Dah hujung-hujung tahun ni rajin pulak aku dan opismate aku jalan-jalan cari makan kat luar, maklumla level stress makin tinggi kat opis jadi salah satu cara nak balance kannya adalah dengan makan! So kami diperkenalkan dengan satu gerai yang agak terpencil di pinggir Putrajaya. Katanya gerai ni sangat fames sehinggakan kalau nak datang makan kat gerai tu siap kene booking meja dan order in advance! Ha ada ke gerai kampung lain yang mampu buat camtu???
Ok dipendekkan cerita, masakan kat gerai ni mengikut hari, menunya berbeza-beza. Tapi menu yang popular adalah masakan ketam masak lemaknya yang hanya available pada hari Isnin dan Khamis sahaja manakala hari-hari lain ada juga masakan udang dan ikan (juga mengikut hari).
So kami berenam dari opis dah booking kedai makcik ni awal pagi lagi. Lokasi gerai ni adalah di Kampung Desa, Sungai Merap, Selangor. Betol-betol terletak di pinggir Putrajaya (maaflah tiada map mahupun koordinat GPS).
Bila dah lalu celah-celah kampung, lalu tepi kebun getah bagai maka sampailah kami ke Kampung Desa. Nama gerai ni ada macam-macam, sampai aku tak tau yang mana satu betol, tapi menurut opismate aku, nama gerai ni adalah Gerai Tapak Sulaiman. Hmm entah le.
Masa kami sampai tu, subhanallah punyalah ramai manusia dan aku yakin semua tu dah buat pre-order dah. Sebab kawan aku cakap memang takde orang datang walk in sebab sure takde tempat duduk dan tak ada lauk. Sebenarnya gerai ni kecik je, ala standard gerai-gerai kampung la, dinding papan bagai. Tapi kalau tengok pelanggan yang datang, memang tak sangka dalam kampung macam tu boleh ada gerai cenggitu. Rezeki tuan tanah katanya.
Reserve untuk 7 orang tapi yang datang 6 orang je hehe |
Kami dah siap order awal-awal set ketam untuk 6 orang makan, so bila sampai dah ada meja yang tertulis nama kawan aku tu. So tak payah berebut-rebut cari meja. Makanan pon dah siap untuk dihidangkan... ha standard hotel sangat. Apa yang ada dalam set ketam tu?
1. Mesti le ada ketam masak lemak semangkuk 4 ekor. Kami dapat 3 mangkuk semuanya.
2. Ikan kembung goreng masak kicap 8 ekor.
3. Ayam goreng kunyit dua pinggan.
4. Tempe goreng dua pinggan.
5. Sambal belacan.
6. Air sirap ais satu jug besar.
Tu diaaa tempe goreng! |
Hidangan satu set |
Ayam Goreng Kunyit |
Fuh Ketam terbaikkk! |
Ikan Kembung Masak Kicap |
Fullhouse kedai ni. |
Kalau nak buat tempahan tempat duduk boleh call no tokey kedai ni ye : 017-3812246 (Warung Tapak Sulaiman, Kg. Desa)
Ok jom makan!
WASSALAM.
hmmm..boleh try ni..siap ada no tepon..good..good...tp kalau x nak set ketam, ada set lain x..pasal aku x mkn ketam la...;)
ReplyDeleteLemak ketam sungguh nmpk sedapp! Harus terjah ni nnt mohon tunjukkan jln. Kekeke hebattt sungguh haii warung biasa siap kene book in advance bagai. Hihihi
ReplyDeletehuyuh! kedai kg tapi maju camni pun ada? *tepuk tangan*
ReplyDeletesungai merab..(sila betulkan ejaan itu)
ReplyDeletekampung desa?
rasanya kena gigih cari nih....
macam pernah dengar
Wahh..dah macam gaya restoran kt kmpg saya kt penang noohh!! besa dgr restoran nasi sila?? dulu2 restoran tu org makan sampai bersila kt dalam umah owner..mostly yang datang cina2 kaya kete besar2 bersusun tepi jalan. Sekarang dh upgrade dh restoran tu..xyah bersila lagi..dan orang datang masih ramai smpaikan saya terpaksa tapau makan kt rumah..heehe. Sekian makasih
ReplyDeletetengok gambar kedai, macam pernah lalu lalang jer kawasan sini, tapi tak pernah nak berhenti, hm...kena terjah ni kalau dah sedap, heheh...
ReplyDeleteFarikica:
ReplyDeleteye kalo nak pg telipon dulu, kalau tak pegi saja je la. Untuk selain lauk ketam sila pg hari selain hari khamis dan isnin.
Henry fox:
ReplyDeleteHaaa boleh la pi nanti!
Biqque:
ReplyDeleteYe biqque aku pon terkejut jugak mulanya!
Kak Anash:
ReplyDeleteAbestu ejanya mcmana?
Sila gigih cari.
Wow canggihnya kedai ni...ada kelas...
ReplyDeleteTerliur saya melihatkan makanan ni :)
Zila:
ReplyDeleteha jangan memain ye, dalam kampung pon hebat tau.. Baru dapat tau nama gelaran lain bagi restoran ni adalah RESTORAN BUNIAN. Skeri tak? tapi sedap! Heheh
Orga:
ReplyDeleteO pernah lalu lalang eh, apa lagi, singgah ler.
Kak NA:
ReplyDeletehehhee saya pon terliur jugak ni :P