Assalammualaikum!!!
Ok, takde sesiapa lagi ke nak ngajak makan durian kat rumah yang bukan rumahnya? #Selingan #sajejekecikkantulisan
Jom sambung kisah di tanah
Jawa haritu. Lepas dah puas makan tengahari kat
Restoran RM.Selera di
Pekan Wonosobo dengan jumlah
IRD 44,000, kami meneruskan perjalanan yang berbaki 30 minit kata pak supir. Perjalanan seterusnya adalah perjalanan mendaki bukit. Sekali lagi kami dibawa melalui jalan potong bagi menjimatkan masa katanya. Kami melalui kawasan hutan berbukit, dan lama-kelamaan masuk ke kawasan perkampungan di tebing-tebing bukit, suasananya seakan-akan berada di pekan
Tanah Rata atau
Brinchang di
Cameron Highland. Menurut pak supir, hasil pengeluaran utama di kawasan
Dieng tu adalaah ubi kentang dan sayur-sayuran seperti kobis dan jagung juga.
|
Keadaan pemandangan di sepanjang jalan ke Dieng. |
|
Banyak kebun sayur di lereng-lereng bukit. |
|
Rumah pon kat lereng-lereng bukit macam kat Cameron Highlands. |
|
Perkampungan di Dieng. |
Setelah melalui jalan yang berliku-liku (naseb baik tak mabuk jalan), akhirnya kami tiba di sebuah kawasan yang dinamakan
Telaga Warna. Apakah
Telaga Warna?
#3 Telaga Warna dan Telaga Pengilon, Dieng (Wonosobo, Daerah Jawa Tengah)
Hampir dua jam setengah perjalanan, kami tiba di Telaga Warna, Dieng. Pak supir meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta berhadapan dengan pintu masuk utama di Telaga Warna. Untuk masuk ke kawasan Dieng, kami dikenakan bayaran tiket sebanyak IDR 5,000 untuk sebuah kereta. Itu baru tiket melalui kawasan Dieng, kemudian bayaran untuk tempat letak kereta pula adalah IDR3,000.
Untuk masuk ke dalam Telaga Warna, harga tiket adalah IDR 6,000. Kawasan Telaga Warna ini amat luas di mana terdapat sebuah tasik berwarna biru turquoise yang menjadi daya penarik kepada kawasan ini. Dan apa yang penting, masuk-masuk je kawasan tu, hidung kami ditusuk dengan bau busuk seakan-akan telur busuk. Sebenarnya itu adalah bau daripada tasik berwarna turquoise tersebut yang merupakan kawah gunung berapi yang dipenuhi sulfur (belerang). Sebab itu warnaya kadang-kadang biru turquoise dan kadang-kadang bewarna kuning. Di sebelah tasik tersebut juga terdapat sebuah lagi tasik yang normal, yakni tasik yang airnya berwarna kehijau-hijauan,kadang-kadang coklat dipanggil Telaga Pengilon. Kalau dilihat dari satu sudut, kita akan dapat memerhatikan perbezaan air di kedua-dua tasik yang berbeza.
NOTA: Mitos masyarakat tempatan mengenai Kawah Warna ini, satu sebab mengapa warna tasik itu sebegitu adalah kerana kononnya dulu ada seorang bangsawan yang memiliki cincin bertuah, namun cincin tersebut terjatuh ke dalam tasik tersebut dan menjadikannya berwarna-warni sehingga kini. Manakala secara kajian saintifiknya, air tasik tersebut bewarna sebegitu adalah kerana kandungan sulfur daripada gunung berapi yang banyak terhasil di situ.
NOTA: Bagi Kawah Pengilon pula, mitos masyarakat tempatan mengatakan bahawa, barang siapa yang melihat dirinya di dalam tasik tersebut dalam keadaan tampan dan cantik, maka orang itu berhati baik, tapi kalau dia nampak wajah hazab, buruk giler maka dia memiliki hati yang busuk. Kami tak pergi pun buat benda tu, sebab tak lalu pun kat tasik tu, jauh sikit.
Di sekitar kawasan Telaga Warna ini terdapat juga beberapa buah gua yang digunakan sebagai tempat beribadat masayarakat di sini. Banyak patung-patung dan pekakas-pekakas untuk penyembahab terdapat di situ. Antara gua yang sempat kami tengok adalah Gua Semar, Gua Sumur dan Gua Pengantin. Tapi kami tak masuk pun dalam gua-gua tu, takut tersampuk kekeke.
Walaupun kedudukan Telaga Warna ni jauh dari bandar dan terletak 2000 meter dari aras laut, tapi memang ramai giler pelawat terutamanya daripada pelawat tempatan. Memang ramai giler orang Indonesia yang datang melawat ke wisata-wisata yang kami pergi. Ye la, rakyat diorang je pun dah berjuta-juta kan, memang tak habis la nak melawat sana-sini.
Kat situ jugak ada la sekumpulan anak muda yang main muzik lagu-lagu Indonesia yang popular dengan menggunakan beberapa peralatan asas seperti guitar, baldi pon ada. Dan awas juga ya, kat situ ada orang yang akan ambil gambar kita dan siap di print pulak tu, lepas tu dia akan paksa kita beli gambar yang dia ambik. Ha nasib baik la kami dua orang bawak kemera gedabak sangkut kat leher, so dia tak ambik pon gambar kami. Tak tau la berapa ringgit dia jual sekeping gambar yang dah siap dicuci
Kami berlegar-legar dalam Telaga Warna tu dekat sejam lebih juga la. Pusing-pusing sampai tak tau nak pegi mana dah, terus kami keluar balik ke kereta. Di kawasan tempat letak kereta tu ada banyak kedai menjual cenedramata, so sapa-sapa yang berminat boleh la beli kat situ. Kami tak beli apa-apa pon. Masa tu jenuh cari pak supir kat mana, rupa-rupanya dia duduk tidur dalam kereta. Kesian, penat le tu kan sebab seharian memandu, kami pulak boleh tidur-tidur dalam kereta kekeke.
Lepas habis di
Telaga Warna, pak supir membawa kami ke
Kawah Sikidang pula.
|
Pintu Gerbang sebelum masuk ke Dieng |
|
Pondok bayar parking kereta. |
|
Pintu masuk ke Telaga Warna |
|
Tiket masuk adalah IDR 6,000 |
|
Ramai orang masa kami datang tu. |
|
Tengok tu, kawasan kat sini sejuk juga. |
|
Air tasik yang bewarna warni. |
Lokasi di mana terletaknya Kawah Sikidang ni tidak berapa jauh daripada Telaga Warna. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Seperti biasa, nak masuk kenalah bayar tiket, tapi kali ni harga tiket disekalikan dengan tiket untuk masuk ke Candi Arjuna iaitu IDR 10,000. Dan harga untuk parking kereta pula adalah IDR 2,000.
Kawah Sikidang juga merupakan kawasan gunung berapi di mana terdapat banyak kelompok-kelompok asap yang keluar dari perut bumi. Sebenarnya ia merupakan air panas yang mengandungi belerang. Menurut masyarakat tempatan lagi, belerang ni bagus untuk menyembuhkan penyakit kulit. Entah le, tak tahu sejauh mana kebenarannya.
Dari jauh dah bau busuk macam di
Telaga Warna tadi, dan kali ni, ada banyak rakyat tempatan yang akan menyapa sambil menyuruh kite membeli topeng muka / penutup hidung (
mask) dengan harga
IDR1,000. Kami tak beli pon, sebab yakin tak berapa busuk kalau lalu ikut arah berlainan dari arah angin. Kalau tak tahan, tutup je hidung dengan topi kekdahnya kekeke.
|
Kawah Sikidang. |
|
Gelembung-gelembung sulfur |
|
Nak amik gambo? Bayar la. |
|
Ada pulak macam sungai kat sini. |
|
Laluan menuju ke kawah. |
|
Ha ni pon untuk tujuan bergambar je. |
|
Ada 4 ekor semuanya |
Di situ juga ada kelihatan sekumpulan anak muda yang berpakaian seperti Dewa Monyet! Dan ada juga kuda. Motif mereka sebegitu adalah supaya orang ramai yang mengunjungi kawasan tersebut boleh mengambil gambar bersama mereka dan bayarann sebanyak IDR1,000 akan dikenakan untuk sekeping gambar yang akan siap dicuci di situ juga. Seperti biasa, kami tak pun pegi ambik gambar dengan diorang, memandangkan kalau ambik gambar dari jauh pon dah cukup jelas, kekeke.
Di hujung kawasan tu dapat dilihat satu kawah yang di dalamnya terdapat air sulfur yang mengelegak dan mengeluarkan asap yang sangat tebal. Bau memang busuk yakmats tapi memandangkan memang tak pernah jumpa tempat-tempat macam ni kat Malaysia, so bertabah je la bergambar sambil posing-posing kat situ. Ada juga orang yang menjual ketulan-ketulan sulfur di situ untuk dijadikan sebagai ubat bagi merawat penyakit kulit.
|
Kawah yang tengah menggelegak |
|
Memang ramai sentiasa kat mana-mana pun. |
|
Kepingan-kepingan sulfur yang dijual. |
Ok, di
Kawah Sikidang pon tak berapa lama, tak sampai sejam pun. Lepas tu, kami pun balik ke kereta. Seperti biasa, pak supir dok tidur dalam kereta. Mesti tak puas tidor le tu kekeke.
Ok nanti aku sambung pulak la cite seterusnya di
Candi Arjuna, juga tak berapa jauh dari
Kawah Sikidang. Tunggu ya.
JOM LAYAN VIDEO PENDEK LAGI! HEHEHE
WASSALAM.
nasib baik gmbr yg ada aku dgn ko tu nmpk kurus skit... hahahaha
ReplyDeleteya Allah rajin nyer la ko taipppppppppp! sungguh berinformasi! syabbas!
ReplyDeletebest gak tgk kawah tu ek though busuk yakmats, mesti mcm kat bandung dan juga bromo yg fatt pi tu.
tasik tu satu kaler jer? mana warna-warni nyer? mak esah kena tipu nih! pulangkan duit sayaaaaaaaaaaaa!
John:
ReplyDeleteHahaha ye ko memang kurus!
Biqque:
ReplyDeleteTerpaksa rajin biqque, kalo x nanti mati kebusanan.
Gamaknya macam yg tmpt fatt pg tu la kot, cuma ygni x plu manjat bukit bagai.
Haaa la satu kaler jer kekeke.
akak leh baca tulisan kecil itu, ok?
ReplyDeletemmg ayachor hari2 bagitau durian luruhlagi...
hehe
(Tukar identiti jab)
wah
entry ini amat ilmiah
terima kasih en janggel kerana telah membuka mata saya tentang betapa cantiknya tasik -tasik di situ
kbai
gua pengantin tu, kalo masuk boleh cepat kawin ke? :-)
ReplyDeletemacam nak kena masuk list sbb Dieng tu cam lawo dan rare (tak banyak blog aku baca citer pasal tempat ni), tapi xtau la sempat ke idok sebab aku plan lepak jogja 2 hari je..T_T
Nampak sejuk tempat ni.
ReplyDeleteAktiviti mengambil sulfur di sini adakah sama dgn Mount Bromo?
Mitos tempatan adalah perkara biasa di Indonesia, kan?
Harap-harap jangan syirik.
eh, takde aktiviti makan telur rebus ker?hehe..sebab kawasan lebih kurang sama masa aku pergi hakone dulu.
ReplyDeletekelakarlah mamat 4 ekor tu, semacam jer dressing, ahaha...
Kak TanSree:
ReplyDeleteHahaha dah jenuh kecikkan pon boleh nampak? Ok tepaksa buat tulisan putih pulak lepas ni.
Waaaaaaa nak duriayan. 'Wa'
Terpaksa buat ilmiah, sebab nanti ada org emel tanya bukan-bukan.
kbai
dzuchan:
ReplyDeleteEntah le, aku tak terai masuk plak. cer ko try masuk, jd pengantin ke tak.
Kalau dua hari, aku rasa untuk ke dieng maybe sempat tapi agak rushing sebab dia jauh. 2jam 30 minit tau.
Naramas Aman:
ReplyDeleteYe kak, di Dieng memang sejuk. Kalau ke situ sepatutnya kena bawak baju sejuk. Dia seakan-akan cameron highland tapi lagi sejuk dr cameron highland.
Yap, mana-mana pegi pasti ada cerita2 mitos.
Yang penting kita jaga iman kita.
insyaAllah.
Orga:
ReplyDeleteNtah, takde pulak aku nampak orang makan telur rebus kat situ.
Memang kelakar, masa mula2 nampak pon aku dah ter 'jaw drop' hahaha