Assalammualaikum!!
Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni tapi tak berkesempatan pulak. Atas permintaan keluarga (cewah macam penting sangat je aku ni) aku nak memperkenalkan sebuah rumah penginapan milik keluarga yang terletak di Ipoh! Sekarang ni, Homestay dah semakin menjadi pilihan tatkala bercuti bersama keluarga mahupun kengkawan kan? Bagi keluarga aku sendiri, kalau bercuti ke mana-mana dalam Malaysia atau menghadiri kenduri-kendara sanak-saudara kahwin pon akan memilih penginapan Homestay untuk bermalam. Sebab apa?
Bagi aku ianya lebih besar dan boleh memuatkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan ianya serupa macam rumah! Ada dapur, ada bilik dan sebagainya. Sebab tu Homestay menjadi pilihan. Ok berbalik kepada omestay milik keluarga yang terletak di Ipoh ni, ia dinamakan Inap Desa Sungai Rokam. Sebenarnya, rekabentuk homestay / Inap Desa Sungai Rokam ni merupakan sebuah rumah lama, dan sebahagian besarnya merupakan rekabentuk asal rumah-rumah di Kampung Sungai Rokan, Ipoh. Bagi sesiapa yang tak tahu, Kampung Sungai Rokam ni terletak berhadapan dengan Medan Gopeng, Ipoh. (Rasanya ramai yang tahu Medan Gopeng ni kat mana).
Bagi sesiapa yang bercuti atau berpeluang melawat ke Ipoh, Perak, bolehlah mencuba untuk merasai pengalaman bermalam atau tinggal di Inap Desa Sungai Rokam. InsyaAllah layanan pemilik kepada Inap Desa Sungai Rokam ni sangat mesra dan memuaskan, gerenti puas hati!
Bagi sesiapa yang bercuti atau berpeluang melawat ke Ipoh, Perak, bolehlah mencuba untuk merasai pengalaman bermalam atau tinggal di Inap Desa Sungai Rokam. InsyaAllah layanan pemilik kepada Inap Desa Sungai Rokam ni sangat mesra dan memuaskan, gerenti puas hati!
Inap Desa Sungai Rokam terdiri daripada Sebuah rumah yang terbahagi kepada 3 bahagian! Ha yang ni la uniknya Inap Desa Sungai Rokam. Masih keliru? Jom aku terangkan satu persatu:
Bahagian Satu @ Rumah 1:
RUMAH 1 terdiri daripada rumah bahagian atas dan hadapan. menawarkan kepada anda 2 Bilik Tidur bersaiz katil 'Queen Bed' dengan kelengkapan cadar, selimut, bantal serta dikorasi bilik yang elegant untuk anda sekeluarga. Bilik dilengkapi dengan kipas, lampu dan di Bilik No.1 penghawa dingin disediakan.
Selain itu bilik-bilik dihubungkan dengan ruang tamu yang lengkap dengan Sofa, Meja Makan dan televisyen.
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan:
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan:
- Ruang Tamu / Ruang Makan
- Penghawa Dingin (Semua bilik)
- TV, Peti Ais, Microwave/Pinggan Mangkuk
- 3 Bilik , Katil Queen setiap satu bilik, Almari setiap bilik.
- Tandas & Bilik Air
RUMAH 2, menawarkan satu keunikan tersendiri kerana rumah tersebut berada dibawah paras tanah yang menawarkan satu kelainan penginapan. Terdapat 1 bilik tidur dengan konsep studio bersaiz 'Queen' ditawarkan. Ianya sejuk dan nyaman terutama diwaktu keterikan matahari diluar.
Mempunyai pecahan 3 ruang tamu dalam bahagian teratak ini.
Jika ada kekosongan dan keperluan, pelanggan Inap Desa Sungai Rokam
boleh menyewa RUMAH 1 dan RUMAH 2 sekaligus. Wujud akses masuk
yang menggabungkan keduanya.
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan:
- Ruang Tamu / Ruang Makan / Ruang Santai
- Kipas Angin, TV, Peti Ais, Microwave / Pinggan Mangkuk
- Bilik 1, Katil Queen
- Bilik 2, Katil Queen
- Tandas & Bilik Air
Harga ditawarkan:
Pilihan 1 (untuk RUMAH 2 sahaja) - RM 180 sehari
Pilihan 2 ( gabungan RUMAH 1 dan RUMAH 2) - RM 350 sehari (ada akses).
Bahagian 3 @ Rumah 3:
Pilihan 1 (untuk RUMAH 2 sahaja) - RM 180 sehari
Pilihan 2 ( gabungan RUMAH 1 dan RUMAH 2) - RM 350 sehari (ada akses).
Sila ketik pada gambar untuk maklumat lanjut. |
RUMAH 3 terletak dibahagian ketiga belakang rumah yang menawarkan 2 bilik tidur. Bilik tidur 4 dan Bilik Tidur 5 ini memberikan pilihan kepada dan untuk katil 'queen size' dan 2 katil 'single '. Sesuai untuk yang telah berkeluarga. Dihubungkan dengan rung tamu yang santai dan dapur. Bilik air juga ada di teratak ini.
RUMAH 3 diakses melalui pintu tepi rumah. Ruang dapur yang luas serta ruang tamu yang selesa terutama jika anda telah bekeluarga. Boleh disewa secara berasingan untuk bilik tidur yang ditawarkan. Bilik Tidur No.4 adalah amat besar untuk ruang solat dan boleh memuatkan tambahan tilam jika diperlukan.
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan:
- Ruang Tamu / Ruang Makan / Ruang Santai
- Penghawa dingin setiap bilik
- TV, Peti Ais, Microwave / Pingan Mangkuk
- 2 Bilik + plus (1 katil Queen, 3 katil single)
Hall ada katil double decker
JUMLAH KATIL - 4 katil
Tandas & Bilik Air
Harga ditawarkan: RM 200 sehari
Amacam? Teringin tak nak rasa duduk dalam suasana kampung di tengah Bandaraya Ipoh? Secara jujurnya, aku suka rekabentuk hiasan dalaman Inap Desa Sungai Rokam ni sebab ianya tergabung dari hiasan dalaman Malaysia dan barat walaupun diluar kelihatan seperti rumah kampung sahaja. InsyaAllah selesa dan puas hati. Kalau nak tahu, kesemua rekabentuk dalaman dan hiasan dalaman Inap desa Sungai Rokam ini adalah hasil kerja pemilik Inap desa ini sendiri iaitu Tuan Haji Zahari.
Harga ditawarkan: RM 200 sehari
Sila ketik pada gambar untuk maklumat lanjut. |
Bagi yang berminat, boleh menghubungi Tuan Haji Zahari sendiri di alamat berikut:
No. 26, Jalan Rokam,
Kampung Sungai Rokam,
31350 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.
No.Tel: En.Zahari (012-5276644) @ En. Baharuddin (016-5950574)
Atau Emel kepada : Inapdesa@gmail.com
Boleh juga lawati laman web Inap Desa Sungai Rokam di
http://inapdesa.wix.com/sungai-rokam
Boleh juga lawati laman web Inap Desa Sungai Rokam di
http://inapdesa.wix.com/sungai-rokam
Jom melawat Perak Yoep!!!!
WASSALAM.
WASSALAM.
Menarik..manalah tau satu hari tersesat plak ke sg rokam.. Agaknya kalau nk buat xtvt2 lasak kat gopeng tu, bleh la mengginap kat siniya?
ReplyDeleteFarikica:
ReplyDeleteHaah molek sangat tu. gopeng dengan sg rokam tu tak jauh mana pun, sekentut je jaraknya!!!
sekentut?
ReplyDeletemcm pernah dengar...
Kak Anash:
ReplyDeleteGitew