Skip to main content

Kapkek Buat Mama: Wondermilk

Assalammualaikum!!!

Hari tu, masa hujung minggu tu... 'wa' (ops terpakai kata ganti nama macam orang yang bergelar Tansree tu pulak ) duduk terbongkang je kat rumah, tanpa arah tuju dan seperti zombie mati kelaparan darah. Tak da nafsu nak pegi mana-mana sementelaah tiada seorang pon housemate kat rumah dek kerana balik kampung, dan ada yang pegi opis buat kerja dengan jayanya.

Lantas.... (cewah)

Ada pulak yang mengajak makan kapkek. Ye kapkek, yang saiz diameternya besar sikit je dari duit syiling 50 sen (duit lama sebelum bertukar ke duit 50 sen emas yang baru ni). Katanya seketul kapkek harganya RM 4.70? Huish senang betul orang sekarang ni buat untung kan? (teringat juga pada kapkek nenas buatan Tansree dulu, gamaknya bile dia nak hasilkan kapkek sebegitu lagi ye?)

Kalau nak ikutkan mak aku pon seorang pembuat kapkek yang LAZAT. Saiznya diameternya dua kali ganda lebih besar dari kapkek yang aku makan haritu. Dan rasanya mestilah lebih sedap dan lembut! Bezanya, mak aku takde bubuh icing / topping kat atas dia. Tapi kalau nak request topping tu pon boleh. Untuk hantaran dan kenduri kawin pon mak aku amik order. 

Berbalik kepada kapkek yang aku makan haritu, lokasinya sangat santai, sejuk dan best untuk lepak-lepak buang masa. Tengok kat situ pon ramai je manusia yang duduk lepak sambil tangan menekan-nekan gadget masing-masing... maklumla wifi free.Ye macamtu la cafe idaman aku yang aku nak buka satu hari nanti.(InsyaAllah)

Nak tau kat mana tempat tu? Wondermilk Uptown Damansara je. Aku suka tempat tu tapi tak boleh pegi selalu, nanti pokai. 

So bile next? 

HAPPY BIRTHDAY MAK, SORRY TAK SEMPAT NAK CELEBRATE LAGI.TUNGGU CEK BALIK YE.



Psttt: Entry malas. Sekian.

WASSALAM.

Comments

  1. nampak cantik je kapkek tu...rasa macam tak sampai hati nak makan...:)

    ReplyDelete
  2. Jimmy:

    Memang lawa kan, memula mmg sayang nak makan, but end up habis semuanya ditelan secara berjemaah

    ReplyDelete
  3. kenapa?
    kenapaaaaaa....
    bila buka entry nih
    bau kapkek ???
    ha??
    sapa tansreee tuh?
    akak kenal ker?

    ReplyDelete
  4. alamak..tersama plak..
    aku pun terlayan cupcake wondermilk ni semalam..
    4.50/pcs kat wondermilk Citta Mall
    tapi rasanye sedap lagi cupcake chic kot.

    Blueberry cheese tu tak rasa cheese pun =,=, rainbow cupcake ok,sedap jugak

    ReplyDelete
  5. untunglah dpt makan kapkek wondermilk huhuhu

    ReplyDelete
  6. Anash:

    Apa yang kenapa?

    Haruman #Kapkektansreecocomenyengat?

    ReplyDelete
  7. dzuchan:

    Ke? Kat Citta Mall tu best tak tempat lepaknya?

    Ntah le aku pon tatau rasa yg tu camana.

    ReplyDelete
  8. Chawanna Na:

    HAHAHAHa untungla sangat!

    ReplyDelete
  9. Isabelle Frankly:

    Kekeke mak kata thanks!

    ReplyDelete
  10. kapkek wondermilk ni mmg nak semelih kita hidup2..dahla mahal nak mampus...pastu manis nak mampus...amboi byknye perkataan mampus kat cni...kekeke

    ReplyDelete
  11. Fatt:

    Tau takpe, tapi aku suka kekeke sebab lepak situ terasa macam orang kaya kekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.
Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.
Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej…

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!
Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.
Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-u…