Amazing Japan (Part 14): The Great Budhha and Enoshima Island At Kamakura Town
Assalammualaikum! [ Sambungan daripada Part 13 ] Ok haritu aku cerita pasal Kamakura Town yang comel dan klassik, lepas tu pergi tengok Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine yang merupakan salah satu tarikan utama di Kamakura Town ni. Lepas je habis pusing-pusing keliling kuil (gigih kan tawaf), tambahan pulak masa tu hujan turun on and off, main simbah-simbah air je pulak (nasib baik bawak rain coat ) kami seterusnya menuju ke Great Buddha (atau orang situ panggi Sleeping Buddha ) sebab kalau kita nampak dari jauh, mata patung tu tertutup, pastu bila jalan makin dekat nampak macam mata dia merenung ke arah kita! Scary tak??? Stesen Trem Trem hijau yang penuh sejarah katanya. Keadaan bandar kamakura semasa hujan. hujan sepoi-sepoi bahasa. Perjalanan daripada Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine ke Great Buddha perlu menaiki trem yang sama seperti yang dinaiki sebelum ini iaitu trem klasik warna hijau dan comel. Daripada trem station, kena men...