Gigil-gigil aku tunggu benda alah ni dari awal tahun haritu, sebab tak sabar nak terjah beli buku. Ye la kan, aku ni suka membaca (cewah) bile dah nampak jualan buku murah-murah macam tu, takkan le nak lepaskan peluang ye tak?
Makanya, tadi aku terjah le pusat membeli belah terkemuka kat Serdang tu, yakni The Mines yang tak sampai berapa pelaung dari opis. Lokasi yang tepat untuk Pesta Buku Big Bad Wolf ni adalah di The Mines Convention Centre (betul-betul belakang shopping mall The Mines tu). Alhamdulillah jugak perjalanan tak jem langsung! Lancar je seolah-olah merestui perjalanan aku tu kekeke.
Sambil membawa beg guni aku yang khas untuk shopping hari sabtu, aku pun masuk la dalam CC tu, mak datuk ramainya manusia! Macam ulat taik!, aku pun dengan rakusnya main cekau je buku yang rasa macam bekenan. Maklumlah murah-murah je, sampai ada buku semurah RM3 tau. Banyak aku amik, untuk koleksi aku dan untuk diberikan kepada orang.
So apa lagi, sape-sapa yang belum terjah tempat tu, silalah. Berbaloi-baloi! Aku pun nak pegi sana lagi nanti sebab benda ni berlangsung dari 7 hingga 22 Disember 2012. So sempat la nak pegi lagi sekali sebab ada buku yang tak terdaya nak beli tadi, nak angkat pun tak larat sebab dah macam angkat sebijik tong gas dah.
Buku-buku Travel pon ada, tapi tak banyak yang menarik. Tapi kalau nak buat cuci-cuci mata dan memasang angan-angan boleh la beli, aku pun ada beli bepuluh-puluh buku travel jugak, nak penuhkan lemari kat rumah! Korang ada?????
Ok itu saja update kali ini.
WASSALAM.
Malam ni nak pergi! I can't wait to terjah... haha
ReplyDeletepantass..aku baru cadang nak p sesudah subuh esok pagi
ReplyDeletemenarik..akan terjah juge
ReplyDeletegigih kul 7am dh terpacak...mengigil time nk bayar hihi anyway its really worth it :)
ReplyDeleteAku berjaya menempatkan diri di situ seawal 7.30 pagi.. dan berjaya juga merembat beberapa keping buku bagi pihak Aqilah, Cawan dan Aqilah, total kemusnahan, 1/4 dr harga ipad mini..wowowowoooo
ReplyDeletemenarik, tambah-tambah untuk student macam aku nih, cewah...macam rajin giler jer. nak kena terjah jugaklah esok!
ReplyDeleteLa.. dkt je kita ni.. nasib baik tak jumpa u tadi.. entah2 berebut buku... keekkeke
ReplyDeleteNina hamdan:
ReplyDeleteWah gigihnya kan! Malam pon bukak sampai pagi. Siorang buka 24 jam untuk 3 hari ni.
Dzuchan:
ReplyDeleteSelamat berjuang la ye esok!
Nurizyanabdrahman:
ReplyDeleteYa sila sila
......bagusla
ReplyDeleteleh pinjam pas nih
buku banyak2 tuh..
kan???
(sambil tarik upih kelapa...)
mmg best.. sayang betoi aku dok jauh tapikawan dah pegi dan tolong beli ... ilang RM65 aje :D
ReplyDeletekumanx.blogspot.com
kekeke... aku pun baru pegi. ya ampun!!! ramai nak mampos! pengsan jap kat situ.
ReplyDeletemana buku yg konon banyak nak buh dalam lemari tu?? takkan beli 2 ketui jah???
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMurahnya buku sampai RM3.
Jangan lupa simpan resit utk claim income tax.
dah pegi semalam...lepas subuh dah sampai! ahhaha excited! tapi memang nak pegi lagi...best!
ReplyDeletekitorang beli banyak gak, tapi buku yg melibatkan history, culture, animals, and travel. tapi tahun ni travel tak banyak sgt, sama la ngan buku IT.
ReplyDeletetotal lost 120 jerrrrrrrrrr! dpt la 13 buku.
Kak anash:
ReplyDeleteNak pinjam? Boleh... sila bayar pengerasnya
Kuman,
ReplyDeleteTakpe, jauh2 pon berbaloi pg. :-)
John:
ReplyDeleteMesti ko rimas kan? Hahaha
Fatt:
ReplyDeleteBuat pe nak tayang semua buku kat sini, nanti ko meluat pulok kekekeee
Naramas aman :
ReplyDeleteHaah murah kak. Ye simpan resit kekeke
Ceklala:
ReplyDeleteWah gigihnya lepas subuh!
Biqque:
ReplyDeleteWow! Bestnya!