malioboro (Jalan Am Sangaji) adalah IDR 70,000 (RM22).

NOTA: POP! Hotel terletak di Jalan Am Sangaji berhampiran dengan Jalan Malioboro (tempat shopping terkemuka di Jogja). 

CALL CENTER 0807 1 808080

Available only in Indonesia
or (+62 21) 5296 0490
Operation Hour : 
Mon - Fri : 07.00 - 20.30 
Saturday : 09.00 - 17.00 
Singapore Sales Office
t. (+65) 6339 2682


Dari lapangan terbang ke POP! Hotel mengambil masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas. Memandangkan keadaan di Jogja masa kami tiba tu baru lepas hujan, maka jalan raya agak macet  juga. sepanjang perjalanan, Pak Eko tak henti-henti menghasut kami untuk mengambil perkhidmatan supir dia dengan tawaran harga IDR 1.2 juta untuk dua hari. Agak mahal, tambahan pula kami mencari supir beragama Islam, supaya senang nanti dengan urusan solat, makan dan sebagainya.

Sampai di hotel, aku bagitau sama Pak Eko, akan mempertimbangkan offer dia dan sekiranya bersetuju, kami akan hubungi dia. Kadar penginapan bagi twin bed room di hotel ini adalam USD 39 semalam. Bagi aku agak murah memandangkan ianya sangat selesa dan merupakan hotel yang baru. Ada breakfast juga disediakan. Perancangan nak duduk dua tiga malam kat hotel ni tak kesampaian sebab dah fully book. Kami hanya dapat menginap semalam je kat situ.

Ni lah dia Hotel POP! Agak baru hotel ni.
Ramai pulak orang time ni.
Tengah settlekan urusan check in.
Serba sedikit gambaran di Hotel POP!

Selesai urusan check-in dan selesaikan apa yang patut, kami turun semula ke lobi dan menghubungi Lestari Car Rent untuk memberitahu mereka yang kami dah sampai ke Jogja dan meminta mereka mengambil kami di hotel keesokan harinya. Staff hotel sangat membantu, terima kasih.

Kami memulakan hari pertama di Jogja dengan berjalan kaki ke Jalan Malioboro. Kalau diikutkan, tak berapa jauh pun lokasi Pop Hotel ni dengan Jalan Malioboro tu, kalau jalan kaki mengambil masa lebih kurang 20 minit kot (tak ingat) tapi kalau naik teksi dalam 5 mint je (campur tolak jem). Ia terletak satu jalan lurus menghubungkan Jalan Am Sangaji dan Jalan Malioboro. Keadaan jalanraya hari tu memang super macet kerana menurut Pak Eko (pemandu teksi tadi), hari itu dan 4 hari berikutnya merupakan cuti umum di Indonesia. Jadi semua orang kaya-kaya keluar berlibur. (oooo gitu).

Pemandangan hadapan hotel Pop. Macet!
Macet dari pagi sampai ke malam.

Jalan Malioboro

Bila ingat Jalan Malioboro je, aku terus terbayang Irma Hasmie dengan laki dia kene sponsor dengan AAX... siap terngiang-ngiang diorang jerit "Kami di Jalan Malioboro, Jogjakarta~!" kekek (sengal). Ye memang rata-rata orang kata kalau pergi Jogja jangan lupa shopping kat Jalan Malioboro ni. Ala kalau melalui pandangan mata kasar aku, Jalan Malioboro ni lebih kurang macam Jalan TAR kat KL la, cuma kiri kanan jalan tu penuh dengan stall orang berniaga batik, silver, cenderamata, baju bajan dan sebagainya. Pendek kata, semua jenis barang (ole-ole) ada kat situ, petik je mana yang nak.

Jogjakarta memang terkenal dengan industri batik dan silver, so tak hairanlah memang benda-benda tu yang banyak dijual. Tapi kalau nak cari fridge magnet, korang tawaf la lima belas kali kat Jalan Malioboro tu, kompom tak jumpe kalau tak cari dengan bersungguh-sungguh. Jumpe la satu kedai ni ada jual FM batu yang biasa tu, tapi harganya mengalahkan macam beli FM kat Jepun! Paling murah pun RM 7 seketul. Mahal nak mapus dan tak lawa sangat. Jadi setelah merisik-risik, akhirnya kami jumpa la satu kedai yang ada jual FM yang banyak dan murah. Nanti aku cerita pasal kedai tu di entry yang lain.Hahaha.

Jalan kaki je ke Jalan Malioboro.


So kalau ke Jalan Malioboro ni, memang tak sah kalau tak bergambar kat nama jalan tu. Aku tengok memang nama jalan tu dah jadi hot spot tempat pelancong ambil gambar, sayang tempat tu tak berapa disusun kemas. Kalau dia tanam pokok-pokok bunga lebih sikit kat situ kan cantik.

Jalan-punya jalan, takde shopping apa-apa pon. Just cuci mata dan servey harga barang je. Sebab nanti kami ada 2 hari full di Jogja ni, so masa tu la boleh shopping. Panjang Jalan Malioboro adalah sekitar 500 meter dan bersambung dengan Jalan Ahmad Yani (nama salah seorang Gabenor Indonesia) yang turut meriah seperti Jalan Malioboro.






Dah habis jalan dari hujung ke hujung, kami berpatah balik untuk makan malam. Di sebelah kiri jalan kebanyakannya merupakan gerai-gerai makan yang dipanggil Lesehan (hawker) yang kebanyakannya terdiri daripada kemah-kemah yang dipasang proper untuk orang makan. Dan kebanyakannya juga diletakkan meja dan tetamu akan duduk makan di lantai yang dialas dengan tikar. Memang agak ok juga la keadaan kat lesehan ni, bagi yang tak memilih, ok je kalau nak makan kat situ.

Kami makan di sebuah gerai yang bernama Lesehan Perjuangan Hidup! Ha hambek ko, nama dia bukan main melankolik tu! Hiasan kedai agak bewarna-warni. Makanan yang disajikan pon kebanyakannya jenis-jenis goreng dan bakar seperti ayam bakar, pecel lele, nasi gudeg, dan sebagainya. Sambil-sambil makan ada la beberapa orang penyanyi jalanan yang menghiburkan kite di tepi-tepi kedai. Siap boleh request lagu pulak tu. Nasib baik tak request lagu zapin angan tak sudah (kumpulan Senario) tu, agak-agak tau ke depa nak nyanyi? (entah-entah tau kan??? ).

Menu malam kami malam tu adalah nasi putih dan ayam bakar je,tapi datang sekali pakej dengan ulam-ulaman seperti timun, kobis dan daun apa tah yang sedap tu. Harga adalah sangat berpatutan, untuk dua orang makan yakni ayam bakar, nasi dan air minuman adalah IDR 24,000.






Lepas makan, kami berjalan semula untuk balik ke hotel, tapi tetiba pulak hujan maha lebat turun. terpaksa lah kami berteduh kat pondok polis sebelah stesen keretapi. Ada la beberapa orang lagi yang sama-sama berteduh kat situ. Sempat jugak aku bersembang dengan sorang makcik ni yang datang kat bandar Jogja sebab bercuti ikut suaminya yang kerja sebagai penarik beca kat situ. Dia kata kat Jogja ni jarang-jarang benar hujan macam tu, sejak akhir-akhir ni je yang selalu hujan lebat, mungkin sebab Perubahan Iklim! WAH! Terkujat aku dengar makcik tu cakap pasal perubahan iklim! (makcik ni ada pergi kursus dengan aku ke kat Jepun pasal climate change haritu?) Hahaha. Dalam 15 minit hujan dah mula kurang tapi masih lebat. Makcik tu kata, mungkin lama lagi nak berhenti hujan tu, dia kata naik ajalah beca suami dia, biar suaminya hantar sampai ke hotel. Pikir-punya pikir betul juga, sampai bile pulak la kan nak duduk bawah pondok polis dan basah baju semua kan. Harga tambang beca pon cuma IDR 15000 je ponnnnnn. (tu pun jenuh kira-kire dalam kepala otak , sengal tak? Hahahaha)




Tapi memang gigih la pakcik tu bawak kami (yang ringan ni) naik beca hujan-hujan dan meredah hiruk pikuk kota. Tetibe rasa macam kesian, tapi lantak la, yang penting dapat balik hotel kekeke. Esoknya kami nak berjalan jauh, so kena rehat cukup-cukup! Nanti aku sambung di entry lain.



Pssttt: Kisah JOGJA versi KAKI BERANGAN di SINI.

WASSALAM.

25 comments:

  1. amboi bukan main sedap duk kt POP hotel berdua2 time2 ujan ye!!

    Ramai gile weh org kt imigresen tu, hish nasib aku tak pegi!! #motif sebab dengki hahaha

    Makanan di dlm gambar sangat mengujakan..dan muka kome berdua camwhore dlm tuk tuk tu adalah terbaik sangat, walaupun John cam over gile hahaha

    Lagi! lagi! lagiiiii

    ReplyDelete
  2. ko biar bendar tawaf 15 kali takkan jumpa FM kat maliobor, bersepah kot kat sepanjang kaki lima tu hahahahaha!

    ke ko nak FM taraf curlastttt gitew?

    hujan ek kat sana, bosan tul la basah2 nak berjalan...

    ReplyDelete
  3. Chawana:

    Hahahaha ye aku tau ko mengidam sangat nak pi situ kan..takpe ko baca je blog aku, kompom merasa seperti berada di sana jua. kekeke

    Mana ada gambar dalam tuk tuk? tu bawah kemah polis la. haish kekkee

    ReplyDelete
  4. terus rasa lapar nengok gambo ayam terponggeng atas pinggan itu

    ReplyDelete
  5. Biqque:

    Memang setiap gerai kaki lima yg jual hanya kicin je, FM takde langsung. Yang ada kena masuk dalam kedai tapi mahal nak mampus. tu pun jupa satu kedai jual FM batu. Mahal RM7 seketul.

    Tapi last skali kami jupa satu kedai jual FM murah dan banyak. lega.

    Haah hujan ok. lebat pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Kak Anash:

    Ye ke lapo? (padahal baru je melantak tepi pintu tadi.)
    keke

    ReplyDelete
  7. nakkkkkk fridge magnet itu pelisss...hihi

    ohh jeles sangat nih! tengah dok usha2 harga tiket jgk ni nak sangat gi sane...murah betul dpt rm100 jek!

    ReplyDelete
  8. hamboiiiii...best!!

    errr...buang la verify word nie..susah la nak komen...

    ReplyDelete
  9. dekat bawah tulisan jln malioboro tu tulisan apa ek? macam tamil pun ada...macam best jer naik beca time hujan, hehe...

    ReplyDelete
  10. hahahha motif masukkan nama irma hasmie dlm ni?? sapekah beliau? ewahhhh~ hahahah

    mmg betol...FM susah gilerrrrrr nak jumpa! yg byk adalah keychain!

    sedapnya ayam bakar tu....nk pegi beli ayam jap. kekeke

    ReplyDelete
  11. Ciklala:

    Nak fm? Hahaha tatau ada lebih ke idak.

    Memang kalo ada rezeki dapat la tiket murah tu ye.

    ReplyDelete
  12. Mrs Eady:

    Mmg best!

    Takleh buang word verification,sebab tu adalah protection untuk blog saya yang tak seberapa ni.

    Bertabahlah.

    ReplyDelete
  13. Orga:

    Bawah tulisan malioboro tu adalah tulisan jawa.

    Naik beca dalam hujan tak nampak apa. Macam duduk dalam kotak. Kekkekee

    ReplyDelete
  14. John:

    Hahahaa dah memang itu yg akunasyik ingat masa sampai sana kekeee....

    Kannnnnnn kite tak jupe pon kan fm kat kakilima tu kan. Jenuu tawah 23 kali.

    Teringat kat lesehan perjuangan hidup.

    ReplyDelete
  15. guna apps/mode nostalgic ke gambo kat malioboro tuh? lawa...

    ReplyDelete
  16. Lily!

    Tak de guna mod apa2 pon, try and error je pakai ejas2 deep, light and etc.

    ReplyDelete
  17. Boleh pulak ambil gambor di Imigresen tu ye? Saya dulu kena marah ambil gambor di Imigresen Medan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA

      Ambik gambor tu curi2 je heheheh

      Delete
    2. Kak NA

      Ambik gambor tu curi2 je heheheh

      Delete
  18. salam..nk tnye sikit..
    kat hotel pop tu ada perkhidmatan supir tak untuk tour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikpjaz

      Ada disediakan tour pakej di hotel tersebut

      Delete
  19. assalamualaikum, salam kenal..
    saya adhi dari jogja..
    kalau berminat datang ke jogja silakan contact saya, email : adhi.pradana.ar@gmail.com

    saya bisa bantu menyediakan transport, hotel dan lain lain..

    salam, terimakasih
    wassalamualaikum..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bole bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa dan lain-lain. Ada juga sewa kereta / van / minibus dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour + Goa Pindul, Indrayanti (FULL BOARD / ALL IN)

    1st day (pusat kerajinan gerabah Kasongan, Parangtritis beach, Pusat kerajinan kulit Manding)

    11.15-11.45 airport
    11.45-12.15 goto localresto
    12.15-13.00 lunch
    13.00-13.30 go to hotel c/in
    13.30-14.30 istirahat sejenak di hotel
    14.30-15.15 go to pusat kerajinan gerabah kasongan
    15.15-16.00 kasongan
    16.00-16.30 goto parangtritis
    16.30-17.30 parangtritis
    17.30-18.15 go to pusat kerajinan kulit manding
    18.15-19.00 manding
    19.00-19.30 go to local resto
    19.30-20.00 dinner
    20.00-20.30 drop hotel

    2nd day (Borobudur, Lava tour merapi using jeep, chocolate Tugu / monggo, Masjid mataram kotagede (bole diganti dengan pusat kerajinan batik), Pusat kerajinan perak kotagede)

    08.00-09.30 go to borobudur
    09.30-10.30 borobudur
    10.30-11.30 goto local resto
    11.30-12.00 lunch
    12.00-13.00 go to lava tour merapi
    13.00-14.30 lava tour merapi
    14.30-15.30 menuju chocolate monggo
    15.30-16.00 chocolate monggo
    16.00-16.15 go to masjid mataram kotagede
    16.15-17.00 masjid mataram kotagede
    17.00-17.15 menuju pusat kerajinan perak kotagede
    17.15-18.00 pusat kerajinan perak kotagede
    18.00-18.30 menuju local resto
    18.30-19.00 dinner
    19.00-20.00 drop hotel

    3rd day (Kraton, Tamansari, Goa pindul, Indrayanti beach, Bukit bintang)

    08.30-09.00 go to kraton
    09.00-10.00 kraton
    10.00-10.15 go to tamansari
    10.15-11.30 tamansari
    11.30-12.00 go to local resto
    12.00-12.30 lunch
    12.30-14.00 goto goa pindul
    14.00-15.00 cave tubing goa pindul
    15.00-16.00 goto indrayanti beach
    16.00-17.00 indrayanti beach
    17.00-18.00 goto bukit bintang
    18.00-19.00 bukit bintang
    19.00-19.30 dinner @bukit bintang
    19.30-20.30 drop hotel

    4th day (drop airport, bole mampir tempat oleh2)
    tba c/out hotel
    tba drop airport

    Price start from: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (+breakfast)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010 / whatsapp saya di +628985101301 (FREE). Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete
  21. Using RentalCars you can discover the best car hires at over 49,000 locations across the world.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS