Posts

Showing posts with the label Review Filem

Review Filem: Queen Of Langkasuka

Image
Dah lama aku tak buat Review filem, bukan sebab aku dah stop menonton wayang, tapi sebab rasa dah ramai orang buat review filem dan kebanyakkan cerita-cerita yang ditonton adalah biasa saja. Harini, aku tergerak untuk menonton sebuah filem yang bagi aku sangat hebat dan mengagumkan! Filem apakah? "Queen of Langkasuka" sebuah filem epik fantasi dari negara jiran kita Thailand. Huh filem epik fantasi? Yup. Sememangnya Thailand, Filpina dan Indonesia terkenal dengan filem-filem ber genre begini. Tapi apa yang membanggakan mengenai filem Queen of Langkasuka adalah jalan cerita dan qualiti lakon layar yang menarik! Daripada jalan cerita, kostum dan aksi semuanya tersusun rapi di setiap babak. Sebenarnya Queen of Langkasuka sedikit sebanyak mengisahkan kisah Sejarah Melayu di mana hubungan kerajaan Negeri Pahang, Johor dan Kedah dengan Langkasuka di Siam. Hmmm negara jiran kita bikin filem pasal Sejarah Melayu dan ia memang membangakan! ofcoz ada unsur-unsur fantasi diseli...

Review Filem: Geng:Pengembaraan Bermula

Image
Dah lama tak buat review filem, bukan sebab aku dah stop tengok wayang ...tapi sebab malas nak buat review memandangkan banyak sangat benda lain yang nak kena buat. Tapi kali ni aku mesti buat jugak review pasal filem Geng: Pengembaraan Bermula! Sebuah filem animasi 3D pertama Malaysia yang sangat membanggakan!!! Malam tadi aku berpeluang menonton filem ni di GSC Mid Valley. Fullhouse panggung wayang sempena hari pertama tayangan filem tersebut. Adoiaiiiii memang rugi la sapa yang tak pergi tengok filem ni. Aku sangat-sangat mempromote filem ni untuk ditonton. Sesuai untuk semua golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Apa yang menarik? Jalan cerita yang sangat menarik dan menyelitkan unsur-unsur science fiksyen yang memang belum pernah wujud di Malaysia sebelum ini! Kualiti grafik 3D yang cukup bagus, bagi aku setaraf dengan filem-filem 3D antarabangsa seperti Shrek, Madagascar dan yang sewaktu dengannya! Watak-watak yang sangat sesuai dan lucu, diolah dengan baik sekali oleh pi...

Cicakman 2: Hampeh

Takda mood nak buat review citer nih....nanti bile rasa ada mood baru buat.. kehkehkeh

::Review Filem:: Wild Child::

Image
Hahahaha balik je dari kampung semalam, aku terus call member ajak tengok wayang. Dah lama sebenarnya plan dengan member tu untuk tengok citer nih. Dan setelah betol-betol comfirm akhirnya jadilah plan tersebut. Filem Wild Child sebuah filem terbaru terbitan Universal Picture [erk selalunya filem-filem camni Disney yang buat], arahan pengarahnya Nick Moore dikatakan cukup lengkap adunannya. Cewah macam buat kuih pulak. Ia mengisahkan seorang anak hartawan bernama Poppy Moore [Emma Roberts] yang sering mendatangkan masalah kepada bapanya kerana memprotes tindakan bapanya yang mengajak teman wanitanya tinggal bersama di banglo mewah meraka. Kemuncak kepada kemarahan bapanya itu, Poppy telah di hantar belajar ke sebuah sekolah berasrama di England! Di England, Poppy telah mengalami kejutan budaya di mana dia terpaksa tinggal di sebuah dorm bersama empat orang lagi pelajar perempuan iaitu (Drippy(Jennifer), Kiki(Camilla), Josie and Kate). Pada mulanya mereka tidak menyukai Poppy te...

::Review Filem:: Los Dan Faun::

Image
Minggu lepas, sebelum balik kampung untuk hari raya, aku sempat menonton filem arahan sutradara terkenal pojaanku..Afdlin Shauki iaitu Filem LOS AND FAUN! Best tau citer nih. Kalau anda pernah menonton filem Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Sumolah dan Cuci [eh..ni filem Hans]...memang filem LOS and FAUN sesuatu yang lebih hebat daripada filem-filem itu. Sebelum ni bagi aku, filem Sumolah adalah yang terbaik. Kenapa aku kata macam tu? Begini kisahnya... Kalau filem-filem terdahulu arahan Afdlin semuanya mengetengahkan isu-isu persahabatan, percintaan dan bergenre komedi, filem LOS and FAUN ini pula mengisahkan isu penyiasatan yang memang amat jarang diketengahkan oleh sutradara-sutradara lain di Malaysia. Ni kisahnya sama macam kisah Sherlock Holmes la tapi versi komedi Malaysia. Bezanya cerita Sherlock Holmes mungkin bukan komedi sebab aku tak pernah lagi tengok filem si Sherlock nih [Ada ker??? Kalau buku tu banyak ler yang aku baca]. LOS DAN FAUN:: Mengisahkan 2 orang sahabat ya...

::Review Filem: Madagascar 2: Escape to Africa::

Image
Alex :: I like to move it..move it.. Gloria :: He like to move it..move it Marty :: She like to move it..move it Melman :: We like to move it..move it Itulah antara lirik lagu yang mampu memecahkan panggung!!! Dengan aksi chomel dan bergaya dari ke-empat-empat ekor haiwan iaitu Alex si singa, Gloria seekor badak air, Marty seekor kuda belang dan Melman seekor zirafah!Keempat-empat haiwan ini mempunyai watak-watak yang berbeza dan menghiburkan! Khamis lepas, aku berpeluang sekali lagi menonton filem yang hebat tahun ini heheheh Madagascar 2! Dah lama merancang nak tengok dan akhirnya menjadi kenyataan. Madagascar 2: Escape to Africa adalah sambungan daripada filem tahun lalu Madagascar di mana setelah sekumpulan haiwan daripada salah sebuah zoo di New York melarikan diri kini merka bercadang untuk pulang semula ke New York. [Pelik bunyinya kan?] Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan oleh filem animasi ini. Ketepikan segala logik akal dan fikiran. Sepanjang perjalanan menaiki kapal terba...

::Review Filem:: Quantum of Solace::

Image
Dah tiga hari aku termimpi-mimpi menjadi seorang agen perisikan menjalankan misi keamanan dunia [erk....boleh ker?]. Tapi hakikatnya aku hanyalah seorang Janggeltrekker yang kerdil dan tak ada kebolehan pon untuk jadi perisik sebab selalu terkantoi kalau buat kerja-kerja ngintip nih!! [hahahahha...pernah..banyak kali]. Sebenarnya aku memang dah set target nak tengok citer James Bond [atau lebih senang aku panggil Jebon] ni sejak pertama kali melihat trailernya di pawagam satu ketika dahulu..akhirnya ia menjadi kenyataan. Awal-awal lagi jugak aku dah book tiket hahahah ..bukan mein banyak tiket yang aku book tapi hampeh, semua yang kata-beria-ia nak join tuh cancel last minute. Dan akhirnya tertengok la aku filem ini bersama "kawan-kawan yang janggel ada"... Review:: Jebond [Erk...] "Quantum of Solace" satu watak yang cukup mantap yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Daniel Craig meneruskan misi pemburuannya pada musim ini. Segala-galanya berkisar tentang agen perisi...

::Review Filem:: High School Musical 3::

Image
Minggu lalu aku berkesempatan menonton filem muzikal yang dikatakan hebat tahun ini. Betul ker? Setahu aku ramai jugak yang meng"kontroversi"kan filem ni. Filem High School Musical 3 [HSM3] dikatakan antara produksi terbaik daripada Disney Picture yang juga kesinambungan daripada siri HSM1 dan HSM 2 sejak 2006 yang lalu. Mungkin ramai yang masih tak faham konsep dan jalan cerita sebenar filem HSM3 ini. Sebenarnya HSM secara umumnya mengisahkan budaya dan cara hidup golongan pelajar sekolah tinggi di Amerika Syarikat. Ia sememangnya berbeza daripada apa yang kita alami di sini. Pengarah filem ini dikatakan berjaya menarik minat golongan pelajar sekolah tinggi untuk mendalami ilmu persembahan teater dan muzik. Kalau betol begitu, baguslah...sekurang-kurangnya ada juga dikalangan mereka yang tidak menghabiskan masa dengan benda-benda mengarut yang banyak berlaku di sana. Aku bukan prejudis atau pun taksub terhadap budaya tersebut, tetapi sekiranya ada yang dirasakan positif da...

::Review Filem: KAMI the Movie::

Image
A gak lama sebenarnya aku tak buat benda nih, maksud aku menonton wayang dan mengabadikan kisahnya di dalam lembaran blog aku. Tak silap aku dah lebih dua bulan kot. Betapa dan berpuasa dari menonton wayang. Hehehe. Tapi macamana plak aku boleh kembali terjerumus ke lembah penontonan wayang ini? (ayat apakah ini?) Canni, biar aku ceritakan... Semalam, tatkala hujan renyai-renyai di waktu petang, around 3 o'clock, aku mendapat satu SMS dari nombor yang tak dikenali berbunyi: "Jom tengok KAMI malam ni, aku takda kredit, balas kat nombor aku.- Deennasour a.k.a. DINA sour [hehehe]. "Dan sepantas kilat aku membalas jawapan SMS tersebut" Maka bermulalah semula sesi menonton wayang bersama Deennasour seperti sediakala .Tempat favourite mestilah di TGV yang paling dekat dengan umah aku dan umah Deen, iaitu Sunway Pyramid. [tempat yang tak sesak dan kalau pergi beli tiket on d spot mesti dapat punya]. Sebenarnya dah lama aku dan Deen merancang nak tengok cerita KAMI tuh mem...

::Review Filem~ SUSUK::

Image
SUSUK ... Barangkali ramai yang sudah biasa mendengar perkataan tersebut. Tapi tidak dinafikan juga ada yang janggal mendengarnya, malahan ia tidak sepopular Botox . Tapi tujuan penggunaannya lebih kurang sama, untuk kecantikan, untuk ke"popular"an dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan perasaan ingin mencari keyakinan diri dengan cara yang "pelik". Setuju?? Aku berkesempatan menonton filem SUSUk di Sunway TGV minggu lepas. Actually aku lupe hari apa aku pegi tengok filem tu sebab agak sibok dengan pelbagai urusan yang memerlukan pemerhatian yang lebih! Wah... Review: Terus terang aku katakan yang aku tak faham langsung jalan cerita filem ni. Tarikan utama aku menonton filem ni adalah kerana barisan pelakonnya yang memang aku minat habis! :: Sofea Jane (aku memang kagum giler dengan kejelitaannya), Ida Neria (pelakon Idola aku sejak kecik lagi), dan Aleeza Kasim (aku kagum dengan keseksiannya~ ngeee.) Ketiga-tiga pelakon tersebut memang ada daya tarikan y...

::Review Filem ~ SEPI::

Image
Semalam, aku sempat menghabiskan masa yang ada dengan menonton sebuah filem yang kurasakan cukup indah. Memang benar apa yang diperkatakan oleh teman-teman sebelum ini mengenai filem yang diarahkan oleh seorang insan seni yang cukup berbakat, Kabir Bhatia. Beliau mampu menggarap filem SEPI standing kehebatan filem arahannya sebelum ini, CINTA. Agak lewat sebenarnya aku menonton filem ini. Setelah beberapa minggu mencuba mengatur waktu-waktu terluang, namun baru semalam waktu yang sesuai itu tiba. Chewah…ayat yang klishe kan??? Macam biasala, selain Mid Valley, tempat yang akan kutuju kalau nak menonton wayang adalah, TGV Sunway Piramid. Tonton dengan siapa?? Huhuhu nak ajak awek, takde..so aku pun ajak la teman serumah, Dhaniel. Show dijadual akan bermula jam 9.20 malam, dan kami tiba di Sunway Piramid jam 9.15. Heheheh biasala, kalau dah pergi dengan Dhaniel, kompom lambat punya!!! [harap-harap Dhaniel tak baca]. Apa yang menarik sangat tentang SEPI?:: SEPI memaparkan kisah hidup, at...

::Review Filem ~ Made of Honour::

Image
Assalamualaikum...Moshi….Moshi…Hello..Hi... Sudah agak lama juga tak pergi menonton wayang, rasanya filem terakhir yang gue tengok adalah ”Kung fu Panda” . Sebuah filem yang tak menghampakan (sila baca post sebelum ini untuk review filem tersebut). Kali ni aku berpeluang menonton sebuah lagi filem barat, yang agak simple dan ringan.Filem apa kah itu??? Yup kalau bercakap tentang filem komedi, filem romantik..ha itu memang genre kesukaan gue!Kalau ada filem fantasi or science fiksyen lagi gue suka!!! Ok, back to the story , semalam Acid kol aku ajak tengok wayang. Katanya masa tu je dia free kalo nak kuar, so aku pun mengambil kesempatan itu untuk pergi tengok wayang ngan dia memandangkan dia kata dah tiga bulan tak tengok wayang!!! Hahaha maklumla duduk kat perantauan..heheh Hulu ker??? Takpe la sabo jer..insyaAllah satu hari nanti pembangunan pesat akan berlaku di tempat itu. So kebetulan Acid free smalam, katanya latihan dibatalkan. Kami pun pergi ke Sunway Pyramid , TGV untuk...

Review Filem-Filem MAY 2008

Image
Huuhuhu sekali lagi tibanya hujung minggu! Minggu ni aku berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung! Whushhh musim-musim cuti sekolah ni memang banyak jemputan ke majlis perkahwinan! Bestnya.... Tapi sebelum aku post kan citer-citer menari pasal majlis-majlis perkahwinan aku nak citer pasal 2 buah filem yang aku tonton minggu lepas. Kali ni aku gabungkan sekali lah review dia...Malas plak nak buat banyak-banyak post hahahhahaha...(boleh????) Filem :: Indiana Jones: Kingdom og The Crystal Skull Wahhhhhh dah lama jugak sebenarnya aku merancang nak tengok filem-filem ni terutamanya filem Indiana Jones: Kingdom of the crystal skull (walaupun filem pertama dan kedua aku tak berapa ingat sangat) dan akhirnya setelah mencuba sejak pukul 5 petang barulah aku berjaya mem' booking ' (ayat apakah ini?) tiket menonton filem tersebut! Bukan main banyak pancarobanya sebelum tiket-tiket itu berada di tanganku sehinggalah aku terlepas setengah jam pertama citer tu..Aduuuuuuuioooooooo rugi woo...

Review Filem:: Drillbit Taylor

Image
Bosan...tak tau nak buat apa malam tu...tetiba dapat satu sms.." Jom tengok wayang citer 3 orang budak yang selalu kene buli?" begitu la lebih kurang ayat dalam sms tu. Ish citer apa tu? Aku pun terus search kat internet. Rupa-rupanya citer Drillbit Taylor: Budget Bodyguard! Nampak macam best. Pelakon utamanya adalah Owen Willson ! Aku memang suka kalao mamat ni yang berlakon. Sure havoc punya lawak! Aku pun terus book dua tiket. Lepas amek member aku tu dekat Sunway, kami pun terus ke Mid Velly (tempat aku selalu lepak tengok wayang). Nasib baek jalan tak jem. So tak sampai 15 minit dah sampai ke Mid Velly. Tapi bile jem...sejam pon belum tentu sampai!!! Kami pun bergegas la ke reservation counter, GSC . Nasib baik sempat. Wayang start kul 11.15 malam. So 45 minit before start aku dah kene amek tiket tu. kalo tak ...burn le jawabnyer.. Review:: Drillbit Taylor: Budget Bodyguard! mengisahkan sekumpulan 3 orang pelajar tahun pertama di sekolah tinggi yang menjadi man...

Review Filem:: Narnia~

Image
Agak lembab sikit aku semenjak dua tiga menjak ni. Huhuhu biasa la, banyak perkara yang perlu diuruskan. Tapi demi filem yang satu nih, aku tetap luangkan masa untuk menontonnya!!! Filem Narnia, setelah habis membaca bukunya yang setebal 2 inci setengah dan menonton filem pertamanya, akhirnya semalam aku telah berjaya memboloskan diri ke dalam panggung sekali lagi untuk menonton " The Chronicles of Narnia: Prince Caspian "!!!. Sekali lagi aku mengaturkan sesi menonton wayang kali ini....huhuh bukan susah sebenarnya tapi yang menggeramkan aku, bile tiket dah beli tapi tak jadi datang!!! Ahhh aku tak kire, bayar tetap bayar! Aku tak rugi apa pun....So daripada 12 tiket yang aku booked dan 7 tiket yang telah dibeli...hanya 5 orang jer yang datang. Hampeh kepada kodok-kodok yang gagal hadir itu! Aku, Arip , Jun Jun , Deen dan sorang lagi rakan Deen yang aku terlupa namanya (maafkan kami penunggu gua..maafkan kami penunggu gua...). Wohoo...banyak impressi sebenarnya terhadap fi...