Skip to main content

Salam Mulidul Rasul - Tembakan Sejenis

Assalamualaikum!

Salam Maulidur Rasul. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Putrajaya tahun ni, aku dan Mn awal-awal dah merancang nak join perarakan! (hehehe sebelum ni aku tak pernah pon join mana-mana perarakan Maulidur Rasul, kalau tak silap kali terakhir masa kat sekolah asrama dulu).

Seawal jam 6.45 pagi kami dah tercegat di Presint 2, Putrajaya. Masa tu dah ramai dah peserta perarakan yang bersiap-sedia untuk berararak sambil berselawat ke atas nabi. Apa yang aku tahu, sepanjang kita berselawat maka berlipat kali pahala yang kita dapat.

Perarakan dimulakan pada jam 7.30 pagi. Seramai 120++ kontingen yang mengambil bahagian dengan jumlah peserta lebih 9,000 orang!!! Meriah!!! Suka juga tengok pakaian Baju Melayu yang bewarna-warna merentasi Presint 2 dari Masjid Putra ke Masjid Sultan Mizan. Pagi tu merasalah aku dan Mn berjalan sejauh 2.5 km!!! Kalau tak, memang jangan harap ler aku nak sesaje berjalan kaki membelah Presint 2 tu.

Alhamdulillah cuaca pagi tu memang baik dan nyaman! Memang ramai orang yang hadir menyertai sambutan Maulidur Rasul semalam. Sampai di Kiblat Walk, aku dan Mn terus sms HD yang katanya join perarakan jugak. Hahahha.

Setelah selesai perarakan, aku, MN dan HD bergerak pulak ke Taman Botani. Sebelum ni aku memang tak pernah masuk ke Taman Botani, cuma kat luar-luar jer masa TT fotografi tempoh hari. Kali ni MN ajak menembak lagi di Taman Botani, dan modelnya sudah semestinya HD yang lengkap berbaju Melayu dan Sampin + Songkok sponsor hehhe. Itule kerja manusia-manusia yang bosan ketika bercuti dan tak tau nak pergi mana. Anyway, best jugak aktiviti aku hari tu...bukan selalu dapat buat benda-benda macam tu.

Ok jom layan gambar je lah.

PEACE!

RTM tengah buat liputan

Kontingen pertama, kumpulan PESARA WPKL
TeamTentera Malaysia

Alamak abang dua orang ni dah lambat ni...cepat lari..lari..

Team paling meriah, PDRM

Siap ada mercun lagi


Juri penilai yang bersembunyi di balik pokok








Bro Mn dengan senjata canggihnya!

HD model hari ini




Dah macam filem Bollywood dah.





  





    

Comments

  1. Pencacai Alim

    Hahaha memang arr!

    ReplyDelete
  2. fuhh..bilalah iva dapat senjata camtu eh....amiinnn moga satu hari nanti....kat umah iva pon ade buat...round satu kawasan...meriah jugak...

    ReplyDelete
  3. Dinda Iva -

    Boleh...kumpul sikit2 duit pastu leh beli! Idak pon mintak hadiah dari cik abang kanda! hehehe.

    ReplyDelete
  4. en.janggel,
    wah wah wah..jeles 50 tingkat kat kamu..sudah habis review u punya trip to umrah,singapore,bali,korea..next trekking ada tak?nak ikut pleasss..dah rasa mcm dok dalam gambo dh ni cuma xsampai kat sana ja..(phm x?!)

    p/s : psst, lagu boleh tahan bro..

    ReplyDelete
  5. Ms Kertas:

    Wow betol ke dah baca semua tu???? Terharu arr sebb ada gak orang yang sudi baca walaupon tehape2 huhuhuhu.

    Next trip, Krabi!!!! Kali ni perjalanan yang paling mencabar kot among others! tak sabau! Mau join ka??? hahhaa

    ReplyDelete
  6. amboiii teruje sampai 3 kali pos! wakaka...

    Krabi.... huuuuuuuuuu.... mandi lauttttttttttt....

    ReplyDelete
  7. Masmz

    Mestila teruja!!! Nak g bercoti la katakan!

    ReplyDelete
  8. If i know gt this event, sure i go wor

    ReplyDelete
  9. Feeq:

    O u dont know meehhhh?? Its ok maybe next year.

    ReplyDelete
  10. hehehehe.... arini arini yang penuh semangat dengan mood holiday..... hihi

    ReplyDelete
  11. en janggel nak join krabi!!!agak2 bulan brapa?serius nih..
    ada gak buat servey2 tgok tempat krabi tu..best..ala2 phuket kan?any info, feel free contact me by mail...

    nak join nak join nak join....

    ReplyDelete
  12. MS kertas.

    Insyaallah kena tanya admin dulu kalau boleh join ke tak hahaha.
    nanti paper hal leh infom

    ReplyDelete
  13. oo..
    baru tau juri dok mana ...
    laaa...nape tak kabo awal gi sana..sebab
    memang tak dapek pegi pun join
    perarakan tuh (kunun nak wakil opis tapi dah penuh plak)
    hahahaa

    ReplyDelete
  14. good blog barter link, chat box, follow http://stikeshealthnurse.blogspot.com
    video: http://www.ziddu.com/download/9459224/CIRCUMCISION.flv.html
    photo: http://www.ziddu.com/download/9598338/circ00.jpg.html
    facebook: http://apps.facebook.com/easycash-usd/?refid=100001041095779&ref=link

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Assalammualaikum!
Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu.
Anyway, kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh, kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan.
So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols.
Ok apa sebenarnya nasi ganja?
Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata orang Penang. Tapi tatau la apa ke jadah nama dia boleh jadi nasi ganja. Mungkin sebab bila kita dah rasa, teringa…

ERL Dan Bas (Putrajaya ke LCCT)

Assalamualaikum...

Dikemaskini pada 31 Mei 2013

Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu...
Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!!
Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu!

CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LCCT)
Selalu yang aku …

Lombok (Part 1): Welcome to Lombok!

Assalammualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok.InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan!

Perancangan Awal.

So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku memang nak beraya sekali…

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Assalammualaikum!
Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wishSelamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang, ke Damansara, ke Bangi.... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine.
Ok  kembali kepada niat asal.
Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam, telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya sampai di Pulau Pinangdengan jay…