Assalammualaikum!
NOTA: Mesti pening kan banyak citer sampingan-sampingan, kejap Jepun, kejap Jogja pastu tetibe citer durian? Ye aku menulis ikut MOOD kekeke.
FIRST skali nak wish HAPPY BIRTHDAY kepada mak saya yang tercinta. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan ceria selalu!
Ya kali ni kisah makan deroyan (durian) pulak. Nak dijadikan cerita, haritu (entah bile tah) seorang TanSree telah mempelawa kami yakni #travelholicawesome makan durian di rumah orang lain, yakni bukan rumah beliau. (Huh caner tu?) Ye bukan rumah beliau tapi rumah bekas-tuan-tanah-yang-dah-jadi-macam-sedara-mara beliau yang terletak di Bangi, lebih spesifik di Sungai Merab, Bangi.
Ya kali ni kisah makan deroyan (durian) pulak. Nak dijadikan cerita, haritu (entah bile tah) seorang TanSree telah mempelawa kami yakni #travelholicawesome makan durian di rumah orang lain, yakni bukan rumah beliau. (Huh caner tu?) Ye bukan rumah beliau tapi rumah bekas-tuan-tanah-yang-dah-jadi-macam-sedara-mara beliau yang terletak di Bangi, lebih spesifik di Sungai Merab, Bangi.
Maka dengan keterujaan yang MAHA (silalah kunjungi expo MAHA yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang dari 23 Nov hingga 4 Dis 2012) dahsyat, maka aku dan beberapa orang yang lain pon terkinja-kinje la buat plan nak ke situ. Memandangkan aku, dan Biqque ni duduk satu mukim, dan Fatt dan Chawana pulak terpaksa lalu mukim kami untuk sampai ke Bangi tu, akhirnya kami pon carpool la ke sana.
Bukan kami saja, Maszuber dan Cinta Hatinya, Dan Ariff, pon datang dari mana pon tatau, mungkin baru lepas dating. Dan Byya serta MasMZ pon turut sama memeriahkan majelis. Yang takde adalah John! Hahaha dia takde ok, selamat deroyan-deroyan kami (kami?).
Kami disambut dengan penuh mesra oleh tuan tanah yang bukan Kak Tansree Coco, tapi lebih mesra dipanggil Pak Chor dan Mak chor (maklumla orang Perak!). Oh, tetibe baru kami perasan rupa-rupanya 6 daripada kami semuanya orang Perak! Ha tu dia, rakyat Perak memang suka travel dan berbelog gamaknya ye? kekeke.
Upacara menjamah (sopan sikit bunyinya) deroyan pon bermula, nak dijadikan cerita, katanya nak makan kat dusun, maka gigih la si Fatt bawak pinggan mangkuk dan siap tanak pulut dan bawak santan kotak serta sekilo gula untuk dimakan bersama deroyan. Sumpah kami tatau rupanya tempat makan deroyan tu kat rumah orang kekeke, malu betol part nak keluarkan pulut dalam periuk tu, tapi nasib baik PakChor tu sporting dan suka! kekek maka bermulalah upacara makan deroyan dengan pulut beserta santan. Sedap yakmats! MasZuber dan Chawana siap tambah 4 kali! Biqque pulak baru firstime makan camtu. Oh lupa, MasZuber juga sempat goreng ikan masin untuk dimakan bersama pulut! Ha caner tu?
Ini adalah durian D24 yang bersepah-sepah atas tanah ye. |
Lihatlah kegigihan puan Biqque itu. |
Makan sambil mengumpat memang best! |
Aqilah juga hantu durian ye. |
Nampak tak apa yang aku nampak? |
Pulut + Durian + Santan Kotak + Gula = terbaik! |
Dah berapa bijik dah ni...tatau le. |
Sembang-punya-sembang, rupanya kecik je dunia, orang ni kenal jiran orang tu, orang tu sedara dengan orang ni balik-balik berpusing-pusing jugak la tahap perkenalan tu. Itulah uniknya Malaysia. Kami melantak Durian D24 berbijik-bijk secara PERCUMA okay! Sampai nak muntah-muntah makan durian yang isinya tebal dan kuning. Sedap!
Ok la, dipahamkan keluarga bahagia ElyHasrul pon tiba selepas kami pulang. Wah gigih kan. Apa-apa pon kami seronok di sana.
Sekian, melaporkan.
WASSALAM.
aku nampak apa yg ko nampak! mulut nganga aku gigit buat rambutan kan??? hahahahahaha!
ReplyDeleteseb beik aku pandai kopek durian tau! ayah chor n mak chor terbaek lah :) leh la bbq len kali :D
tx fatt n maszuber sbb bawak makanan, tx janggel sbb tumpangkan puan biqque :) and tx for all yg dtg meriahkan mejelis hehehe!
tak sia2 puan biqque berdrama ngan laki!
ko lupe masukkn part Aqilah bagi gas berbau doyan kat Na.hahaha :)
ReplyDeleteanyway terima kasih pd yg berusaha..tansree coco..tuan doyan & seluruh ahli jemaah travelholicaweaome yg sama2 hadir smlm..nanti kita wat gath lagi..aku nk masak laksa plak kali ni...slurppp~ (lama dah x mkn.mengidam)
Biqque:
ReplyDeleteYe begitu la kekeke,
Kan, mmg terbaik. kan best kalo bbq kan ..keke cop tukang makan je.
drama sangat kan, tak siasia ko menderhaka tau biq. dapat makan deroyan (kataganti perkataan je menderhaka tu kang ada org salahpahamplak)
Fatt:
ReplyDeleteGitew... haah lupe nak bubuh kekeke.
Wow laksa! terpaksa save date .. bile?
Nasib la derhaka2 pun ada durian nk luruh, kalau tak aku ikat mak esah kt pokok derian tu..!!
ReplyDeleteKo menipu sgt ckp aku tambah 4 kali!! 2 kali je tau tambah pulut, durian je berkali2 iols tambah.
Apapun memang best, rasa mcm pak dan mak sedara sendiri lah..
Suka entry nih!!
sekian melaporkan?
ReplyDeletehaahah...apa punya tajuk-gempak-padahal???
ok memang aaa tuh bukan rumah tansree coco....dulu kala menjadi penyewa di sini maka terus terpaut menjadi anak angkat keluarga ayahchor & makchor yang happening...
sedap kan?
korang ada serik nak datang?
apa?
nak datang lagi???
#untungla mereka-mereka yang bertuah..... kbai~ hahaha
ReplyDeleteOK.. pastu masuk cerita jogja balik yer.. Mak kempunan durian deknon!!
ReplyDeletepertama kali aku makan doyan serta pulut ngan santan kat alor staq umah kawan thn 90 an dulu....aishh asew pelik jek masa tu.
ReplyDeleteHantu droyan tak leh tgk nih.
ReplyDeletehappy bird day to auntie nini. ehheheeh
ReplyDeleteChawana!
ReplyDeleteKan, naseb bek mak esah derhaka bertempat.
Ye ke ko tambah 2 kali? Aku musykil!
Memang pakchor dan makchor sporting. Best kn!
Tansree coco!
ReplyDeleteHa memang tu je tajuk yg dipikirkan seswaai kekekee.
Sedap yakmats! Teringin nak makan sampai pengsan!
John!
ReplyDeleteHa tu la, rugi ko takde. Memang kami beruntung. Kkekkeeee
Esah!
ReplyDeleteNi bukan mak esah (biqque) kan? Ye lepas ni sambung citer jogja balik. Bertabahlaah.
Hulubalang!
ReplyDeleteTime 90an?.
Mak ai lamanya! Tapi sedap la, dengan syarat bubuh gula banyak2.
Dr. House!
ReplyDeleteSemestinya! Kang gigil2 pulak
Lili!
ReplyDeleteThanks! (On behalf)