Posts

Showing posts with the label Dieng

Jogja, The Real Java (Part 4): Kompleks Candi Arjuna

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan dari Part 3 ] Lama pulak terbantut entry Jogja ni. Ok aku sambung balik dari Telaga Warna dan kemudian ke Kawah Sikidang , akhir sekali kami di bawa pula ke kawasan pergunungan yang lagi terpencil di mana terletaknya beberapa buah candi 'mini', antaranya adalah Candi Arjuna, Candi Setiaki  dan Candi Gatotkaca. Keadaan cuaca memang sangat sejuk, sedingin cuaca di Cameron Highlands tatkala selepas hujan. Kawasan tempat letak kereta di depan pintu masuk, ada banyak orang meniaga. Kawasan Kompleks Candi Arjuna, lapang je. Seperti biasa, parking kereta mesti kena bayar punya iaitu IDR 2,000 . Tiket untuk masuk candi ni tak perlu bayar lagi dah sebab dah inclusive dengan tiket masa beli di Kawah Sikidang yakni IDR 10,000. Jadi masa lalu depan pak  guard  tu cuma perlu tunjukkan tiket dan dia akan koyakkan tiket tersebut. Sebenarnya kawasan tiga buah candi untama ni terletak di tengah-tengah satu kawasan pertanian yang ...

Jogja, The Real Java (Part 3): Telaga Warna Dan Kawah Sikidang, Dieng (Wonosobo, Daerah Jawa Tengah)

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada PART 2 ] Ok, takde sesiapa lagi ke nak ngajak makan durian kat rumah yang bukan rumahnya? #Selingan #sajejekecikkantulisan Jom sambung kisah di tanah Jawa haritu. Lepas dah puas makan tengahari kat Restoran RM.Selera di Pekan Wonosobo dengan jumlah IRD 44,000 , kami meneruskan perjalanan yang berbaki 30 minit kata pak supir. Perjalanan seterusnya adalah perjalanan mendaki bukit. Sekali lagi kami dibawa melalui jalan potong bagi menjimatkan masa katanya.  Kami melalui kawasan hutan berbukit, dan lama-kelamaan masuk ke kawasan perkampungan di tebing-tebing bukit, suasananya seakan-akan berada di pekan Tanah Rata atau Brinchang di Cameron Highland. Menurut pak supir, hasil pengeluaran utama di kawasan Dieng tu adalaah ubi kentang dan sayur-sayuran seperti kobis dan jagung juga. Keadaan pemandangan di sepanjang jalan ke Dieng. Banyak kebun sayur di lereng-lereng bukit. Rumah pon kat lereng-lereng bukit ...