2012-12-17

Jogja , The Real Java (Part 5): Rumah Boedi And Candi Borobudur

Assalammualaikum!


Sorry sebab lama pulak nak menyambung entry Jogja ni, maklumla busy tahap mughallazah dah ni. Takpe sambil-sambil busy aku cuba la selit melitkan masa untuk taip entry, ni pon dah beberapa hari dah, satu hari satu ayat cenggitu...hahaha #drama.

Tibalah hari yang di nanti-nanti (wah macamlah hari lain tak dinantikan) hari ketiha kami di bumi Indonesia. Kalau ikutkan itinerary, hari ni sesubuh sepi-e kami akan menyaksikan sunrise di Candi Borobudur! Wow kekdahnya nak melawat candi di waktu pagi! Dalam hati dok la berdoa supaya jangan hujan or else sia-sia je tak dapat pergi Borobudur. Dalam banyak-banyak tempat, Candi Borobudur ni memang dah lama aku teringin nak pegi sebab dulu-dulu tengok dalam buku teks sekolah macam cantik je tempat tu, dan aku memang suka dengan bangunan-bangunan lama. 

Maka pagi tu seawal 5.00 pagi kami dah bangun, itu pon sebab staff Rumah Boedi dah ketuk pintu suruh bangun, dan kami janji dengan pak supir untuk jemput kami di Rumah Buedi pada jam 5.30 pagi. Dengan tak mandi pagi (aku hanya gosok gigi je kekeke) kami pon bergerak menuju ke Pintu Masuk Manohara. Menurut Pak Supir, untuk Pakej Sunrise yang akan kami ambil, pintu masuk yang dibuka seawal pagi hanyalah di Pintu Manohara, yakni satu-satunya hotel bertaraf tinggi yang terletak di dalam kawasan Candi Borobudur. 

Register dulu di Hotel Manohara
IDR 380,000
Barangan yang diterima, lampu suluh dan kain batik.
Dah ramai yang sampai awal. Mungkin dari Bandar Jogja.

Masa kami sampai tu, dah ada ramai pengunjung yang berkompol di lobi hotel, dan kebanyakannya adalah pelancong asing antaranya dari Jepun dan India. Kami pon terus ke kaunter pendaftaran untuk membeli tiket. Untuk makluman, harga tiket untuk Pakej Sunrise Borobudur adalah 2 kali ganda daripada harga tiket waktu biasa. Jadi kami membayar harga yang mahal yakni IDR 380,000 berbanding harga biasa iaitu IDR180,000. Pengsan sekejap bila nak bayar tu (terpikir jugak dalam hati, betol ke apa yang kami nak buat ni sebab takut tak berbaloi) tapi kami nekad bayar je la sebab dah sampai dan mungkin takan jejak lagi kawasan Borobudur ni. Pengalaman sekali seumur hidup katanya. (Ye harga tiket lagi mahal dari nak masuk ke Taj Mahal ok!)

NOTA: Candi Borobudur diwartakan sebagai salah sebuah tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO dan merupakan Candi Buddha yang terbesar di dunia. Ia mula dibina sekitar tahun 750 hingga 850 oleh pemerintah jawa ketika itu. Nama Bororbudur diambil sempena nama salah sebuah kampung berhampiran iaitu kampung Bore manakala Budur adalah Candi jadi ia membawa maksud Candi Bore. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades.- Sumber Google

Selepas membayar harga tiket, kami diberikan sebuah lampu suluh mini, sorang satu dan kain batik untuk dipakai di pinggang. Tak tau la nape orang tu bagi kain warna cokelat kat kami sedangkan orang lain semua dapat kain kaler putih hitam...motif sangat nak mendiskriminasikan kami. Tanpa membuang masa, kami pun terus sarung kain dan bergerak menuju ke Kompleks Borobudur. Jauh jugak lokasi Borobudur daripada Pintu Manohara ni, jalan kaki lebih kurang 15 minit dan kita akan tiba di pintu pagar di mana ada beberapa orang penjaga pagar akan mintak tiket kite. Masa tu dah teruja sangat sebab dah nampak bangunan candi tu depan mata, dan ianya memang tinggi!

Nak memanjat anak tangga ke tingkat paling atas pon satu hal jugak, sampai termengah-mengah jugak la sebab tak cukup stamina, sangat sihat aktiviti kami pagi tu. Sampai di puncak Borobudur, kami lihat ramai dah pelancong berkumpul di situ. Masa tu pon hari dah mula terang. kagum jugak sekejap bila dengar makcik-makcik tourguide berbahasa Jepun dengan pelancong-pelancong Jepun yang datang, lancar sangat. Bukan setakat berbahasa Jepun, yang berbahasa Spanyol pon ada.!

Candi Borobudur dari hadapan.
Berdebar tunggu Sunrise!
Kabus tebal menyelubungi pagi di Borobudur
Nampak sunrise sipi-sipi je.
Makin ramai orang datang

Maka dah sampai kat atas tu, kami tak lepaskan peluang la bergambar, setiap ceruk dan sudut mesti dirakam. Paling best bila nampak kbus-kabus yang terperangkap di pokok-pokok di kawasan sekeliling candi Bororbudur ni, nyaman je rasa. Tunggu punya tunggu matahari tak muncul-muncul. Lepas tu ternampak pulak awan tebal berserta kabus berarak mendung kat area yang sepatutnya nampak matahari tu. Huh??? Serius? Tak nampak sunrise??? (#drama lagi) akhirnya kami pasrah memang pagi tu matahari tak secantik sunrise di Bali dan Phuket. Sabo je la memang bukan rezeki kami nak tengok sunrise di Borobudur. Tapi kami bersyukur sebab cuaca sangat elok pagi tu. Orang pon makin lama makin ramai yang datang.

Ukiran-ukiran di dinding candi
Sekitar kawasan puncak candi
Aksi wajib.
Antara patung buddha tak berkepala

Candi Borobudur ni dah mengalami beberapa kali pengstrukturan semula memandangkan struktur asalnya yang agak terjejas akibat perubahan iklim dan persekitaran.Masa kami sampai pon, ada beberapa kawasan yang ditutup untuk pembaik pulihan bangunan. Ada jugak beberapa kepala patung buddha yang dah hilang. Menurut salah seorang rakan Indonesia, kepala-kepala patung buddha tu dicuri dan dijual ke negara-negara di Eropah satu ketika dulu. Entahle, tak tau mana betulnya.








Lama jugak kami berlegar-legar di kawasan Candi Bororbudur tu, maklumla bayar mahal! dalam jam 8.00 pagi, kami balik semula ke Hotel Manohara dan bergerak pulang ke Rumah Boedi. Kami bersarapan di Rumah Boedi, dan konsep sarapan pagi adalah open di mana kita boleh pilih samada nak makan western breakfast atau traditional breakfast. Macam biasa la, aku kompom nak makan nasik goreng punye kekeke.

Laluan ke Rumah Boedi
Kawasan receptionist
Basikal-basikal yang boleh disewa
Kawasan rehat
Sekitar dalam kawasan Rumah Boedi
Kawasan rehat utama
Sarapan pagi aku
Halaman bilik kami.
Pintu masuk ke bilik kami.

Untuk keterangan lanjut mengenai Rumah Boedi, bileh kunjungi laman web mereka di sini ---> http://www.rumahboediborobudur.com/

Lepas sarapan pagi, kami sempat tidur kejap dan bersiap-siap untuk meninggalkan Rumah Boedi, ada lagi tempat yang akan kami tuju! Ok nanti aku sambung lagi di episod akan datang.

Psssttt: Lagi kisah di Jogja dan Candi Borobudur di Kaki Berangan 

WASSALAM.

17 comments:

  1. kelakar pulak bila tengok pakai kain batik tu, kalau kain pelekat ok lah kot, hehe...borobudur ni memang trademark jogja kan, cantik and unik!

    ReplyDelete
  2. Suka semua gambar, dan rumah budi tu memang lawa, tenang dan aman rupenye..,nk torchlight bulih? Hehehe

    ReplyDelete
  3. Kain batik cokolat pun ada ke? Masa sy pergi baru ni semua warna hitam putih. Bila kami pakai kain sampin tu macam nak bersilat je rasanya he he he..

    Masa kami pergi naik ke atas tu siang hari, jadi nampaklah Gunung Merapi kat depan tu. Masa Rain pergi subuh subuh sepie tu ada nampak gunung tu tak? Tentu sejuk kan masa tu.

    Kamipun diberitahu, ada bahagian candi tu yg dicuri orang. Agaknya nak buat tangkal azimat kot. Kelambu kaabah lagikan dicuri inikan pula candi.

    ReplyDelete
  4. cantiknyeeee! harap sangat dapat sampai sane one day...pintu nak masuk bilik tu pun cun! =)

    ReplyDelete
  5. Orga:

    Batik tu memang pakaian rasmi masyarakat Indonesia, diorang kalau nak masuk kuil2 ni memang kena pakai camtu untuk menghormati tempat tu, macam jugak nak masuk masjid kena pakai tutup aurat.

    ReplyDelete
  6. Chawanna Na:

    Ok nak torch lite?? barter dengan ipad mini bleh?

    ReplyDelete
  7. Naramas Aman:

    Haah ada kain batik coklat. kekek memang rasa macam pakai sampin kan.

    Masa saya pg tak nampak pon Merapi, nampak kabus je. Tapi mmg sejuk dan tak ramai orang. Tenang je.

    ReplyDelete
  8. Ceklala:

    InsyaAllah satu hari nanti. amin.

    ReplyDelete
  9. cantiknyaaa rumah boedi tu. disebabkan harganya yg mahal, maka pokailah kami selepas itew~ huhuhu

    ReplyDelete
  10. sedang mengulangkaji pasal Jogja.. thankz info.. tgh berfikir fikir utk pegik 19hb Jan next year.. nanges xde pon dpt tiket Rm100

    ReplyDelete
  11. kepala budhha itu dicuri rupenya, aku ingatkan memang binaan dia headless hehe

    chantek la rumah boedi tu..
    tapi mungkin on ground budjet aku akan berlari2 jika aku menginap di situ huhuhu

    ReplyDelete
  12. Henry:

    Hahaha gitew... memang pokai.

    ReplyDelete
  13. i'm shin... i'm inesen:

    Oh kalau beli tak kena masa memang mahal harga tiketnya...maka bertabahla, saya boleh share apa yg saya rasa je kekee.

    Thanks sebab baca.

    ReplyDelete
  14. dzuchan:

    Ye sangat cantek.. dan kalau ko mampu sila la duduk situ. kekeke.

    skali skala nak dok hotel mewah kekdahnya.. padahal lepas tu kami pokai hehehe.

    ReplyDelete
  15. Nahal gila kalau tengok sunrise kat Manohara ni. Nasib baik aku gi kampung je hari tu, murah sikit.

    Lawa gambau kat Borobudur tu. Apa lens pakai?

    ReplyDelete
  16. Keri:

    Ye mahal giler. Tapi suka jugak sebab pagi memang tak ramai orang so ko nak bogel kat situ pon boleh. HAHAHA

    Lens? 50mm je.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa.. 

    Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
    Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:

    Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)

    Day 1
    Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.

    Day 2
    Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.

    Day 3
    Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
    Day 4
    Drop airport

    Harga bermula dari: RM 482

    All package types include:
    • Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
    • Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
    • Driver
    • Driver Meals
    • Parking fees
    • Tour guide (by request)
    • Entrance ticket’s stated in itinerary
    • Dinner and lunch based itinerary
    • Documentation (by request)

    Exclude:
    • Airport taxes
    • Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
    • Additional menu for dinner / lunch (if included)
    • Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)

    Note:
    Harga dapat berubah sewaktu-waktu
    Harga tidak berlaku bagi high season

    Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
    whatsapp +628985101301 (FREE).
    Email: ganeshabantul@yahoo.com
    FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS