2012-11-12

Amazing Japan (Part 14): The Great Budhha and Enoshima Island At Kamakura Town

Assalammualaikum!


Ok haritu aku cerita pasal Kamakura Town yang comel dan klassik, lepas tu pergi tengok Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine yang merupakan salah satu tarikan utama di Kamakura Town ni. Lepas je habis pusing-pusing keliling kuil (gigih kan tawaf), tambahan pulak masa tu hujan turun on and off, main simbah-simbah air je pulak (nasib baik bawak rain coat ) kami seterusnya menuju ke Great Buddha (atau orang situ panggi Sleeping Buddha) sebab kalau kita nampak dari jauh, mata patung tu tertutup, pastu bila jalan makin dekat nampak macam mata dia merenung ke arah kita! Scary tak??? 

Stesen Trem
Trem hijau yang penuh sejarah katanya.
Keadaan bandar kamakura semasa hujan.
hujan sepoi-sepoi bahasa.

Perjalanan daripada Tsurugaoka Hachiman-gu Shrine ke Great Buddha perlu menaiki trem yang sama seperti yang dinaiki sebelum ini iaitu trem klasik warna hijau dan comel. Daripada trem station, kena menapak melalui beberapa buah kedai yang kebanyakannya menjual cenderamata tempatan seperti alat-alat sembahyang dan keychain yang mahal. Sumpah, mahal gile, aku sempat beli seketul FM je untuk koleksi diri sendiri (FM bentuk Trem hijau tu, simbol Kamakura Town dengan harga 400 Yen = RM 16 ). Sampai pintu masuk temple, kena bayar tiket masuk pulak dengan harga 200 Yen. Ok la, dah sampai takan taknak masuk pulak kan? Maka kami pon masuk le ke kawasan kompleks Great Buddha, memang cantik tempat tu, tambahan pulak dengan keadaan pokok-pokok yang dah mula nak kuning-kuning merah (sebab dah nak masuk autumn kan), langit pulak membiru, jadi timing memang perfect la (lepas hujan pulak tu). 

Tiket masuk ke Kompleks Great  Buddha
Masa ni hujan dah berhenti, alhamdulillah langit biru.
Ramai jugakla manusia walaupun cuaca tak berapa nak elok.
nampak tak dia menjeling kat korang tu?

Kat situ, sape-sape yang nak sembahyang, boleh la menyembah patung tu sambil campak duit syiling dalam bekas yang disediakan. Lepas tu patung Buddha ni tinggi sebenarnya dan orang boleh masuk dalam tu panjat sampai atas. Aku tak koser la nak masuk dalam tu sebab panas dia mungkin macam dalam api neraka! (Sebab patung tu tembaga kan...kompom-kompom la panas). Lama jugak melepak kat situ sebab tunggu kengkawan lain tu sembahyang. 

Lepas dah selesai semuanya, baru kami bergerak menuju ke Enoshima Island pulak.

Enoshima Island

Enoshima Island ni terletak di sebelah Barat Kamakura Town, dan merupakan sebuah pulau yang sangat popular di kalangan rakyat tempatan untuk berkelah, mandi-manda (walaupun pasirnya hitam dan berlumpur) dan salah satu tempat untuk sukan air seperti jetski dan kapal layar juga. Hmmm entahle nape depa suka pi sini, sebabnya aku tengok tempat ni takde la lawa sangat. Mungkin ini saja tempat berpantai yang paling dekat dengan Bandaraya Tokoyo kot? Wallahualam.

Mendung yarobbi.
Jalan kaki melintasi jembatan untuk ke Enoshima Island
Enterprem gambar orang lain untuk ambik gambar sendiri.
Jambatan menuju ke Enoshima Island
Nampak tak pasir pantai yang sebegitu?
Dan diorang berpiknik sebegitu??? (sorry la gambo gegau sebab hujan, gigih sorok kemera bawah raincoat.) Beachboi KHAS BUAT KAK TANSREE COCO
Ok kat sini jugalah terdapatnya banyak beachboi (sebab misi utama untuk kak Tansree Coco suruh carikan beachboi untuk dia) dan beachgirl, siap berbikini bagai tau. Malangnya cuaca tak berapa nak elok, hujan on off juga seperti di Great Buddha tu, maka tak berapa banyak gambar boleh diambil.

Kalau cuaca baik, pemandangan Gunung Fuji boleh dilihat di sini. Sebenarnya banyak tempat boleh dikunjungi kat Enoshima Island ni, seperti Iwaya caves, Enoshima Shrine, Enoshima Island Spa, Love Bell dan Enoshima Aquarium, tapi sebabkan hujan, kami tak berapa nak berjalan sangat, so sempat sampai ke Enoshima Shrine dan beaches je sambil tengok-tengok dari jauh bangunan Enoshima Island Spa yang besar macam rumah banglo tepi laut.

Kat pulau tu jugak banyak kedai-kedai cenderamata di sepanjang laluan mendaki bukit ke Shrine. Tapi mahal jugak harga barang-barangnya, so aku layan cuci mata je la, puas lagi kalau shopping kat Asakusa kot.

Lorong menuju ke Enoshima Shrine. Kiri kanan kedai cenderamata.
Jenuh jugak mendaki sebenarnya. tinggi.
Bergambar depan tori gate je.
Bichboi KHAS UNTUK KAK TANSREE COCO. Pilih je nak yang mana.
Muka tak semenggah, me, Radit and Jo from Indonesia and filipina.
Ok la lepas dah melawat Enoshima Island, jam pon dah dekat nak maghrib (macamana tu?) kami pon bergerak menuju ke train station untuk balik semula ke Tokyo City. Keseluruhannya memang penat jugak la sebab banyak kena menapak, dan pulak hujan sepanjang masa. Tapi pengalaman sampai ke Kamakura ni memang sangat berbaloi sebab dapat tengok budaya dan tempat-tempat yang bersejarah kat Jepun ni. Bila lagi nak sampai kan ?

Stesen keretapi di Enoshima. Klasik kan!
Nanti aku sambung lagi... minggu ni cuti panjang! Yeay! kemana pulak gamaknya diorang nak colek aku??? (hahaha #drama)

Pssttt: Selamat pengantin baru buat kazenku yang tersayang...semoga selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat. Bizi layan orang kawin la nampaknya sampai hujung tahun. Yang penting masyukkk.

WASSALAM.

8 comments:

  1. yeay! pegi jugak ko tgk buddha beso tu ye? lega hatiku dpt melihatnya...ewah!

    masa aku gi enoshima tu, takde orang lepak mandi manda bikini picnic bagai...untung la ko dpt tgk hahaha!

    NAMPAK TAK KUCING GEMUK KAT ISLAND TU???

    ReplyDelete
  2. Ade ke ujan sepoi2 bahasa oi? hahahah.. weh bic boi tu mandi kt laut tu ke? aku tgk cam tempat kapal2 lepak je..

    Tempat yg byk2 souvenir shop tu mengingatkan aku ke Kyoto jek..auw auw auw..langit biru cantik!

    ReplyDelete
  3. sampai ke kamakura mencari bicboi tansree???
    (mengigil nih nak pilih yg mana satu...awat gambo kecik bebeno?)

    motif sangat caplock kan word itu!!
    hahahah....
    next gambo bicboi ade?
    (dasar tamak!!)

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Tram hijau tu mengingatkan saya pada Melbourne.

    Menariknya pengalaman Janggel/Rain.

    ReplyDelete
  5. Biqque;

    Ye dapat peluang pegi je la kannn, Nampak banyak sangat kucing gemok tengah berteduh bawah daun sebab hujan.

    Santek!

    Ye banyak beachboi n beach chick masa aku dtg tu waima hujan turung on off,

    ReplyDelete
  6. BlueEwoke:

    Ada! Kena gunak kat blog aku je. Hehhehehehee.

    Ye diorang mandi kat situ le takde tempat lain.

    Entah le aku tak penah g Kyoto.

    ReplyDelete
  7. Tansree:

    Ye demi tansree sampai ke kamakura Enoshima ku carikan bichboi okay! dah jangan nak demand nak gambo2 beso pulak.

    cukup cukup!

    ReplyDelete
  8. Naramas Aman:

    Haah kak kat melben tu ada gak kan tren hijo. ada la saya dengo2 citer dr org yg dah pegi.

    Thanks akak.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS