2008-05-09

Review Filem:: What Happens In Vegas~

Semalam, pagi-pagi lagi aku dah merancang untuk melepak, berpoya-poya dan menghabihkan boreh bersama teman-teman tersayang..al maklumlah, since aku dah makin buzy dan jarang berjumpa diorang, lantas inisiatif ini ku gunakan sepenuhnya...cewahhhh. Sebenarnya ada jugak beberapa member yang aku baru je jumpe 2-3 hari lepas hehehhee. hampeh...

Macam biasa la, memang dah takde tompek lain nak melepak, kami akan membuat persidangan di tempat biasa, di sebuah restoran di bangsar..ish bangsar lagi??Itu je tempat yang senang nak berkumpul dan dekat. Fair to all. Dan macam biasa gak, bile dah Melayu, kalau berjanji tak pernahnya tepat! Ish..(bilelah nak berubah). Seperti yang dijangka, sehelai demi sehelai daun berguguran..eh...silap.. sekor demi sekor datang ..eh silap lagi...seorang demi seorang sampai (baru betol). Macam-macam perkara yang kami bualkan @ bincangkan termasuklah hal negara dan dunia. (kali ni aku tak nampak pulak mana-mana artis@ personaliti?? Rujuk Lampiran 1) Hahahaha macam buat surat rasmi kat opis plak ada Lampiran.


Nak dijadikan cerita, maka berlaku la perkara yang aku memang tak berapa nak suka...tapi selalu dibuat. Tercetus la satu idea dari Kaka Comei (comei ker?) enak bunyinya. "Ehem..ehem korang jom tengok wayang?" Kaka Comei meluahkan pendapatnya. Wah kami semua ibarat anak menuriti kata ibu, bersetuju untuk menonton wayang. Aku pun menyelak surat khabar yang baru je aku beli tatkala menunggu di awal cerita tadi. Ha ada satu cerita best! What Happens In Vegas! Lantas aku jugak yang membuat online reservation. Akhirnya tiket berjaya di booked untuk show jam 12.10! Ahaks..kesian la pada mereka yang bekerja esok..kuikuikui (aku cuti!).


Sinopsis::


What Happens In Vegas??? Satu tajuk yang agak tipikal bagi sesetengah penggemar filem. Namun apa yang saya boleh dikatakan mengenai filem ini, memang berbaloi menontonnya. Jalan cerita yang ringkas tetapi penuh dengan babak-babak komedi yang sangat menjadi! Ia mengisahkan 2 orang starngers, seorang lelaki bernama Jack dan seorang wanita bernama Joy yang masing-masing mempunyai masalah dalam hidup.


Jack:: Seorang lelaki yang bersikap sambil lewa, tidak bertangungjawab terhadap kejanya (bapak dia memiliki kilang perabot) sehingga dipecat oleh bapa sendiri. Suka berpoya-poya dan hidupnya tidak terurus (selebet).


Joy:: Seorang wanita bekerjaya. Bekerja di sebuah kompeni saham. Baru sahaja ditinggalkan oleh tunangnya (ketika dia nak buat surprise harijadi tunangnya). Sian gak kat dia sebab masa tu semua kengkawan dia tengah stanby, menyorok belakang pintu la, bawah kerusi la dan merata-rata ceruk rumah yang boleh dibolosi.




Kedua-dua mereka yang ditemani kawan baik masing-masing secara tidak sengaja membuat perancangan untuk bercuti di Las Vegas. Nak dijadikan cerita, mereka ditempatkan di sebuah bilik hotel yang sama! Di sinilah mulanya pertemuan di antara Jack dan Joy. Setelah mendapat pertukaran bilik dan memperolehi kupon-kupon VIP percuma, mereka telah pergi membuat dosa (main judi dan minum sampai mabok la). Dahsyat jugak...sehinggalah keesokkan paginya bila Joy tersedar dia telah berada di atas katil dlam keadaan tutttt....dan ditangannya terdapat cincin perkahwinan! Maka berulanglah tragedy Britney Spears!! Joy sangat panik dan mula merancang untuk bercerai dengan Jack. Begitu juga dengan Jack.



Mereka berjumpa di pusat perjudian di tingkat bawah hotel. Bincang-punya bincang (sambil dihasut kawan-kawan) akhirnya terjadilah satu pertengkaran di depan mesin Jackpot. Dan nak dijadikan cerita lagi, bile si Jack memasukkan token milik Joy ke dalam mesin Jackpot tu berlakulah satu keajaiban! Menang 3 juta beb!!!!! Di sinilah kemuncak cerita. Masing-masing mengaku duit tu milik diorang. (maleh nak citer lebih-lebih macamana token tu boleh berada di tangan Jack)




Sehinggalah perkara dibawa ke mahkamah, hakim memerintahkan mereka tidak boleh bercerai selama 6 bulan or duit 3 juta tu habis dibei pada badan kebajikan (eh betol ker?) . Nak tak nak terpaksalah mereka menjalani hidup sebagai suami isteri dan kene attend sesi konseling setiap minggu. Seoanjang 6 bulan tu macam-macam la perkara berlaku. Masing-masing cari jalan untuk membuktikan pasangan curang. (lawak pulak bile tengok adengan tuttttt...jangan risau, filem ni kategori U).



Bile dah hari-hari dok tengok muka yang sama, dah tau perangai masing-masing, maka si Jack dah mula jatuh cinta dengan Joy. Joy pun dah mula gedik-gedik la dengan Jack tapi masih taknak ngaku. Sehinggalah tamatnya tempoh 6 bulan, maka hari penceraian pun tiba. Dan berlakulah satu insiden yang tak disangka-sangka!! Apa itu?? Sedih gak tengok si Jack yang totally berubah di akhir cerita.. Nak tau..pi la tengok sendiri. Kesimpulan tentang filem ni...Best dan sesuai ditonton bersama kengkawan hahahahhahaha....PEACE!






Kaka Comei dan Ehem..ehem tengah membeli Pop corn.


Pose dulu sebelum masuk.


2 comments:

  1. suker aku ngan komentar ko...agak bernas....

    ReplyDelete
  2. jun-i-d Terima kasih... bakat semulajadi kurniaan Tuhan. Hehehehe

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!