Semenjak dua menjak ni aku banyak menghabiskan masa aku di rumah dan tidur. Haish tataula apa nak jadi kan, tapi biasanya bila dah balik kerja tu tubuh badan akan menjadi sangat letih dan lesu, pantang letak kepala atas bantal je terus terlelap. Ya aku tahu tak elok tidur petang-petang, sebab tu kalau boleh aku nak cari aktiviti yang mengelakkan aku balik rumah dan tidur hehhee... kecuali eksersais la kot sebab kala pegi eksersais lagi le penat (ceh alasan kan! hahahaha).
Ok minggu ni sekali lagi aku bercoti panjang! Alhamdulillah, dah lama aku nantikan saat-saat bersantai macam ni. Tak perlu pikir perihal pejabat dan duduk buang masa kat rumah sambil layan tv. Nyaman! Sebenarnya aku nak cerita pasal satu event yang secara kebetulan aku terjumpa semalam. Ianya mengenai Karnival WOW Putrajaya 2011!. Secara jujurnya aku memang tak tahu langsung tentang kewujudan karnival di Putrajaya. Lagi menyedihkan dah la aku sendiri kerja di Putrajaya dan tahun ni dah masuk tahun ke-dua karnival ini diadakan! Huhuhu tak cukup promosikah??? Mungkin.
Back to the story, macamana pulak aku boleh tertahu pasal karnival ni? First member aku HD ada bagitau yang dia ada dengar pasal karnival ni tapi dia tak tahu bila, second ..pagi semalam on the way nak ke pejabat (kengkonon nak buat kerja sikit sebelom cuti panjang) aku ternampak 2 biji belon udara panas sedang berkembang merkar di atas jalan raya, so aku pon singgah dan sangat terkesima melihat tapak pesta yang sangat meriah di depan mata. Hahah dari situlah aku tahu wujudnya karnival ni.
Bila dah tahu, aku pon mewarwarkan pada semua kenalan yang rata-ratanya tak tahu.huhuh promosi secara percuma ya. Masa tu tak lama aku jengah karnival tu sebab niat asal nak ke opis.
Kisah seterusnya, sebelah petang pula member Geng Ungu (Shaz) mengajak aku dan Mn ke TT Fotografi di Taman Botani, Putrajaya. Otai yang anjurkan TT ni sanggup turun dari Kuantan semata-mata nak mencurahkan ilmu...Thanks ya sebab gigih nak memajukan anak bangsa! Walaupun tak semua ahli Geng Ungu hadir (hanya kami bertiga saja) tapi banyak juga aksi yang dapat kami tembak bagi mewakili KJ, HD dan KM. Hai bilelah dapat berkumpul dengan korang semua ni.
Habis belajar di Taman Botani, aku, Shaz dan MN terus menerjah ke Karnival WOW Putrajaya. Malam tu pulak ada konsert dari beberapa orang artis antaranya Mila AF dan Kumpulan Hujan. Tapi kiteorang tak pergi pon duduk depan stage tu tengok konsert, kami berlegar-legar ke seluruh tapak pesta melihat apa yang dipamerkan.
Bila dah penat, singgah beli KFC bergerak dan makan tepi tasik di Menara Monumen Alaf Baru tu. Dari jauh je dah dapat dengar artis menyanyi dan dapat lihat persembahan bunga api yang sanagat cantik! Tapi dak dapat snap gambar bunga api secara proper sebab masa tu tengah makan ayam, bila meletop aja bunga api terus campak ayam dan ambek kemera nak tembak...hasilnya agak kureng la. hahaha
OK keseluruhanya Karnival WOW Putrajaya ni boleh dikatakan meriah juga la (sebab trafik jem) dan kalau boleh tingkatkanlah promosi supaya lebih ramai orang tahu.Hmmm lepas ni apa pulak yang aku nak buat yer????
PEACE!!!
Percubaan light paint nenggunakan handphone yang tak berjaya... |
campak je ayam kfc??? huahuahua... adegan yang sukar dipercayai! hi3x ;p
ReplyDeletemasmz
ReplyDeleteBetol la campak..tapi campak dalam kotak ler hehe pastu makan balik. wkakakaka..tak caya tanya shaz ngan mn.
campak ayam ok lagi.
ReplyDeletecuba campak 'cempaka' tuh...
mau meraung setahun..
heheh
caye... caye.... hahahaha
ReplyDeleteAnash:
ReplyDeleteHahhaha tak mungkin aku akan mencammpakkan chempaka hehehehe. Sayang wooooo..nyawa tu.
masmz
ReplyDeletehahaha naseb bek caya!
eh? tak tau ape pun pasal karnival tu..huhu
ReplyDelete8ni nak salahkan promosi ke...nak salah tak bace paper? hahah
HAnie:
ReplyDeleteHahahah tu la sape suh tatau kan...leh salahkan diri sendir pon ok gak hahhaa