2008-05-20

My Cousin's Wedding ~ Part 2

Salams... ingat lagi tak kisah pernikahan sepupu aku yang pernah disiarkan dalam blog aku satu ketika dulu?? kalau tak ingat bleh pergi semula ke post tersebut. Aku nak tunaikan janji aku seterusnya untuk menghebahkan perkahwinannya di blog aku ni hehehe. So takda utang dah yer...

Ya, bagi sesiapa yang tak tau lagi, sepupu aku Azizah @ Jijah (nama glamour) telah selamat melangsungkan majlis persandingannya dengan suami tercinta Zainal @ Enal (nama glamour) di rumah keluarga Azizah di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor tanggal 18 Mei 2008. Aku selaku saudara terdekatnya macam biasa la, menyibukkan diri dengan adengan-adengan penggambaran yang menggiurkan! Hahahhaha.


Aku bertolak pulang ke kampung dengan seorang lagi sepupu yang agak rapat dengan ku iaitu Arip , pada hari Sabtu, sehari sebelum majlis kenduri diadakan. Agak jem la keadaan jalan raya ketika itu. Si Arip plak tido, terpaksala aku berkaraoke sorang-sorang bagi mengelakkan mengantuk.

Malamm sebelum majlis persandingan selalunya ada majlis berinai. Tapi kali ni tak buat pulak. So si jijah pun berinai la sorang-sorang sambil ditemani ibuku dan juga sorang makcik ku. Yang lain, sibok mengemas kat dapur. Ada yang mengisi bunga telur, ada yang isi berkat, ada yang susun-susun barang dan macam-macam lagi.

Keesokkan harinya, aku dan sedara mara yang lain dah mula sibuk. Macam-macam benda la yang kami buat. Maklumla kenduri kahwin. Azizah pulak sedang dimake overkan di dalam bilik. Sementara itu, di rumah nenek aku yang tak berapa jauh dari rumah pengantin, si pengantin lelaki pun sedang sibuk dimake overkan jugak. Aku kene standby bawak mak andam ke dua-dua buah lokasi tersebut. Hahahaha nasib baik mak andam tu cun.!!

Tepat jam 1 tengahari, pengantin lelaki pun tiba di rumah pengantin perempuan. Waduh..waduh...waduh...sungguh cocok pasangan mempelai. kalau tak caya tengok la kat gambar-gambar tuh!!! aku pun apa lagi, kontrak sebagai jurugambar belum habis tau! Kene jalankan tugas!


Majlis berlangsung dengan meriah sekali! Tetamu yang datang pun tak hingaaaaaat ramainya. Majlis berkahir lebih kurang jam empat petang. Tapi masih ada juga saki baki manusia yang datang!


Di sebelah malam pulak, ada upacara memotong kek dan membuka hadiah. Sekali lagi ahli keluarga berkumpul! Memang meriah. Time cenggini la nak bermesra dengan sedara mara ye dok??? Sesekali berkumpul, macam-macam cerita boleh dikongsi bersama! Best..best! nanti sambung part 3 pulak yer!!! Majlis di rumah pengantin lelaki....PEACE!!!


2 comments:

  1. mmg secocok, bagai pinang dibelah dua, tp zmn skrg mana ade pinang lagi...bagai pizza dibelah lapan...sedap hingga menjilat jari...tp org dah kawen bhya sebut "jilat" neh....hahahhaha...hope tak sensored eh...

    ReplyDelete
  2. Farhan:: Ceh..pizza mana bleh jilat-jilat..Baik KFC, Sehingga menjilat jari beb! Hahahah.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS