2008-05-27

Review Filem-Filem MAY 2008

Huuhuhu sekali lagi tibanya hujung minggu! Minggu ni aku berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung! Whushhh musim-musim cuti sekolah ni memang banyak jemputan ke majlis perkahwinan! Bestnya.... Tapi sebelum aku post kan citer-citer menari pasal majlis-majlis perkahwinan aku nak citer pasal 2 buah filem yang aku tonton minggu lepas. Kali ni aku gabungkan sekali lah review dia...Malas plak nak buat banyak-banyak post hahahhahaha...(boleh????)





Wahhhhhh dah lama jugak sebenarnya aku merancang nak tengok filem-filem ni terutamanya filem Indiana Jones: Kingdom of the crystal skull (walaupun filem pertama dan kedua aku tak berapa ingat sangat) dan akhirnya setelah mencuba sejak pukul 5 petang barulah aku berjaya mem'booking' (ayat apakah ini?) tiket menonton filem tersebut! Bukan main banyak pancarobanya sebelum tiket-tiket itu berada di tanganku sehinggalah aku terlepas setengah jam pertama citer tu..Aduuuuuuuioooooooo rugi wooooooo!!!!!


Nasib baik la aku manage to catch up balik jalan ceritanya. Dengan keadaan yang agak kelam kabut, aku dan kawan aku Deen (member yang selalu aku ajak temankan aku tengok wayang) dapat la juga tengok citer ni dengan 'teramat la jelasnya!!!" heheheheh.

Review:



Indiana Jones kali ini meneruskan usaha untuk mengembalikan sebuah tengkorak kristal yang telah menjadi rebutan banyak pihak kerana keunikan dan nilai sejarah yang ada padanya. Dari sinilah Jones bertemu dengan anak lelakinya yang belum pernah ditemuainya hasil hubungannya dengan seorang wanita di zaman remajanya. Akhirnya ekspedisi ini mempertemukan semula mereka sekeluarga.


Bermacam onak-ranjau berduri yang mereka tempuhi dalam usaha mengembalikan tengkorak tersebut ke tempat asalnya iaitu di sebuah tapak tamadun yang telah pupus di tengah-tengah hutan Amazon! Hasil garapan Steven Spilberg memang sinonim dengan teknologi CGI yang canggih dan diluar batasan imaginasi. Scene di dalam hutan Amazon sangat mengagumkan dan disulami dengan kreativiti sutradaranya yang memang telah dikagumi umum sejak sekian lama. Memang usaha sebegitu memerlukan kajian dan ilmu yang mendalam terutamanya berkaitan susur galur hutan tebal tersebut.

Banyak adengan yang menarik disusun di dalam filem ini sehingga kadangkala dirasakan tidak "logik" berlaku di dunia sebenar. Namun itulah kelebihan Spilberg. Akhirnya tengkorak tersebut berjaya kembali ke tempat asalnya, di mana tapak ketamadunan tersebut sebenarnya adalah sebuah kapal angkasa (kalo orang sini sebut piring terbang!) yang telah lama tertimbus di bawah tapak kuil tersebut. Huhuuhuh(kapal angkasa????) Ada 13 buah tengkorak semuanya @ 13 orang @ ekor @ buah mahluk asing yang telah turun ke bumi beribu-ribu tahun dahulu. Mahluk-mahluk asing ini telah mengajar puak yang tinggal di situ tentang teknologi pertanian, pendidikan dan sebagainya sehingga puak tersebut menganggap mahluk-mahluk asing ini sebagai tuhan mereka. Banyak lagi adengan menari di paparkan di dalam filem yang telah mendapat kutipan lebih 3 juta dalam masa seminggu tayangan di seluruh dunia!!! (hebat kan??) Kalau nak tau lebih lanjut...p la tengok sendiri...


Filem:: Apa Kata Hati


Hikhikhik tak sangka pulak aku pergi tengok citer ni. Dah lama tak menonton filem Melayu di pawagam. Kali terakhir pun filem arahan Shamsul Yusof iaitu Evolusi KL Drift. Sebenarnya aku teringin nak tengok lakonan seorang primadona Melayu yang dah lama tak muncul di layar perak iaitu Kak Ogy!

Review:


Filem ini merupakan sebuah filem komedi ringan arahan seorang sutradara yang boleh dikatakan hebat juga iaitu Saw Teong Hin (pengarah Puteri Gunung Ledang). Sebenarnya ini merupakan cubaan pertama pengarah cina ini mengarahkan filem komedi romantik memandangkan ramai yang berpendapat beliau tidak versetile dalam genre pengarahan filem. So kengkononnya untuk membuktikan pada dunia yang dia pon boleh mengarahkan filem-filem selain epik movie la... (bagusla tu..).



Elly (lakonan Raja Farah) merupakan seorang fashion designer yang begitu jujur dalam percintaannya dengan seorang PR Manager iaitu Mohd. Aidil Fitri (lakonan Farid Kamil). Teman baik Elly, Linda (lakonan Dynas) sering mengingatkannya supaya berhati-hati di dalam mempercayai Aidil memandangkan lelaki tersebut sering mengabaikan Elly dek kerana terlalu mementingkan kerjaya. Di sinilah timbulnya syakwasangka terhadap Aidil ditambah pula dengan hasutan Linda yang mengatakan Aidil mempunyai wanita lain selain Elly!.



Elly dan Linda telah berjumpa seorang bomoh (AC Mizal berjaya melakonkan wataknya dengan begitu baeeekk) untuk membantu menyelesaikan masalahnya. Hasil jampian merapu si bomoh, Elly dikurniakan kelebihan dapat mendengar kata-kata hati semua lelaki yang mendekatinya. WAHHHHHHH...


Awie ke ni??? (ahaksssss)



Disamping itu, emak Elly pula (lakonan Kak Ogy) telah berkrisis dengan ayahnya dek kerana kes yang sama iaitu cemburu. Banyak juga adengan-adengan kelakar yang di sajikan di dalam filem ini. Antaranya ialah watak Sofie (Nyah lakonan Awie), watak pembantu pejabat (lakonan Kartina Aziz) dan watak Boss Elly (lakonan Awal Ashaari). Macamana pulak kesudahan filem ni???? Haaaaaaaaaa tengok la sendiri!!!!! PEACE!

0 jangglers:

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!