Hmmm semalam masa aku lepak-lepak kat satu restoran yang agak popular di Bangsar, aku ternampak la seorang tokoh seni yang baru-baru ini telah memenangi "Anugerah Wirama" di Anugerah Industri Muzik 2008. Rasa-rasanya sape yang tengok AIM malam sabtu lalu mesti tau siapa yang aku maksudkan bukan??? Siapa lagi kalau bukan Encik FAUZI MARZUKI!!!
Sekalung tahniah buat beliau atas penerimaan anugerah tersebut. Bagi aku itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi dimana segala sumbangan dan penglibatan beliau di dalam dunia seni diambilkira dan di hargai.
Teringat pulak pada ucapan beliau sewaktu Majlis Post AIM yang diadakan selepas MAjlis anugerah berlagsung. Apa yang aku ingat dia dengan bersemangat dan berkobar-kobar mahu memartabatkan muzik Malaysia di mata dunia dan akan bekerja keras lagi di dalam bidang ini. Bagusla kalau beliau mempunyai semngat yang kuat untuk terus berjaya.
"Mintak maap sesangat sebab ambik gambar curi ye Abang Fauzi...(peminat ker??)"
Apa yang aku nak cerita disini adalah, walaupun beliau seorang yang berpengalaman di dalam dunia seni, tindak tanduk dan gayanya sedikitpun tidak hanya mendongak ke langit, kerapkali juga dia memandang ke bawah. Tatkala aku melihat dia menghulurkan sedekah kepada para pengemis yang berkali-kali datang kemejanya, aku pun terpanggil untuk memerhatikan gelagat insan seni itu yang sedang rancak ditemu bual oleh seorang wartawan...(entah dari channel mana agaknya). Aku agak je yang bersama beliau tu wartawan sebab aku tengok pompuan tu sibuk mencatit di atas sebuah buku nota yang besar...persis seorang wartawan.
Gaya beliau yang selamba dan santai mencerminkan keperibadian seorang insan seni yang benar-benar berjuang tanpa mengambilkira glamour lensa kamera. Bukan macam artis-artis baru yang tumbuh macam cendawan sekarang ni, kenkadang bakat tak seberapa, sumbangan pada dunia seni sangatlah kurang, tapi over! huhuhu renung-renungkanlah wahai sang artis....PEACE!
yuppp...bagus la, insan seni mcm nie la nak dibuat cth, bukannya yg hanya berhidung tinggi n berlagak mcm org suka sgt kat die...hahahha...aku anti benor org yg sombong....
ReplyDeletefarhan:: Hidup umpama roda, kadangkala di atas, kadangkala di bawah...renung-renungkan...
ReplyDelete