Skip to main content

Food Hunter: Warung Tapak Sulaiman, Kg. Desa, Sungai Merab, Selangor

Assalammualaikum!!!

Dah hujung-hujung tahun ni rajin pulak aku dan opismate aku jalan-jalan cari makan kat luar, maklumla level stress makin tinggi kat opis jadi salah satu cara nak balance kannya adalah dengan makan! So kami diperkenalkan dengan satu gerai yang agak terpencil di pinggir Putrajaya. Katanya gerai ni sangat fames sehinggakan kalau nak datang makan kat gerai tu siap kene booking meja dan order in advance! Ha ada ke gerai kampung lain yang mampu buat camtu???

Ok dipendekkan cerita, masakan kat gerai ni mengikut hari, menunya berbeza-beza. Tapi menu yang popular adalah masakan ketam masak lemaknya yang hanya available pada hari Isnin dan Khamis sahaja manakala hari-hari lain ada juga masakan udang dan ikan (juga mengikut hari).

So kami berenam dari opis dah booking kedai makcik ni awal pagi lagi. Lokasi gerai ni adalah di Kampung Desa, Sungai Merap, Selangor. Betol-betol terletak di pinggir Putrajaya (maaflah tiada map mahupun koordinat GPS).


Bila dah lalu celah-celah kampung, lalu tepi kebun getah bagai maka sampailah kami ke Kampung Desa. Nama gerai ni ada macam-macam, sampai aku tak tau yang mana satu betol, tapi menurut opismate aku, nama gerai ni adalah Gerai Tapak Sulaiman. Hmm entah le.

Masa kami sampai tu, subhanallah punyalah ramai manusia dan aku yakin semua tu dah buat pre-order dah. Sebab kawan aku cakap memang takde orang datang walk in sebab sure takde tempat duduk dan tak ada lauk. Sebenarnya gerai ni kecik je, ala standard gerai-gerai kampung la, dinding papan bagai. Tapi kalau tengok pelanggan yang datang, memang tak sangka dalam kampung macam tu boleh ada gerai cenggitu. Rezeki tuan tanah katanya.

Reserve untuk 7 orang tapi yang datang 6 orang je hehe

Kami dah siap order awal-awal set ketam untuk 6 orang makan, so bila sampai dah ada meja yang tertulis nama kawan aku tu. So tak payah berebut-rebut cari meja. Makanan pon dah siap untuk dihidangkan... ha standard hotel sangat. Apa yang ada dalam set ketam tu?

1. Mesti le ada ketam masak lemak semangkuk 4 ekor. Kami dapat 3 mangkuk semuanya.
2. Ikan kembung goreng masak kicap 8 ekor.
3. Ayam goreng kunyit dua pinggan.
4. Tempe goreng dua pinggan.
5. Sambal belacan.
6. Air sirap ais satu jug besar.
Tu diaaa tempe goreng! 
Hidangan satu set
Ayam Goreng Kunyit
Fuh Ketam terbaikkk!
Ikan Kembung Masak Kicap
Fullhouse kedai ni.
Harga untuk sorang makan bagi set 6 orang ni adalah RM 13... boleh dikatakan berpatutan jugakla. So apa kata sesiapa yang berminat tu datang makan kat sini, try la risik-risik kat mana lokasi yang sebenarnya, sebab aku tak tau nak cerita macamana hahaha.

Kalau nak buat tempahan tempat duduk boleh call no tokey kedai ni ye : 017-3812246 (Warung Tapak Sulaiman, Kg. Desa)

Ok jom makan!

WASSALAM.

Comments

  1. hmmm..boleh try ni..siap ada no tepon..good..good...tp kalau x nak set ketam, ada set lain x..pasal aku x mkn ketam la...;)

    ReplyDelete
  2. Lemak ketam sungguh nmpk sedapp! Harus terjah ni nnt mohon tunjukkan jln. Kekeke hebattt sungguh haii warung biasa siap kene book in advance bagai. Hihihi

    ReplyDelete
  3. huyuh! kedai kg tapi maju camni pun ada? *tepuk tangan*

    ReplyDelete
  4. sungai merab..(sila betulkan ejaan itu)
    kampung desa?
    rasanya kena gigih cari nih....
    macam pernah dengar

    ReplyDelete
  5. Wahh..dah macam gaya restoran kt kmpg saya kt penang noohh!! besa dgr restoran nasi sila?? dulu2 restoran tu org makan sampai bersila kt dalam umah owner..mostly yang datang cina2 kaya kete besar2 bersusun tepi jalan. Sekarang dh upgrade dh restoran tu..xyah bersila lagi..dan orang datang masih ramai smpaikan saya terpaksa tapau makan kt rumah..heehe. Sekian makasih

    ReplyDelete
  6. tengok gambar kedai, macam pernah lalu lalang jer kawasan sini, tapi tak pernah nak berhenti, hm...kena terjah ni kalau dah sedap, heheh...

    ReplyDelete
  7. Farikica:

    ye kalo nak pg telipon dulu, kalau tak pegi saja je la. Untuk selain lauk ketam sila pg hari selain hari khamis dan isnin.

    ReplyDelete
  8. Henry fox:

    Haaa boleh la pi nanti!

    ReplyDelete
  9. Biqque:

    Ye biqque aku pon terkejut jugak mulanya!

    ReplyDelete
  10. Kak Anash:

    Abestu ejanya mcmana?
    Sila gigih cari.

    ReplyDelete
  11. Wow canggihnya kedai ni...ada kelas...

    Terliur saya melihatkan makanan ni :)

    ReplyDelete
  12. Zila:

    ha jangan memain ye, dalam kampung pon hebat tau.. Baru dapat tau nama gelaran lain bagi restoran ni adalah RESTORAN BUNIAN. Skeri tak? tapi sedap! Heheh

    ReplyDelete
  13. Orga:

    O pernah lalu lalang eh, apa lagi, singgah ler.

    ReplyDelete
  14. Kak NA:

    hehhee saya pon terliur jugak ni :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!
Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.
Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.
Ok apa sebenarnya nasi ganja?
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringa…

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)
Selalu yang aku …

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok.InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali…

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…