2008-11-07

::Review Filem:: Quantum of Solace::

Dah tiga hari aku termimpi-mimpi menjadi seorang agen perisikan menjalankan misi keamanan dunia [erk....boleh ker?]. Tapi hakikatnya aku hanyalah seorang Janggeltrekker yang kerdil dan tak ada kebolehan pon untuk jadi perisik sebab selalu terkantoi kalau buat kerja-kerja ngintip nih!! [hahahahha...pernah..banyak kali].

Sebenarnya aku memang dah set target nak tengok citer James Bond [atau lebih senang aku panggil Jebon] ni sejak pertama kali melihat trailernya di pawagam satu ketika dahulu..akhirnya ia menjadi kenyataan. Awal-awal lagi jugak aku dah book tiket hahahah ..bukan mein banyak tiket yang aku book tapi hampeh, semua yang kata-beria-ia nak join tuh cancel last minute. Dan akhirnya tertengok la aku filem ini bersama "kawan-kawan yang janggel ada"...


Review::

Jebond [Erk...] "Quantum of Solace" satu watak yang cukup mantap yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Daniel Craig meneruskan misi pemburuannya pada musim ini. Segala-galanya berkisar tentang agen perisikan pelbagai cabang yang turut menjadi kunci kepada filem ini.

Sebenarnya filem ini adalah kesinambungan daripada filem sebelumnya "Casino Royale" dimana ia mengaitkan perihal kematian Vesper Lynd seorang 'double agent' yang kononnya telah mengkhianati James Bond. Dalam siri kali ini, keseluruhan plot berkisarkan dendam yang belum terbalas.Bond merasa amat kecewa di atas kematian Vesper dan pelbagai persoalan bermain di fikirannya tentang perilaku Vesper yang di luar dugaan itu.

Dalam filem ini, muncul beberapa watak yang turut sama menjelmakan dendam mereka untuk ditebus kali ini. Seorang wanita yang menghadapi trauma sejak kecil akibat kematian ahli keluarganya, Camille Montes lakonan Olga Kurylenko mendukung watak gadis Bond pada filem ini. Pelik juga apabila melihat kesan lecuran di bahagian belakang badan Camille di awal cerita namun segala-galanya terjawab apabila Mr. Green, seorang environmentalist [kononnya...] menceritakan tentang kesan lecuran tersebut. Mr. Green yang juga menjadikan Camille sebagai perempuan simpanannya, mempunyai misi jahat disebalik aktiviti-aktiviti sosialnya sehingga mengaburi mata banyak pihak. Manakala Camille pula mendampingi Mr. Green hanya untuk membalas dendam ke atas kematian ahli keluarganya yang dibunuh oleh seorang ahli perniagaan iaitu General Medrano yang juga menjalinkan hubungan perniagaan bersama Mr. Green..Nah nampak kan kaitannya?

Di sinilah plot pertemuan sebenar siri ini di mana Bond telah berjumpa dengan Camiile di Haiti untuk menjalankan satu misi lain yang ditugaskan oleh bosnya, M dan di situ jugalah terdapat beberapa insiden yang cukup menarik untuk disaksikan.

Hmm rasanya aku tak akan bercerita secara terperinci tentang Filem ini, beri peluang kepada peminat filem ini menonton sendiri dan menilai kehebatannya. Adil kan...

From my point of view:

  1. Kisah yang berkisarkan dendam antara James Bond dan Camille menjadi tunjang kepada filem ini. Perlu tonton "Casino Royale" untuk kepuasan maksimum.
  2. Aksi-aksi ganas dan stunt yang amat mencabar minda. Setiap plot aksi ditonjolkan dengan begitu teliti dan agak melampau. Kalu nak tengok manusia-manusia kebal, tontonlah filem ini.
  3. Keromantikan James Bond dalam "Casino Royale" pupus dalam "Quantum of Solace". Namun sikap buaya daratnya tetap ditonjolkan dalam filem ini.

Keseluruhannya, filem ini tidak membosankan kerana sepanjang masa penonton akan disajikan dengan aksi-aksi hebat para pelakonnya. Kejayaan filem ini bergantung sepenuhnya ke atas aksi-aksi tersebut. Berbaloi melaburkan berjuta-juta Dolar untuk pembikinan filem ini.

Bagi aku, OK.
Let's wayang....PEACE!




Aku g Midvelly...dan ianya sangat sesak pada malam itu...


Lepas mennton..melantak ler pulok.. dan kawan -kawan aku menghasilkan ini...

8 comments:

  1. anap:: apa vhenci2 nih...tak baik tauuuu...

    ReplyDelete
  2. besssttt sgt best..ditambah lagi dengan panggung yg exclusive..dpt free drink+popcorn okey?!(caremal yg byk..sedap siot) haaaa...laaammaanya tak tengok wayang since ada budak kecik..heeee

    sangat menakjubkan stunt2 nyer..w/pun aku tgh ngantuk giler!tp berjaya utk menahan mata..iyer..semuanya berasaskan dendam..byk jugak org yg dibunuh..dan pada masa yg sama, bond seolah ada tekanan utk melupakan apa yg berlaku pada vesper..sehingga dia telah sort off digantungkan kerja sbb situasinya yg semakin mengganas..tp biasala dia escape la kan..ditambah disokong oleh M yg masih percayakan kewibawaannya (tp sebenarnya dia geram gak dgn Bond sbb asyik bunuh org).organisasi perisik juga mengalamai kegusaran bila org dlm sendiri tidak boleh dipercayaai..double agent la.

    bila dendam dah terbalas baru dia puas hati...kan? :>

    ReplyDelete
  3. Beautifullife::
    Wah memang best kat Gardens tu... tapi regernya agak meletop arr..

    tu la rugi kalo tak tengok heheheh.

    ReplyDelete
  4. Babak lumba kereta di dalam terowong adalah sangat menarik dan sangat cantik. Kalau berdasarkan temubual Daniel Craig di sebuah rancangan, beliau kata 6 buah Aston Martin telah diranapkan. Memanglah, habis semua kereta kau cabut pintu bahagian pemandu. Dan teknologi dan kelengkapan semasa membuat pengambaran tersebut, memang sangat tinggi. [Berdasarkan tontonan di belakang tabir].

    Bacaan Lanjut DI SINI

    ReplyDelete
  5. Owh yer ker..memang dasaaaaaaaaaat la kalo holywood buat filem...hope one day nanti filem malaysia dapat setanding mereka...

    ReplyDelete
  6. awaT DeN NeNgoK BosaN JeR CiTeR tu???
    FuLL oF aCtiON TaK BeReNti2.

    ReplyDelete
  7. MASMZ::ishhhhhh hang memang jenis tak minat action....org lain nengok best jerrrr...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS