2008-12-20

Liga Badminton ker?

Hari ni buat julung-julung kalinya aku telah terpaksa menyertai satu pertandingan badminton antara Bahagian di Jabatan aku.[Siap kene ugut ngan orang admin lagi tu sapa tak masuk, claim lambat dapat!!hehehe]. Jadi dengan rasa rendah diri dan berat badan hatinya aku pun join la bagi mencukupkan peserta wakil Bahagian aku.

Nasib baekla ini perlawanan antara beregu. Jadi tak perlu risau kalau aku tak reti main pon! hahahahha. Dalam tak reti-tak reti tu pon aku and partner tetap berjaya jugak menang satu game! Kiranyer berjaya jugalah memecahkan terlor yang dikumpul oleh Bahagian aku tuh. Dan lama kelamaan dapat jugak la kami mengumpul beberapa mata. But then still in the last place. kuikuikui.

Tabik spring kat sorang akak kat bahagian aku yang terpaksa main beregu untuk 7 game gara-gara tak cukup orang punya pasal! Atleast dia berusaha menempatkan group kami di dalam perlawanan. Mesti penat giler tuh. Aku yang kene main 3 game je ni pon dah sakit-sakit otot siap takleh nak bangun dah keesokan harinya. Cayalah akak!!

Keputusan perlawanan...group aku tewas di tangga terakhir. Hahahah kekalahan yang memang dijangka. But tahniah kepada semua yang join, at least kita tunjukkan semangat kesukanan kita kan??? TAHNIAH!!!. Suruh Naufal belanja lepas nih!

And thanks to Hanif jugak sebab bawak bini dia skali, tetibe tak pasal-pasal kena jadi pemain jugak. Apa boleh buat...

Apa-apa pon, itu adalah salah satu cebisan pengalaman yang sangat berharga!



4 comments:

  1. main badminton tak ajak..
    majuk 18 kurun

    =[

    ReplyDelete
  2. Yanie:: hahaha nak ajak jadi pompom girl ker hikhikhi..

    ReplyDelete
  3. wa...ni leh ganti li chon wei ni lau berlatihlg 3 arini ...hehehe

    ReplyDelete
  4. Hiroshi:: InsyaAllah..usaha tangga kejayaan... bukan setakat li chon wei, shalin zulkifli pon kalah kot..[erk tetibe bowling???]

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS