2013-01-31

New Experiences!

Assalammualaikum! 

Minggu lepas sebelum bermulanya cuti yang panjang (Maulidul Rasul + Cuti Jumaat tersepit + hujung minggu + Thaipussam) aku telah diarahkan oleh tuan besar untuk ke Lumut untuk tengok salah satu project site di sana. Dengan hati terbukanya aku pon pergilah ke Lumut dengan menaiki kereta pejabat, meredah Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan dan akhirnya sampai la ke Manjung. 

Dah lama jugak la aku tak ke Daerah Manjung ni, selalunya kalau ke sini mesti akan singgah di Pekan Lumut dan paling busuk pun lajak sampai ke Pulau Pangkor (tetibe teringat dulu-dulu selalu lepak di Pulau pangkor dengan kengkawan sekolah bila ada cuti panjang sikit). Tapi kali ni tak ada niat pun nak ke Pulau Pangkor, maka kami berhenti cuku sekadar di Manjung dan Lumut saja. Lepas selesai urusan mencari tempat penginapan, akhirnya berjaya jugak aku ambik sebuah bilik di Marina Cove, Teluk Batik. Sebenarnya hotel Marina Cove ni merupakan sebuah hotel lama, dan deco kat dalam bilik pon kebanyakannya lama-lama, tapi sebab nak duduk tepi laut punya pasal, pasrah je sewa kat hotel tu. Alhamdulillah la dapat jugak tidur nyenyak.

Nak dijadikan cerita, malam tu rupanya ada pulak perlawanan bola sepak Liga Super, di antara Perak menentang Selangor yang berlangsung di Stadium TLDM Lumut. Sebenarnya aku ni bukanlah peminat tegar bola sepak pon, tapi memandangkan malam tu aku dan kawan sebilik tak ada buat apa, maka kami pun terjebak la pergi ke stadium TLDM Lumut yang letaknya lebih kurang 3 km je dari hotel. Malam tu memang ramai la jugak penyokong Perak dan Selangor yang datang memenuhi stadium. 

Aku bukan tau sangat benda-benda ni kan, semua kawan aku tu yang uruskan terutamanya hal pembelian tiket masuk ke stadium. katanya harga tiket duduk biasa adalah RM 12 manakala di podium stage adalah RM 25. Kami beli tiket biasa je rm 12.

Sebenarnya teruja jugak la nak tengok perlawanan malam tu sebab kedua-dua pasukan aku sokong. Tapi sebenarnya lebih kepada Pasukan Perak le sebab teman ni lahir kat Perak yop!. Selangor pulak sebab ayah aku adalah orang Selangor. So aku takde hal nak sokong mana-mana team.


Bila masuk je stadium, aku pon kengkonon nak terus la mencari tempat yang paling strategik, kengkonon nak duduk kat team Perak sebab boleh sorak kuat-kuat tapi malangnya tempat kosong yang kami duduk mula-mula tu rupanya adalah tempat pasukan Selangor . Hai lah silap zone la pulak kan! Terpaksa lah buat-buat jadi penyokong pasukan Selangor. Tapi bile time Selangor sumbat gol bukan main lagi aku melompat (kekeke) dan waktu Perak sumbat gol pulak terpaksa bersorak dalam hati je la (sebab nanti ketara sangat pulak kan keliling semua orang Selangor tetibe ko melompat gembira sokong Perak pe hal?)... macamtulah berlaku sepanjang perlawanan yang akhirnya terikat seri 1-1.


Katanya perlawanan malam tu penuh sensasi? ye kot sebab banyak adengan gaduh-gaduh kekeke. Layan..

Esoknya, pepagi buta aku dah bangun dan bersiap sedia manjat kapal. Kapal yang aku panjat tu katanya kapal korek terbesar di dunia! betol la kot sebab memang besar dan ada sijil Guinness World of Record kat atas kapal tu.


Apa pon, pengalaman sehari tengok bola dan panjat kapal, memang best, kiranya merasa jugak la pegi jenjalan walaupun orang lain sibuk berjalan ke obersi bagai kan. 

Ok lah, tu je aku nak cerita. Untunglaaaaaaaa.

WASSALAM.


14 comments:

  1. ko tak mabuk laut ke naik kapal tu? aku kalau tak kena gaya, boleh mabuk jugak...memang untungla dapat naik, t'bsr di dunia pulak, fuh~...respct ler...alang-alang dah naik, buat gaya macam citer titanic pn layan jugak nih, hehe

    ReplyDelete
  2. Orga:

    Alhamdulillah x mabuk sebak laut tenang dan kapal tu besar. Hehe. Memang dah fefiling titanic dah

    ReplyDelete
  3. untunglaaaa org tu naik kapal.. untunglaaa







    hahahaha

    ReplyDelete
  4. nih citer yang lebih pasal bola
    .
    .
    .
    kan????
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    untungla(kbai-manually reply)

    ReplyDelete
  5. Wah mampu Janggel panjat tangga bertali tu ye...

    ReplyDelete
  6. dulu masa gi TLDM Lumut askar2 tu bagi kami masuk ke dlm kapal n merasa sendiri pengalaman menjadi kelasi...kalau kapal tu berbln2 di laut pasti bosan giler kan?

    ReplyDelete
  7. Lawaklah Janggel ni...sebab duduk dgn penyokong Selangor, sorak kuat-kuat..kalau Perak score...sorak dalam hati...macam mana sorak dalam hati tu yek, Yeop? Kalau saya, tersiksa jiwa raga sorak dalam hati he he he

    Setahun yang lalu akak sekeluarga buat Family Reunion di Teluk Batik, kami tinggal di chalet tepi pantai...best...

    ReplyDelete
  8. Untunglaaaaaaaaaa..... hahahahahaa....

    tetiber selangor pulak yerrr duduknya.....

    ReplyDelete
  9. Hanie:

    Motif sangat berhuntung huntung HAHAHAHAHAA

    ReplyDelete
  10. Kak Koko:


    YE memang niat asal nak citer pasal bola... tapi ramai komen pasal naik kapal.


    KBAI

    ReplyDelete
  11. Mie:

    Ye terpaksa mampukan diri Hehehe.

    ReplyDelete
  12. Juk Din:

    Ye memang boleh terasa kebosanannya kalao duduk lelama atas kapal tu. Pandang muka org yang sama. Tengok keadaan sekeliling yang sama... boleh jadi gile kot hahaha. sebab tu bile naik ke darat semua benda di lepaskan! Hahaha

    ReplyDelete
  13. Kak NA:

    Ye memang saya tak tertahan-tahan nak bersorak tapi apakan daya, salah team hahaha. Memang tak puas sorak dalam hati hehe.

    Teluk Batik memang best kalau buat family day!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS