2008-05-23

Review Filem:: Drillbit Taylor

Bosan...tak tau nak buat apa malam tu...tetiba dapat satu sms.."Jom tengok wayang citer 3 orang budak yang selalu kene buli?" begitu la lebih kurang ayat dalam sms tu. Ish citer apa tu? Aku pun terus search kat internet. Rupa-rupanya citer Drillbit Taylor: Budget Bodyguard! Nampak macam best. Pelakon utamanya adalah Owen Willson! Aku memang suka kalao mamat ni yang berlakon. Sure havoc punya lawak!


Aku pun terus book dua tiket. Lepas amek member aku tu dekat Sunway, kami pun terus ke Mid Velly (tempat aku selalu lepak tengok wayang). Nasib baek jalan tak jem. So tak sampai 15 minit dah sampai ke Mid Velly. Tapi bile jem...sejam pon belum tentu sampai!!!




Kami pun bergegas la ke reservation counter, GSC. Nasib baik sempat. Wayang start kul 11.15 malam. So 45 minit before start aku dah kene amek tiket tu. kalo tak...burn le jawabnyer..

Review::


Drillbit Taylor: Budget Bodyguard! mengisahkan sekumpulan 3 orang pelajar tahun pertama di sekolah tinggi yang menjadi mangsa buli oleh seorang pelajar senior yang teramatlah Jahat tingkah lakunya! (Macam komunis pun ada). Chubby Ryan (Troy Gentile), skinny Wade (Nate Hartley) dan a smaller fellow geek, Emmett, sentiasa hidup dalam keadaan tertekan bile berada di sekolah mereka apabila Filkins (Alex Frost) sentiasa sahaja mendatangkan masalah kepada mereka, sehinggalah pada satu ketika, mereka bertiga sudah tidak dapat menahan tekanan dan bercadang untuk mengupah seorang bodyguard untuk membalas dendam di atas kekejaman Filkins.





Mereka telah mengiklankan pencarian bodyguard di dalam sebuah akhbar tempatan. Maka di sinilah bermulanya kisah Drillbit Taylor.


Sape pulak Drillbit Taylor (Owen Willson) ni??? Dia merupakan seorang penganggur yang menjadikan aktiviti mengemis sebagai sumber pendapatan. Drillbit Taylor telah menemui iklan tersebut dan telah berjumpa denga 3 orang budak tersebut. Interview punya interview beserta lakonan yang "baek" di depan budak-budak tu, maka akhirnya dia dipilih menjadi bodyguard mereka. Sebenarnya fokus utama si Taylor hanyalah duit dan dia mempunyai agenda tersendiri iaitu menge"pau" budak-budak tersebut yang sememangnya berasal daripada keluarga berada.




Ryan, Wade dan Emmet memang percaya 100% kepada Taylor kerana janji-janji palsunya. Jadi mereka pun mengaturkan strategi untuk membalas dendam. Taylor telah menyamar sebaga seorang guru ganti di sekolah mereka. Dan keti inilah dia mengenakan Filkin. Dia juga telah menjalinkan hubungan dengan seorang guru wanita.


Nak dijadikan cerita, kepercayaan 3 sekawan terhadap Taylor akhirnya musnah apabila kawan-kawan pengemis Taylor telah merompak rumah keluarga Wade. Tembelang Taylor pecah akhirnya. Hidup ketiga-tiga pelajar itu semakin genting apabila Wade telah mencabar Filkins berlawan di rumah Filkins secara tidak sengaja. Aduiiii sadisssssssss.



Tibalah malam yang dinanti-nantikan. seluruh sekolah berkumpul di rumah Filkins untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu. Memag teruk la budak-budak tu kene belasah. Akhirnya Taylor muncul juga. Dia merasakan adalah tanggungjawabnya untuk melindungi, Ryan, Wade dan Emmit. Setelah mengetahui yang umur Filkins sebenarnya adalah 18 tahun, maka Taylor (sebenarnya dia bekas tentera Amerika yang bertugas di Iraq- tapi dia lari sebb tak tahan) membelasah seteruk-teruknya si Filkins. Tapi ada sesuatu yang berlaku selepas itu... Apa yer?? ha pegi tengok sendiri citer tu! Best tau.. Lawak kelas pertama. Rugi tak tengok!! PEACE!

Ryan, Emmit, Wade dan Drillbit Taylor





Atur strategi...Baekkk punya!

video

2 comments:

  1. mcm best citer neh, tp kat sini (kuching) takde panggung yg best, punggung byk la...hahahahha....if kat KL ok la, selesa sket, kat sini kena redha je ler...

    ReplyDelete
  2. farhan:: Baguih ..Redhaaaa je la...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!