2012-11-05

Amazing Japan (Part 13): Hachiko Statue and Kamakura, Town of Great Buddha and Samurai

Assalammualaikum!!!


Kesempatan meneroka Shibuya tak lengkap kalau tak menjengah statue Hachiko. Apa benda pulak Hachiko ni? Mengikut sejarah, Hachiko adalah seekor anjing spesis Akita yang dilahirkan di sebuah ladang di Wilayah Akita pada 10 November 1923. Apa yang menarik sangat mengenai anjing Hachiko ni?

Sejarah Hachiko

Hachiko bermaksud Prince of Eight (Duke of Eight) dibela oleh seorang professor dari University of Tokyo sebagai anjing peliharaannya. Sepanjang kehidupan pemiliknya, Hidesaburo Ueno (1924), Hachiko akan sentiasa menunggu kepulangan Professor tersebut berhampiran dengan Shibuya Station setiap hari. Kejadian itu berterusan sehinggalah tahun 1925 di mana Professor tersebut tidak pulang kerana menderita penyakit cerebral hermorrhange dan mati. Sehingga itu, Hachiko masih setia menunggu kepulangan pemiliknya sehingga sembilan (9) tahun lamanya! Setiap hari without failed. Tabah dan setia sungguh anjing bernama Hachiko ni.

Kehadiran Hachiko setiap hari di Station Shibuya menarik minat kebanyakan pengguna train. Sejak sebuah artikel mengenai Hachiko diterbitkan pada 4 Oktober 1932, orang ramai mula mengambil berat mengenai anjing tersebut, ada yang memberi makan setiap hari dan sebagainya. Akhirnya Hachiko ditemui mati pada 8 April 1935 dan bangkai anjing tersebut dijumpai di salah sebuah jalan di Shibuya. Rentetean daripada kisah hidup Hachiko, maka sebuah statue gangsa dibina berhampiran dengan Shibuya Station untuk mengenang kesetiaan anjing tersebut terhadap tuannya. Kesetiann Hachiko menjadi contoh kepada masyarakat Jepun terhadap negaranya.

Hachiko Statue... bersebelahan dengan Shibuya Station.
Aku dan Hachiko, kalau anjing betol, kompom la aku tak bergambar camni! *Fobia anjing*
Muzium Hachiko, di depan Statue Hachiko.
Dalam muzium ni ada kisah/sejarah pasal Hachiko.

Wah amacam kisah Hachiko? Menarik jugak kalau baca. Sebenarnya sebelum datang ke Jepun aku tak berapa tau pon pasal kisah Hachiko ni, tapi aku pernah la baca kisah dia kat mana tah dulu, lama dah. Tapi since berkawan dengan Mbak Ajeng dari Indonesia kat Jepun ni, hari-hari lah dia ajak kami pergi tengok statue Hachiko, sampailah satu hari ni dapat jugak singgah tengok. Depan statue ni ada sebuah gerabak keretapi berwarna hijau di mana di dalamnya ada sejarah mengenai Hachiko (ala-ala muzium la).

Kamakura : Town of Great Buddha and Samurai

Satu lagi tempat menarik yang aku dan Kak Mah dapat pergi hasil usaha menyibukkan diri join aktiviti sukarelawan kat Jepun adalah Kamakura Town! Masa awal-awal dengar pasal Kamakura Town ni, aku dah terkinja-kinja nak pergi. Ajak jugak la kengkawan lain pergi, tapi masing-masing malas nak keluar duit dan lebih suka shopping. Alhamdulillah la aku berkawan dengan kak Mah, dia memang sporting dan kaki jalan macam aku jugak. 

Lokasi Kamakura Town adalah agak jauh dari Tokyo City dan terletak di Kanagawa Prefecture. Kami menaiki dari Yoyogi Uehara Station menuju ke Enoden Fujisawa Station sebelum bertukar tren ke Kamakura. Kami mengambil Kamakura - Enoshima JR Pass dengan harga 680 yen (rujuk SINI) dan perjalanan menaiki tram meredah Kamakura Town, memang klasik dan aku tak pernah rasa seumur hidup. Bayangkan kita naik tram tengah-tengah pekan, lalu atas jalan raya dan belakang rumah-rumah orang. Best!.


Kamakura Station
Laluan trem yang sangat best!
Trem yang kami naik...klassik.
Dalam rumah ada train? Haahaha unik!

Terdapat beberapa tempat yang akan kami tuju di Kamakura kali ni. Apa yang uniknya, stesen keretapi Kamakura memang klasik dan kalau berada kat Kamakura Town ni, kita akan rasa macam dalam filem-filem samurai dulu-dulu. Ada jugak trishaw khas untuk kegunaan pelancong di sepanjang jalan berhampiran stesen keretapi, tapi aku tak nak la naik sebab kompom la harganya mahal. Kami melalui sebuah menara jam di hadapan Kamakura Station, mula-mula ingatkan menara jam tu besar giler la, rupa-rupanya kecik je menara jam tu, tapi still klasik!.

Stesen keretapi Kamakura
Menara Jam di Kamakura Town. Hujannnnnnn... gloomy day.
Hujan-hujan pon diorang gigih bekerja.

Malangnya masa sampai kat Kamakura Town ni, hujan lebat pulak turun. Dah la masa tu takda bawak payung atau baju hujan!  Terpaksa pulak kami berteduh di salah sebuah shopping complex berhampiran train station dan bus station. Ramai jugak orang tumpang berteduh kat situ sementara menunggu hujan berhenti. Nak beli payung, rasa macam rugi pulak sebab rata-rata payung kat situ dijual dengan harga 500 yen!!! (RM 20 sekaki payung, ha tak ke tebeliak bijik mata nak beli payung 20 hengget? Padahal payung cikai je kot) Maka hasrat untuk membeli payung kat situ dikuburkan, terus tukar beli ubi bakar sebagai makan tengahari kami. Alhamdulillah, ubi bakar tersebut sangat sedap ye kengkawan.

Bila hujan dah agak reda, kami mengambil keputusan untuk redah dan meneruskan perjalanan. Akhirnya kami lalu di sebuah kedai 100 yen! Syukur, terus sebu beli raincoat, tapi lepas je beli raincoat, cuaca sangatlah cerah dan terang benderang! Hampeh sungguh, oh syukur la cuaca baik, dapat kami meneruskan penjelajahan dengan tersenyum lebar! 

Kami disapa oleh seorang pakcik sukarelawan yang menawarkan diri untuk membawa kami meneroka Kamaukara Town! Wah ingat lagi tak pasal pakcik dan makcik sukarelawan yang aku pernah cerita masa di Meiji Shrine dulu? Ha rupanya kat mana-mana pon ada je pakcik makcik sukarelawan yang bekerja khas memandu pelancong! Ok aku memang kagum! Kami bersetuju supaya pakcik tu membawa kami berjalan-jalan di Kamakura Town (kesian pulak tengok sebab aku rasa umur pakcik tu adalah 50 tahun lebih). Lagipun kalau ambik sukarelawan ni, dapat jugak la tahu sedikit sebanyak mengenai sejarah bandar kamakura ni kan.

NOTA: Kamakura Town merupakan satu bandar lama yang terletak 50 km daripada Tokyo City, dan ia merupakan bandar di mana bermulanya denasti Shogun di Jepun! Kat sinilah bermulanya segala-gala berkaitan pahlawan Jepun dan kedudukan setiap bangunan dan jalanraya di Kamakura Town ni sangat terancang dan tersusun, kebanyakannya selari dan masih dikekalkan sehingga ke hari ini. 
Pakcik sukarelawan bercerita mengenai sejarah Shogun, dan sejarah bandar Kamakura ni kepada kami. Memamng menarik. Kami menerukan perjalanan menuju ke Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine yang merupakn shinto shrine yang terbesar di Kamakura dan terletak di tengah-tengah bandar Kamakura. Sepanjang menuju ke Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine, kami melalui satu laluan lurus dikelilingi pohon-pohon sakura yang tak berbunga, tapi memang cantik. Kedudukan temple tu adalah menghadap laut di mana terletaknya Kamakura Port.

Bandar kamakura
Laluan ke Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine
Aksi wajib.
Jumpa orang kawin!
Kamakura community.
Sebahagian kedai di Kamakura Town
Selautan pkok teratai.
Pintu masuk utama


Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine
Kena daki tangga pulak!
Simbol air di setiap penjuru bangunan, untuk elak kebakaran katanya.

Rezeki kami agaknya, kami terserempak lagi dengan upacara perkahwinan di depan Tori Gate. Aku syak, yang kawin macam ni bukan calang-calang orang, pasti golongan bagsawan kot? Mesti nilai perkahwinan tu je dah beribu-ribu yen. Apa lagi, layan je la diorang naik beca untuk ke temple  ramai jugak pelancong yang mengambil kesempatan merakamkan moment indah tersebut.

Kebanyakan temple kat Jepun ni sama je rupanya, senibinanya dan fungsinya. Cuma saiznya je kadang-kadang ada yang besar gedabak, dan ada yang kecik je macam bangsal. Tapi keseluruhan Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine memang cantik, dan daripada puncak temple tu boleh nampak keseluruhan bandar Kamakura sampai lah ke laut. Cantik sangat, alhamdulillah cuaca kekal terang dan baik.

Kami berlegar-legar di sekitar Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine sampai ke petang sebelum meneruskan penjelajahan seterusnya ke Enoshima Island. Wah tak sabar nak pergi pulau kan! Nanti aku sambung pulak kisah di Enoshima Island ya... tunggu.

WASSALAM.

18 comments:

  1. gila seksi abang tarik beca tu, gagah sungguh lengan beliau.. slurpppp hahahah...

    apakah motif ada train dlm rumah tu? memang tak mampu la aku nk memiliki train utk dijadikan perhiasan dpn rumah cam org jepun tuh hahahah

    Agak comel jugaklah Kamakura town nih..

    ReplyDelete
  2. bestnyeeee..siyes japan adalah salah satu tempat feveret nak sangat pegi! memang dah wajib kumpul duit dari skang nih hihih

    ReplyDelete
  3. Pernah tinggal di Yokohama Kenshu Center, dah tak jauh dari Kamakura ni, tapi tak tau la kenapa tak terlintas nak ke sana...

    Cantik rupanya...

    ReplyDelete
  4. mana buddha nyer?? nak tgk! aku tak sempat tgk buddha tu, dah gelap!

    ReplyDelete
  5. untungla dapat bergambo dengan patung anjing...
    (lagi sekali...nak tanya...mana bicboi akak???letih pesan tau!!)

    ReplyDelete
  6. Hi Janggel, ternampak pulak kat danny/john punya bloglist pasal japan ni..

    mlm tadi duk baca pastuh terus la gigih pergi google pasal hachiko sebab dulu2 my ex colleague dia kata the saddest movie ever she's ever seen is hachiko... bila tanya dia pasal apa, dia kata pasal dog. hahaha. terus rasa takpelah tak minat...

    but then bila duk gigih youtube malam tadi, memang sedih gila la cite hachiko ni... richard gere nye version... setia sgt hachiko ni dtg tunggu tuan dia sampai la dia mati. sobs...

    nak pi carik full version of this movie kat speedy video... confirm best ni kot... hehe

    okeh tu je. ill be going to japan soon, so nak pi tgk hachiko ni... hehe...

    ReplyDelete
  7. ok dah abes baca. ko mampun tggu tuan ko selama 9 tahun??? nasib baik ada org kasik makan. if not? sy sokong kak mah! hahah motif?

    gmbr pokok bonzai yg caption pintu utama tu ibarat rambut san goku. hahah

    ReplyDelete
  8. BlueEwoke:

    MOTIF ko nak INZAL dengan mamat penarik beca tu? Ish cawan tu tak marah ke?

    Ye tu dulu empunya kepala train punya rumah, dia simpan buat koleksi. ko mmg tak mampu kan buat camtu?

    Mmg comel la...sebab klasik.

    ReplyDelete
  9. Ceklala:

    Pi jangan tak pi! Kompom puas hati!

    ReplyDelete
  10. Mie:

    Ye, nanti lainkali singgal lasitu.

    ReplyDelete
  11. Biqque:

    Buddha nya aku sambung next entry la, sebab panjang sangat nak menaip kekeke.

    *mode malas*

    ReplyDelete
  12. Anash:

    Kak Tansree, nak bichboy eh??? Tunggu next entry i post gambo bichboy kak Tansree.

    *saje je kasi gempak tunggu lama2 keluarkan gambo bichboi!* lalallaa.

    Patung anjing? Ye.. kalau anjing betol saya dah campak dengan batu.

    ReplyDelete
  13. Fidahjacob:

    Hi Fidahjacob. Selamat membaca la ye.
    Nak pi jepun jangan lupa cari Patung Hachiko ni, senang je, kat area Shibuya Crossing menghala ke Shibuya Station. Kompom boleh jumpa, waima tempatnya agak terlindung dengan pokok dan orang ramai.

    Filem Richard Gere tu i pon penah tengok. Best gilak! yg versi jepun tatau ada ke tak. Rasanya macam ada..tatau nak cari kat mana.

    selamat ke Japan!

    ReplyDelete
  14. John:

    Kannnnn mmg aku tak mampu, sebab aku bukan Hanjing MUAHAHAHHAA.

    Kan, bentuk pokok tu macam keras je , statik macam tu.

    ReplyDelete
  15. kali ni xde gambar org amik air semayang..haha

    ReplyDelete
  16. Janggel/Rain
    Setianya anjing tu, kan?

    Tiang buluh tinggi macam galah tu apa? Chinggay ke?

    ReplyDelete
  17. Zila:

    malas nak letak dah gambar org amek air sembahyang sebab sama je kekeke.

    ReplyDelete
  18. Naramas Aman:

    kak, saya pon tatau apa bendanya tiang buluh tinggi2 tu, rasanya diorang bubuh jampi mentera diorang kot?

    Tak sempat nak tanya kat tour guide.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS