Posts

Showing posts with the label Langkawi

Pulau Langkawi: Re-Branding To Naturally Langkawi!

Image
Assalammualaikum!!! Saje je nak memperkasakan diri dengan isu semasa. Ha korang tau ke tak Pulau Langkawi tu dah dibagi gelaran baru oleh PM kite? Cuba teka apa namanya? Ah malas nak tunggu korang jawab, sempena penjenamaan semula Pulau Langkawi, maka ia akan dikenali sebagai Pulau Langkawi Serba Asli (kekeke aku serius tergelak guling-guling dengar nama ni...tak tipu ) atau nama omputehnya adalah Naturally Langkawi. Banyak juga peruntukan diberikan oleh Kerajaan untuk penjenamaan semula Pulau Langkawi ni, angaran sebanyak RM 400 juta tau. Semoga Pulau Langkawi Serba Asli ni semakin terkenal ke seluruh dunia dan marilah kita menhargai destinasi eco-pelancongan Malaysia! Jom baca petikan akhbar BHOnline :- LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penjenamaan baru Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli), yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelanco...

Langkawi Escapades: Finale

Image
Assalamualaikum!!! [Sedutan dari entry terdahulu di sini ] Rasanya dah meleret-leret dah kisah Langkawi aku tulis kat sini, tapi rasa teruja nak menulis tu masih membuak-buak. Oklah ini merupakan entry penutup kepada kisah percutian di Langkawi. Selepas penat dua hari meronda-ronda Pulau Langkawi , maka hari ketiga adalah hari untuk pulang. Kami bergerak dari Pantai Chenang ke Jeti Kuah pada jam 8.00 pagi. Target kami adalah untuk menaiki feri ke Kuala Perlis pada jam 10 pagi. Malangnya tiket feri untuk pukul 10 dah habis. Akhirnya terpaksa naik feri jam 11.30 pagi. Dalam pada tu sempat lagi ber shopping di jeti kuah!. Kami bersarapan pagi di sebuah kedai mamak di dalam terminal feri. Aku tak ingat apa nama kedai mamak tu. Lama jugak melepak kat kedai mamak tu sambil mencuba merakam video-video melalui kacamata ikan. Fuh mantop! Tapi apakan daya, hari terakhir baru ada mood nak rakam video! Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada jam 1.00 ...

Langkawi Escapades Part 4 (Air Terjun Dan Laksa Power)

Image
Assalamualaikum! [Sambungan dari Episode 1 , Episode 2 dan Episode 3 ] Selepas selesai be r'Island Hopping ' di Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah , kami kembali ke jeti dan maka tengahari. Tak sempat balik motel bersalin pun, kami meneruskan misi meronda di Pulau Langkawi, kali ini kami ke Air Terjun Telaga Tujuh . Aku memang tak pernah pergi tempat tu sebelum ni. Lokasinya terletak berhampiran dengan Kereta Kabel di Gunung Mat Cincang . Sebelah menyebelah saja. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah di Rebak Marina , di mana terdapat banyak kapal layar mewah yang bersadai kat situ. Kami pon apa lagi, mode menembak-nembak dengan jayanya di sekitar kawasan Rebak Marina. Inilah hasil tmbakan orang-orang di jeti masa pegi tadi..jualan RM 10 setiap satu. Ni kat Rebak Marina...mantap!!! Adakah mata itew masuk abok??? hahahaha Bayaran tempat letak kereta di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dikenakan dengan harga RM 2 . Selepas selesai memung...

Langkawi Escapades Part 3: Island Hopping (What Else!) At Pulau Dayang Bunting And Pulau Bras Basah

Image
Assalamualaikum!!!   [Sedutan entry episode 1 dan episode 2 di sini dan sini ] Fuh dah ada part 3 pulak kan kisah coti-coti Langkawi ni. Hari kedua, kami dah bangun awal-awal, sebabnya dah tak sabar-sabar nak pergi Island Hopping!!! Sehari sebelum tu di Pantai Chenang , kami dah booking untuk Island Hopping dengan sorang mamat beach boy ( beachboy le sangat kan huhuh) dengan harga RM 35 sekepala. Sebenarnya boleh dapat murah lagi dengan harga RM 25 di tempat lain, tapi memandangkan dah malas nak pegi servey-servey harga maka kami pon proceed je dengan mamat beach boy tu. Operasi menepung tawar harga berjalan dengan lancar di tepi Pantai Chenang nan permai sambil menyaksikan sunset . Ok berbalik semula di hari kejadian, sebelum memulakan Island Hopping pada jam 9.00 pagi, kami pergi bersarapan pagi dulu di salah sebuah kedai berdekatan dengan motel. Selepas makan, singgah sekejap di sebuah minimart untuk membeli beberapa bekalan untuk di bawa ke sesi Island Hopping ....

Langkawi Escapades Part 2 : Sunset At Chenang Beach, Langkawi

Image
Assalamualaikum!!! [Sedutan entry terdahulu di sini - Hari Pertama di Pulau Langkawi ] Seharian memandu, merentasi 5 buah Negeri dan 2 buah Wilayah Persekutuan ( Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) menyebabkan urat kaki aku berdenyut-denyut sampai hari ni. InsyaAllah hujung minggu ni semboh la kot. Amin ~ Selepas berehat sebentar di Motel ( Amzar Motel ) sebaik saja puas meronda-ronda di Buffalo Park , Pantai Pasir Hitam, Kilim Geoforest Park dan Pekan Kuah , petang itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di persisir Pantai Chenang , melihat sunset dan keletah manusia yang bercuti di sana. Jarak di antara persisir Pantai Chenang dengan Motel tempat kami menginap hanya lebih kurang 70 meter sahaja. Jalan kaki tak sampai 10 minit dah dapat jejak pantai!!! Mode teruja! Keadaan angin pantai yang menghebus diri dan orang ramai yang menjalankan aktiviti-aktiviti pantai amat menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh ...