2008-12-10

::Review Filem:: Wild Child::

Hahahaha balik je dari kampung semalam, aku terus call member ajak tengok wayang. Dah lama sebenarnya plan dengan member tu untuk tengok citer nih. Dan setelah betol-betol comfirm akhirnya jadilah plan tersebut. Filem Wild Child sebuah filem terbaru terbitan Universal Picture [erk selalunya filem-filem camni Disney yang buat], arahan pengarahnya Nick Moore dikatakan cukup lengkap adunannya. Cewah macam buat kuih pulak.

Ia mengisahkan seorang anak hartawan bernama Poppy Moore [Emma Roberts] yang sering mendatangkan masalah kepada bapanya kerana memprotes tindakan bapanya yang mengajak teman wanitanya tinggal bersama di banglo mewah meraka. Kemuncak kepada kemarahan bapanya itu, Poppy telah di hantar belajar ke sebuah sekolah berasrama di England!

Di England, Poppy telah mengalami kejutan budaya di mana dia terpaksa tinggal di sebuah dorm bersama empat orang lagi pelajar perempuan iaitu (Drippy(Jennifer), Kiki(Camilla), Josie and Kate). Pada mulanya mereka tidak menyukai Poppy tetapi akhirnya mereka menjadi teman rapat apabila sama-sama mahu menjayakan misi Poppy untuk lari dari sekolah tersebut. Pelbagai benda jahat yang telah mereka rancang bersama dan salah satu daripadanya adalah mengorat anak lelaki pengetua iaitu Freddie Kingsley [Alex Pettyfer] supaya Poppy tertangkap dan dibawa ke Mahkamah Keadilan sekolah tersebut.

Sementara itu Poppy juga terpaksa berhadapan dengan Ketua Pelajar, Harriet yang sombong dan sedang berusaha memikat Freddy. Harriet selalu mengganggu Poppy dan berusaha untuk menyingkirkan Poppy dari sekolah tersebut. Malangnya, setiap perancangan yang dibuat oleh Poppy dan rakan-rakan sebiliknya tidak berjaya malahan mendapat simpati Pengetua. Poppy pula mula merasakan keseronokan tinggal di sekolah tersebut.

Sehinggalah pada suatu malam, Poppy yang sedang bersedih akibat salah satu perbuatan Harriet [apakah itu??saksikan sendiri] telah berniat untuk membakar dapur asrama tersebut, tetapi memadamkannya semula kerana terdengar bunyi tapak kaki di luar dapur. Poppy lantas berlari semula ke bilik nya.

Namun, kebakaran yang disangkanya tidak berlaku telah berlaku. Habis dapur asrama tersebut terbakar dan salah seorang rakan sebiliknya, Josie terperangkap di situ. Poppy yang panik telah memberitahu rakan-rakannya yang lain supaya keluar dari asrama dan semua pelajar berkumpul di kawasan lapang. Pengetua memeriksa nama setiap pelajar sehinggalah nama Josie dipanggil. Poppy yang sedar akan kehilangan kawannya itu, telah berlari ke dapur yang terbakar untuk menyelamatkan Josie yang terperangkap di dalam peti ais. Jossie memang akan turun ke peti ais tersebut untuk makan cheese setiap malam. Tindakan Poppy telah menyelamatkan Jossie dan semua pelajar berterima kasih kepadanya.

Pengetua yang marah telah memaksa pelajar yang melakukan kesalahan tersebut mengaku. Akhirnya, Poppy mengaku tentang perilakunya. Dia kemudian dihadapkan ke mahkamah keadilan sekolah di mana Harriet selaku ketua murid telah bertubi-tubi menyuarakan ketidak puasan hatinya itu. Sehinggalah terbongkar satu perkara yang tidak diduga yang menyelamatkan Poppy...jeng..jeng..jeng...apakah itu??? Tengok lah sendiri...[Lagik...hehehe]

Poppy juga telah berjaya membawa pasukan Abbey Mount iaitu perlawanan lacrosse ke peringkat akhir di mana kali terakhir pasukan lacrosse sekolahnya memasuki peringkat akhir adalah pada tahun 1976 sewaktu ibunya dulu mengetuai pasukan tersebut.

YANG TERSIRAT::

  1. Cerita ini digambarkan dengan penuh pergolakan perasaan di antara Poppy dan kehidupan barunya di sekolah berasrama di England.
  2. Tema persahabatan yang wujud di dalam filem ini cukup bagus dan amat kena dengan perwatakan Poppy.[Siapa yang suka berkawan tu tengok lah...]
  3. Sepanjang filem, penonton akan di hidangkan dengan telatah Poppy dan rakan-rakan yang mampu membuatkan penonton ketawa. Memang kelakar. Namun di pertengah cerita, ada sedikit unsur-unsur yang menyentuh perasaan.
  4. Unsur-unsur kekeluargaan dan kasih sayang juga diselitkan di dalam filem ini.
  5. Keseluruhannya, ini adalah filem terbaik kategori komedi ringan tahun ini.


No comments:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS