Assalammualaikum!
Jom masuk ke ladang!!! Gitueewwww (ish nape la ramai pulak orang suke eja 'gitu' macam 'gitu' eh?) Ok la, takmau meleret-leret just nak cerita pengalaman aku di beri layanan percuma masuk ke UK Farm Agro Resort! Pernah dengar pasal UK Farm Agro Resort? Bukan di UK mahupun di Hengland, tetapi letaknya kat Malaysia je, lebih spesifik di Kluang, Johor. Sebelum ni aku selalu la jugak tengok promo-promo mengenai UK Farm Agro Resort ni kat MAHA la, kat suratkhabor la, kat pameran-pameran pertanian la, tapi kat TV belom pernah tengok lagi.
Nak dipendekkan cerita, aku berkesempatan mengunjungi UK Farm Agro Resort di Kluang, Johor atas urusan kerja. Kejadian ni berlaku hujung tahun 2012, ala tak lama mana lagi pon berlakunya cuma baru sekarang je sempat nak tulis. Mula-mula nampak signboard UK Farm Agro Resort dah teruja, tapi hujan la pulak masa aku sampai tu. Bertabah je redah hujan, nasib baik naik kereta masa tu. Tapi bila masuk je dalam kawasan tu, terus terkesima sebab aku disambut oleh keluasan padang ragut yang saujana mata memandang, cuma lelembu dengan kekambing je tak nampak masa tu mungkin sebab tengah hujan kot, diorang kurung dalam sangkar kandang.
Mendung dan hujang lebat tetibe... |
Tiba di kawasan lobi utama, aku disambut mesra oleh para pekerja UK Farm Agro Resort. Manis-manis dan hensem-hensem semuanya. Di ruangan lobi terletaknya ruangan pameran menunjukkan gambar-gambar menarik sekitar UK Farm Agro Resort, ada juga kawasan kaunter untuk pendaftaran dan juga cafe untuk para tetamu. Kemudian aku di bawa masuk menjelajahi kawasan UK Farm Agro Resort ni dengan menaik shutter bus yang sangat comel! Nasib baik hari tu dapat naik free!
NOTA: UK Farm Agro Resort terletak di dalam kawasan UK Farm yang terdiri daripada beberapa gabungan ladang-ladang ternak tani di bawah Projek Pertanian Moden Kluang di bawah pemantauan Kementerian Pertanian Malaysia. UK Farm Agro Resort merupakan ladang ternakan kambing dan bebiri terbesar di Malaysia dengan keluasan 100 ekar dan jumlah kambing sebanyak 4000 ekor. Terdapat juga projek penanaman buah markisa seluas 15 ekar di mana kulit-kulit markisa di proses menjadi makanan kambing manakala isinya dijadikan jus minuman.
Objektif utama kewujudan UK Farm Agro Resort ini adalah untuk mendedahkan kepada pengunjung yang datang dan tinggal di dalam ladang ini tentang pertanian menggunakan kaedah moden. Haaa?? Tinggal dalam ladang??? Yer, dah nama pon resort kan, dalam UK Farm Agro Resort terdapat beberapa buah dormitory dan chalet untuk kegunaan pengunjung yang teringin nak merasa hidup dalam suasana ladang.
Masa aku di bawa menaiki shutter bus tu, aku berkesempatan melihat kawasan padang ragut yang luas dan sempat juga singgah di kandang kambing yang dibina khas untuk tujuan persembahan anak kambing yang cute di mana, anak-anak kambing itu di latih untuk berbaris untuk minum susu! Haaaa tengok...kambing pon pandai beratur tau! Kalau tak percaya boleh tengok video yang aku tepek kat bawah ni. (wah siap ada vidio lagi tu!).
JOM LAYAN VIDEO PENDEK NI DULU. :)
Antara kemudahan yang terdapat dalam UK Farm Agro Resort ni adalah:
- Dormitory & reception
- Dining Hall & Farm Mart
- Goat Milk Coffe House & Sri Kulai Instant Meal Corner
- UK Cafe & Meeting Room
- Wishing Goat (Patung kambing emas besar gedabak)
- Sheep Grazing & Herding, Goat & Sheep Farm
- Goat Milking Process & Passion Fruits Factory
- Jakun Village & Passion Fruit Street
- Ostrich Park & Mushroom & Vegetable Farm
- Herbs Sanctuary & Mini Zoo
- Activities - Sheep Challange & Healthy Exercise
- DIY & House Cart
- Camping, Harvest & Fishing
- Night Life & Food And Beverages
Wishing Goat! Besor giler. |
Ok, untuk masuk ke dalam UK Farm Agro Resort ni, entrance fee nya adalah RM 40 untuk dewasa dan RM 35 untuk kanak-kanak (tertakluk kepada perubahan semasa). Terdapat juga beberapa pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan dan ianya boleh dirujuk di SINI ---> http://www.ukfarm.com.my/ukAgroresort-tour.php .
Chalet yang selesa, siap ada aircond pulak tu. :) |
Untuk chalet dan dorm juga harga yang ditawarkan amat berpatutan. Lebih kurang dalam RM 150 (untuk dorm) dan RM 210 - RM 740 bergantung kepada pakej mana yang ditawarkan (juga tertakluk kepada pindaan).
Fruit Farm... kebanyakannya buah markisa. |
Bangunan utama |
Tempat bersantai-santai |
UK FARM AGRO RESORT
Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang
KM 13 Jalan Batu Pahat
86000 Kluang, Johor
MALAYSIA
No. Tel: +607-7597555
No. Faks: +607-7597991
Emel: info@ukfarm.com.my
Secara keseluruhan aku amat tertarik dengan konsep yang didedahkan oleh pihak pengurusan ladang ni. Bukan senang nak dapat duduk dalam ladang modern dalam suasana yang cukup selesa, boleh naik basikal keliling ladang, naik kuda dan sebagainya. Ye la, kalau kat kampung sendiri, memang biasa dah la kan... tapi kat UK Farm Agro Resort ni, kita akan rasa seperti di tempat lain! Ha macamana tu? Tempat lain katanya... sila BAYANGKAN!
OK, sekian je episod terjah ladang kali ni.
WASSALAM.
kalo nak merasa tido dgn kambeng, bleh la pegi ek? jom :D
ReplyDeletehmm menarik jugak ni tido ngan kambing ye dak..sambil bau2 skit hihihi
ReplyDeletewah best ni...boleh wat khabsah hari-hari, hehe...
ReplyDeleteSalam Janggel,
ReplyDeleteNi nak cakap fasal bahasa. Mengapa di ladang ini papantandanya tak ada tulis Melayu? Semua tulis orang putih dan Cina je. Kalau ada bahasa Melayu pun satu je, kemudian duduk di tengah-tengah, kenapa tak duduk di atas sekali?
Jangan marah, sekali sekala cakap fasal bahasa he he he
okay. ni mmg blogger otai.
ReplyDeletedah bubuh video pulak dah.
mana plak datang UK Farm nehhh..
ReplyDeletetp cam best ahhh
Biqque:
ReplyDeleteHa kalo rasa-rasa ko mampu buat begitu, silalah.
ceklala:
ReplyDeleteKambing2 situ semua bau markisa ye.
Orga:
ReplyDeleteKhabsah tu binatang apa?
Kak NA:
ReplyDeleteHeheh tak marah pon. Ye kan mmg cam banyak tulisan Cina ngan English je.. mungkin sebab pemiliknya Cina kot?
Nuke:
ReplyDeleteOk... ada blogger otai dah mai singgah sini.. terharu. Leh blajar tepek vidio best kat sini dengan dia.
Maszuber:
ReplyDeleteKat situ lerrrr.
ade jauh bau bunga, dekat bau ... x? hehe
ReplyDeletesbb ms g ladang lembu kat kundasang, memang saujana mata memandang, tapi dekat2 memang boleh tahan baunya. keke
mujur susu lembu kat sana fresh dan sodap.
menarik jugak tmpt kambing ini
Wow wow makin banyak berbidio sekarang :D
ReplyDeleteMotip pekerja sana semua manis2, hensem2????? hahahahahahahahahaha
Percutian yang tak sesuai untuk 'pelancongan bajet', sebab dorm pun dah dari RM150/pax huhuhu ...
ReplyDeleteTapak khemah (tanpa khemah) pun dah RM35 ekk, adoyaiii ...
lama tak buka blog..cam menarik pulak uk farm..dahla dekat..blh bawak anak2..boleh main terjah jer ke kena book erh untuk dtg?
ReplyDeletekhabsah tu nama jenis makanan yg pling trendy dewasa ini..lamb khabsah...he..he.. interesting! boleh cuba2 pegi, if i ever landed in Johor...;)
ReplyDeletehye!
ReplyDeletejuz nk tnya laa..
worth it hrga dia dgn aktiviti yg ada?
mmg nmpk menarik, lain dr lain..
tp harga macam mahai sikit..
ka ko nmpk berpatutan hrga dy dgn tmpt tu ?
-piko-
wah
ReplyDeletedah sampai UK rupanya
skit tak ajak?
(patung kambeng itu sangat besar)
kbai
Ajla;
ReplyDeleteYe saya pernah dengar juga tentang kehebatan ladang lembu kat kundasang tu. Teringin nak pi.
Kat UK farm ni, hanya ada kambing dan sedikit kerbau, lembu xda, di ladang lain ada la.
Kalau berminat nak rasa tinggal kat situ, siala coba.
Masmz:
ReplyDeleteBergerak maju ke hadapan katanya!
Ye memang bermotif dengan pekerja ladang! Hahahaha
Wakjan:
ReplyDeleteYe saya tujukan entry ni untuk orang kekaya je hahahhaa. Bertabahlah
Fika79:
ReplyDeleteWelkambekkkkkkkkk
Better u koll dulu sebelum terjah takut fullybook. Mklumla ramai org singapore dtg situ. Dan unit challet pon x banyak.
Farikica:
ReplyDeleteOhhhhhh
Ok kalau rasa nak cuba, boleh la pg uk farm ni, mmg cantik tempatni. Dan tenang.
Piko:
ReplyDeleteHye kembali. Ye memang harga nya agak mahal tp aku rasa sesuai dengn tempatnya yg memerlukan mentenan tinggi. Lagipon aku rasa trget group dia adalah org singapore kot sebb tu mahal. Tapi kalau sekali sekala nak rasa berbaloi la kot.
Just my point of view.
Kak Anash:
ReplyDeleteHUH APA ingat akak sorang je boleh sampai UK???
Ye kambeng emas tu sangat tinggi,
Kbai kembali