Posts

Showing posts with the label Ipoh

Food Hunter: Nasi Ganja Yong Suan, Ipoh

Image
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh,   Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata ora...

Kisah Hari Raya - Kerja Demi Sesuap Nasi: Dari Kuala Lumpur ke Lekir, Singgah Sebentar Di Pekan Ipoh

Image
Assalammualaikum! Wah tajuk pon dah macam tulis satu perenggan entry kan.Ya mood raya masih menebal sehingga nak mengapdet entry di blog pon malas. Jadi terpaksalah cerita pasal raya lagi untuk kali ini. Taknak baca takpe, pi main jauh-jauh (sambil peluk balang kuih raya). Nak dijadikan cerita, minggu lepas, yakni seminggu selepas raya aku, masMZ dan HD  (diorang tu dari Geng Ungu ) meneruskan misi mencari sesuap nasik di Perak . Lebih tepat lagi di Lekir, Perak . Sebenarnya pergi menziarah orang kawen, tolong tepek-tepek mekap, suruh penganten pose sana-sini dan sebagainya. Sebenarnya jugak, aku tak berapa gemor la kenduri kawen time-time raya ni. Bukan apa, kacau mood beraya sebenarnya (bagi aku la) sebab orang sibuk nak jalan sana sini beraya, pengantin dan keluarga terpaksa pulak sibuk-sibuk buat persiapan nak kawen kan. Gambar dalam keter yang bernama WAHYU, bau kedai pualk tu. Pagi Jumaat tu terus gerak ke Lekir, cari-cari port menarik dulu untuk buat s...

Homestay: Inap Desa Sungai Rokam, Ipoh, Perak - Pengalaman Suasana Kampung Di Tengah Bandaraya!

Image
Assalammualaikum!!  Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni tapi tak berkesempatan pulak. Atas permintaan keluarga (cewah macam penting sangat je aku ni) aku nak memperkenalkan sebuah rumah penginapan milik keluarga yang terletak di Ipoh! Sekarang ni, Homestay dah semakin menjadi pilihan tatkala bercuti bersama keluarga mahupun kengkawan kan? Bagi keluarga aku sendiri, kalau bercuti ke mana-mana dalam Malaysia atau menghadiri kenduri-kendara sanak-saudara kahwin pon akan memilih penginapan Homestay untuk bermalam. Sebab apa? Bagi aku ianya lebih besar dan boleh memuatkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan ianya serupa macam rumah! Ada dapur, ada bilik dan sebagainya. Sebab tu Homestay menjadi pilihan. Ok berbalik kepada omestay milik keluarga yang terletak di Ipoh ni, ia dinamakan Inap Desa Sungai Rokam . Sebenarnya, rekabentuk homestay / Inap Desa Sungai Rokam ni merupakan sebuah rumah lama, dan sebahagian besarnya merupakan rekabentuk asal rumah-rumah di Kampung Sunga...

Historical Perak: Kuala Kangsar (La Pulak?) The Royal Town

Image
Assalamualaikum!!! Selingan: Kalau rajin silalah VOTE blog aku kat sini ye kengkawan : Malaysia International Tourism Bloggers Conference & Award under category of Malaysia International Eco Tourism Blog!!! Thanks ya. XOXO  * * * [ Sambung dari SINI ] Sambungan kisah #Travelholicawesome ke bumi Perak. Dari Taping, kami (dua kereta: John, DanArif, Byya, Maszuber, Lily, MasMZ, Kak Coco and me ) bertolak ke Kuala Kangsar. Perut masing-masing dah berkeroncong, maklumla jam dah pukul 2 petang dan kami masih belum lunch! Hahaha luarbiasa sungguh, padahal dari semalam asyik makan, makan dan makan je kerja kiteorang! Selamat tinggai Tepen! Perjalanan dari Taiping ke Kuala Kangsar sekejap je, cuma satu exit daripada highway PLUS sebab kami keluar ikut Tol Changkat Jering . Sampai je kat Bandar Kuala Kangsar, terkejut jugak aku sebab dah banyak sangat perubahan. Yela sebab dah lama tak jejak kaki ke sana sejak 10 tahun dulu rasanya. Memang kagum la jug...

Projek Star Cruise - Libra : Kisah Penamat (Harun, Aloyah, Leman dan Datin Fe'ah)

Image
Assalamualaikum!!! Amacam, iklan sekejap dengan entry Otomen , sekarang baru mau sambung kisah cuti-cuti naik Cruise . Sambungan dari SINI AMARAN: Entry ini kaya dengan gambar syok sendiri dan ala-ala retis hahahaha . Bertabahlah. Ok, lepas keluar saje dari Pulau Pinang naik jambatan, kami pun terus menuju ke Taiping . Rancangan awal nak ke Kuala Gula, tengok burung, tapi bila pikir-pikir balik, hari dah petang, campur dengan sesat-sesat bagai sampai ke malam pulak. Jadi kami hanya singgah di Taman Tasik Taiping. Saja nak bawak retis-retis tengok Taman Tasik Taiping tu, sebab diorang tak pernah sampai.   Fuh memang lawa la taman ni, paling aku suka part dahan-dahan pokok yang mencecah ayor tu, klasik weh...tempat lain aku macam tak pernah nampak pulak ada pokok macam tu. Lagi satu, bandar Taiping ni pon sangatlah jarangnya aku singgah, seingat aku baru 3 kali kot aku datang Taiping hehehe. tetibe petang tu ramai pulak mat rempit buat onar. Ma...

Jom Pi Sekolah!

Image
Assalamualaikum!!! [Mood lemau...hari pertama bekerja ] Hari ni bukan main awal aku gerak ke opis, kengkononnya nak mengelak jem la. Selalu sangat merempit dengan mak-bapak yang nak mengantar anak ke sekolah. Tapi pelik pulak sebab jalan raya hari ni tak jem!!! *Motif? Rupanya esok baru sesi persekolahan 2012 bermula. Ceh..kalau aku tau, tak payah la nak tergesa-gesa siap pergi opis awal pagi. So, sebab tak sabara-sabar merempit dengan bebudak sekolah, hari ni nak buat tribute ke sekolah la. Agak-agak sape tau ni sekolah siapa? [Sila rujuk gambar]  Hahaha... Sekolah St. Michael, Ipoh antara yang tertua di Badaraya Ipoh. Tu dia, pelbagai gaya kak Coco... "Agaknya mana kelas budak tu ye"..dialog Kak Coco dan Bdk2. Eh yang belakang tu MasMZ baru nak join ngumpat. Sempat pulak bloger-bloger travelholic ni pi terjah Sekolah St. Michael, kat Ipoh hari tu. Motifnya? Rindu pada ICAM le tew. [Sape Icam? Hahahahaaaa ]. Ye la kan, sempena jom ke sekol...

::Bandaraya Bunga Kertas @ Bourgainvilla City::

Image
Bukan main rancak lagi aktiviti Balik Kampung minggu ni. Baru minggu lepas balik, minggu ni balik lagi! Semuanya gara-gara menghadiri macam-macam program yang kalau tak join akan di " banned " seumur hidup..wakakakakaa... Dah alang-alang balik, aku pon menghabiskan masa terluang bersama-teman sekampung merayau-rayau di sekitar Bandaraya Ipoh-ku yang terchenta. Ceh apa yang best sangat meraya-rayau tuh? Dah lama sebenarnya aku tak merayau-rayau di Ipoh...sesekali balik pun dok lepak kat rumah, tak keluar-keluar [mengalahkan anak dara!..hahah]. Tapi kali ni, since member aku yang dari Telok Anson [Dean] tu dah bagi signal , so aku pun berbesar hatilah mengikotnya...janji di jemput di depan pintu rumah ku syurga ku itu. Sebenarnya, plan minggu ni nak pergi picnic bersama member-member [ x-schoolmates aku] dan plan itu telah dirancang seminggu yang lau. TAPI...apabila seorang participant tergendala, tak jadi lah pulak program tuh lalu agenda terus di tukar kepada tajuk berik...