2012-11-02

Pulau Langkawi: Re-Branding To Naturally Langkawi!

Assalammualaikum!!!

Saje je nak memperkasakan diri dengan isu semasa. Ha korang tau ke tak Pulau Langkawi tu dah dibagi gelaran baru oleh PM kite? Cuba teka apa namanya? Ah malas nak tunggu korang jawab, sempena penjenamaan semula Pulau Langkawi, maka ia akan dikenali sebagai Pulau Langkawi Serba Asli (kekeke aku serius tergelak guling-guling dengar nama ni...tak tipu ) atau nama omputehnya adalah Naturally Langkawi.

Banyak juga peruntukan diberikan oleh Kerajaan untuk penjenamaan semula Pulau Langkawi ni, angaran sebanyak RM 400 juta tau. Semoga Pulau Langkawi Serba Asli ni semakin terkenal ke seluruh dunia dan marilah kita menhargai destinasi eco-pelancongan Malaysia!

Jom baca petikan akhbar BHOnline:-

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penjenamaan baru Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli), yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong. Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung. Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi. Langkawi kini berada di ranking pulau keempat terbaik di Asia melalui tinjauan pendapat yang dijalankan Conde Nast Traveller, Langkawi yang bermatlamat menjadikannya sebagai 10 destinasi terbaik eko-destinasi di dunia pada 2015. - BERNAMA

Pantai Chenang suatu ketika dulu... Pulau Langkawi. Kekeke amacam? Cukup K-POP tak? 
Psttt: Sekadar berkongsi cerita.
Psstttt2: Jom add Twitter Panorama Langkawi untuk mengetahui berita semasa di Pulau langkawi di @PanoramaLGK

WASSALAM.

17 comments:

  1. Tak urban sungguh Langkawi Serba Asli! dah la budget sampai 400mil nk rebranding ni, kot2 la cangih2 sket, skali SERBA ASLI je si Najib leh pikior kan?? ish ish..kesian tauuu

    ReplyDelete
  2. gelak guling2 aku tengok gambo di atas...hahaha

    ReplyDelete
  3. Belum cukup K-Pop kalau guna gambar silhouette mcm tu. Kena guna gambar yg clear sikit, haha!

    ReplyDelete
  4. tak cukup!!!
    we want more!!
    more of your K-Pop style!!!
    (komen tak menjana pendapatan langsung..)

    ReplyDelete
  5. BlueEwoke:

    Kannnnn memang tak Urban sungguh bunyinye kekeke.

    ReplyDelete
  6. RAW:

    Hahaha takleh tunjuk gambo terang, buruk ghopernya. HAHHAHA

    ReplyDelete
  7. Kak Anash:

    Hamboih! I M-POP ok kekeke . Nonono i Bukan retissss *sambil hadang kemera dengan tangan.

    ReplyDelete
  8. Langkawi serba asli? Xde name lain je.mcm xde commercial value je

    ReplyDelete
  9. Aina:

    Entahla, mesti ada penjelasan di sebalik nama itu.

    ReplyDelete
  10. Tu cuma slogan aje kan @ tema untuk Langkawi...

    Best apa... pelancong asing memang cari yang macam tu...

    ReplyDelete
  11. adoi...sedihlah cam ni, nama elok-elok pulau langkawi pi ubah langkawi serba asli,cam pelik jer bunyi...

    ReplyDelete
  12. Mie:

    Ye itu slogan.
    Sebab Langkawi is still Langkawi.

    ReplyDelete
  13. Ceklala:

    Itu gamaknya yg mampu dipikirkan best kot.

    ReplyDelete
  14. Orga:

    Try takyah sebut, kompom tak terasa kekek.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS