Harini tanggal 27 November 2009, maka umat Islam seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Aidil Adha!. Secara langsung akan mengingati juga peristiwa 'pengorbanan' Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail yang begitu taat keada perintah ALLAH.
Tahun ni juga merupakan satu pengorbanan dalam hidup aku. Untuk kali pertamanya dalam sejarah hidup aku, menyambut Hari Raya di rumah sendiri, di Perak. Tahun ni kami sekeluarga tidak pulang ke kampung berhari raya bersama nenek dan sanak saudara. Just my family. Sebenarnya bosan Giler!!! Mood raya tak ada langsung! Rentetan daripada itu, aku hanya membuta sehari suntuk di dalam bilik dan melayan internet. Pendek kata, Hari Raya Aidil Adha tahun ni lebih worst dari masa Ayah dan Mak aku pergi Haji dulu...(at least time tu aku celebrate raya dengan sedara mara).
Ok tak mau citer banyak... For those who selebrating Hari Raya Aidil Adha for this year, I'm wishing yo guys " SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" dan semoga bergembira di samping keluarga tersayang. Buat sesiapa yang tak dapat cuti tuh, yang terpaksa bekerja: Anggap itu satu pengorbanan yang besar untuk meningkatkan kemajuan diri. Semoga pengorbanan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T.~ AMIN~
Ok ...nak tengok "Nur Kasih"..malam nih episod akhir. Alhamdulillah at least nih tak payah gusar-gusar lagi nak atur program di malam-malam Jumaat. Heheh.
PEACE!
No comments:
Post a Comment
Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!