2008-11-10

::Bandaraya Bunga Kertas @ Bourgainvilla City::

Bukan main rancak lagi aktiviti Balik Kampung minggu ni. Baru minggu lepas balik, minggu ni balik lagi! Semuanya gara-gara menghadiri macam-macam program yang kalau tak join akan di "banned" seumur hidup..wakakakakaa...

Dah alang-alang balik, aku pon menghabiskan masa terluang bersama-teman sekampung merayau-rayau di sekitar Bandaraya Ipoh-ku yang terchenta. Ceh apa yang best sangat meraya-rayau tuh? Dah lama sebenarnya aku tak merayau-rayau di Ipoh...sesekali balik pun dok lepak kat rumah, tak keluar-keluar [mengalahkan anak dara!..hahah]. Tapi kali ni, since member aku yang dari Telok Anson [Dean] tu dah bagi signal, so aku pun berbesar hatilah mengikotnya...janji di jemput di depan pintu rumah ku syurga ku itu.

Sebenarnya, plan minggu ni nak pergi picnic bersama member-member [x-schoolmates aku] dan plan itu telah dirancang seminggu yang lau. TAPI...apabila seorang participant tergendala, tak jadi lah pulak program tuh lalu agenda terus di tukar kepada tajuk berikut:

"Berjalan-jalan di bandaraya Ipoh sambil mencari buku .......untuk dijadikan bahan rujukan Dean yang khabarnya nak renovate laman rumah dia menjadi taman syurgawi."

[erkk??? boleh blah tak tajuk tu?].

Agak janggel janggal sebenarnya bagi aku yang dah lama jugak menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai kampung halaman, tapi tak tau kat mana tempat-tempat best jual buku @ bookstore. Huhuhuhu...terus terang, aku memang jarang keluar merayau, sesekali balik Ipoh, aku memerap je kat rumah dan sejarahnya aku dulu pon bukan sekolah di Ipoh, so...memang kenalah. Jadi, sebagai permulaan, kenalah buat reseach dulu, kat mana tempat-tempat yang boleh dituju, supaya senang ..boleh terus pergi dan tak sesat larat pulak nanti. Jadi research tersebut adalah::

  1. Aku try call uncle aku yang jugak duduk kat Ipoh....hampeh tak berjawab. Lalu aku send sms..tunguuuuu.....[5 minit pun masih senyap]....
  2. Aku terus call pulak cousin aku yang juga tinggal kat Ipoh, sebab aku tau kalau aku sms dia, kompem tak balas sebab takda kredit.. Alhamdulillah...dapat pun gambaran tempat yang dituju.
  3. SMS dari uncle aku tiba...nasib baik balas..OK good!

Aku rasa cukup kot info yang diorang bagi.So aku dan Dean pon meneruskan misi mencari.

Tempat pertama yang kami tuju adalah Jusco Ipoh, MPH ler kononnye...memang ada buku yang dicari..tapi hampeh sebab semuanya di wraped dan malas pulak nak menyuruh orang kedai tu bukak.

Lalu aku dan Dean menuju ke tempat kedua, kononnya nama kedai tu Mubarok Bookstore...huhuhu sebenarnya aku tak ingat nama kedai tu, Mubarok ker, Mubarak ker, Murtabak...tapi berdasarkan clue yang diberi oleh cousin aku tu, akhirnya kami pon sampail ler ke tempat tersebut..betol-betol kat Ipoh OldTown. Setelah park kereta di tepi padang Ipoh [agak jauh gak nak kena menapak] korang tau apa yang aku nampak??? Ish lawa betol bangunan-bangunan kat Ipoh ni yer..[keji tak aku? tempat sendiri macam tak pernah tengok]..Kagum jugak sebab banyak bangunan-bangunan unik kat sekitar tempat nih. Lalu aku pun snappy-snappy la beberapa photo untuk dijadikan bukti. Kat padang tu pulak sedang berlangsung pertandingan Rugby sekolah-sekolah Negeri Perak. Memang happening la.

Dah samapi kat Mubarok tu, pencarian pon diteruskan...tak de jugak buku yang berkenan.. terus kami melilau-lilau lagi sekitar itu. Tempat ketiga yang kami tuju adalah Ipoh Parade...rasanya ni tempat last la kami pergi,tak larat dah woiii... Yang bestnya kat sini, ada satu kedai buku namanya 'NovelHut' yang menjual semua buku-buku dan majalah terpakai! Adoiaiiiiiii terkesima sekejap aku..tak sangka plak ada kedai buku camtu kat situ... [Ekceli aku baru tiga kali menjejakkan kaki kat Ipoh Parade!!!!]. Rambang jugak mata tengok buku-buku kat situ... thanks to my cousin sebab bagi info yang sangat berguna. TAPIIIII ..buku yang Dean nak tetap tak ado!

Akhirnya..kami meng"lunch'kan diri pada pukul 4 petang di KFC Gunung Rapat.. heheheh waktu tu hujan renyai-renyai...alangkah nikmatnya melantak KFC. Sebelum kami pulang, sempat pulak aku dan Dean singgah di satu nursery berhampiran KFC tersebut...dan yang bestnya, kat situ macam-macam kami shopping, aku beli tanah campuran 2 bag, Dean beli pokok Golden Flower satu pasu...dan yang penting, habis semua kawasan nursery tu aku copy untuk dijadikan rujukan...Tak payah la nak beli buku lagi dah....Hahahah PUAS!




10 comments:

  1. cantikkk sgt, banggunan lama menjiwai sejarah. penah singgah sekali ronda2 pas bwk anak gi zoo taiping...

    ReplyDelete
  2. Kabussenja:: Yup sangat menarik...jemput datang lagi ke bandaraya Ipoh!!!!

    ReplyDelete
  3. janggel..

    ko org perok ke???baru aku taw..aku mcm merancang nk turun perak je hujung bulan nih..

    ReplyDelete
  4. Ye le encik adam... Teman memang org perak. Ape da bru tawu. Meh le dtg perak. Sgah umah aku!

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan....selalu nampak komen janggeltrekker di blog makteh.

    Makcik pun asal Ipoh tapi pernah sesat kat Ipoh, tak jumpa jalan lama yang dulu selalu makcik lalu. Shopping complexes memang amat jarang pergi sebab tak sempat , jadi memang taktau Ipoh Parade tu kat mana . Kedai buku Mubarak tu memanglah ingat sebab dulu mana ada kedai buku lain kat Ipoh. Makcik paling suka bangunan stesen keretapi Ipoh .

    ReplyDelete
  6. Owh..salam perkenalan Makcik silverina..

    Ow orang ipoh juga yer.. heheh kite same2 lah tersesat di ipoh kalau macam tuh..saya memang jarang keluar rumah..kalau balik kampung selalu dok habiskan masa kat rumah jer. Maklumlah bukan selalu dapat balik kg..

    Anyway thanks sebab sudi jengok blog saya.

    ReplyDelete
  7. NicE Pics!!!
    IPoH baNDaRaYa BuNGa KeRtaS ke? APasaL i Tak taU? MuehehE...
    AnYwaY, TaK aDa Ke saTu PoRT kaT iPoH YaNG PeNuH DeNGaN BuNGa KeRTas TuH??? KeNa caRii tU!!! :)

    ReplyDelete
  8. Cik MASMZ:: Apa da nama je orang Silver tapi gelaran kat ibu negeri sendiri pon tatau..ish..kene buang negeri nih!!. Ada satu port kat Ipoh yang letak bunga2 tu namanya taman Bourgainvilla.

    ReplyDelete
  9. mE GoLD, FrOM DiOmoND BaY LoCaTeD aT SiLVeR STaTE :p

    ReplyDelete
  10. Wah.wah..wah.... meh aku translatekan ye kak Mas..

    Saya, Mas dari Teluk Intan terletak di Negeri Perak!!!

    Betol tak?? Cenggituh yer...kihkihkih ..cengkih...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS