2013-05-06

Guilin (China): The Journey Begins (Part 1) - VISA And Wada Hostel, Guilin

Assalammualaikum!

Amacam semua? Ada yang balik kampung untuk mengundi? Saya sudah untuk pertama kalinya mengundi di kampung sendiri hehehe. Gigih tau turun je flight terus pecut kereta balik kampung! Tahniah kepada parti yang menang, jangan dilupa tanggungjawab besar amanah rakyat di bahu kalian. Yang kalah, teruskan melawan supaya ada rasa 'cuak' pada diri yang menang ye. Gitewww.

* * *

Ok, alhamdulillah trip selama lapan hari aku telah selamat berjalan dengan jayanya. Syukur aku dan kengkawan diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh pengembaraan kami. Untuk makluman juga, trip secara keseluruhan adalah bermula di Hong Kong kemudian turun ke Macau, Shenzen, Guilin, Nanning (China), Halong dan berakhir di Hanoi (Vietnam). Secara rasminya aku, Tansree Coco dan Dan Arif hanya join trip bermula dari Guilin sahaja manakala  MasMZ pula join trip dari Shenzen dan selebihnya John, MasZuber dan 2 orang adiknya yang bermula dari Hong Kong. Jumlah hari untuk total full trip adalah 2 minggu. (haish agak berbelit-belit pulak ayat aku).

Segala-galanya bermula sejak beberapa bulan yang lalu dalam tahun 2012. Macam-macam plan yang dibuat dan akhirnya terjadilah seperti yang telah terjadi. Aku tak join trip dua minggu tu sebab rasa macam mustahil je nak cuti sampai dua minggu dan meninggalkan beban kerja kat opis yang menimbun tu. Maklumla, aku ni kan gigih bekerja! China  merupakan salah satu negara yang aku teringin nak pergi, sebab sebelum ni aku tak pernah pon menjejakkan kaki ke China, begitu jugak dengan Vietnam.So bila dah ada peluang macam ni, aku tak boleh la nak lepaskan begitu aja, tak dapat semua, separuh pun jadilah kan. 

VISA Application

Firstly, nak masuk China kena buat VISA dulu. bayaran untuk VISA ke China (single entry sahaja yang dibenarkan buat masa ini dalam tempoh 30 hari sahaja) adalah RM 58 seorang / passport. Kalau nak tahu macamana nak apply VISA ke China, boleh rujuq blog Kakiberangan (aku malas nak taip entry pasal VISA). Untung juga, nak apply VISA tu boleh buat secara online dan minta wakil hantarkan passport dan dokumen yang sudah di print daripada online application tadi ke kedutaan China beserta dua keping gambar berukuran passport. Dalam hal ni, MasZuber jadi wakil kami untuk hantar dokumen tu semua ke Kedutaan Besar China. Alhamdulillah, passport boleh diambil semula selepas tempoh 4 hari bekerja.(sama je lebih kurang prosedur nak mohon VISA ke negara lain juga, seperti India dan Jepun).



Hari Pertama

Penerbangan ke Guilin menaiki AirAsia pada 27 April 2013 adalah pada jam 6.20 pagi. Memang awal gile, sampai kami bertiga (aku, Tansree Coco dan Dan Arif) terpaksa keluar seawal jam 3 pagi dari rumah. Mujur ada teksi yang sudi menjemput kami di Putrajaya Sentral pagi tu, sebab waktu-waktu macam tu memang ERL tak beroperasi lagi. Tambang teksi dari Putrajaya ke LCCT adalah RM 85 ringgit. Kalau ikut rate, harga lepas 12.00 tengah malam adalah lebih tinggi 30% daripada harga sebenar.

Kami tiba di LCCT lebih kurang jam 4.00 pagi, terus check-in beg dan masuk ke ruangan berlepas. Ngam-ngam je duduk dalam 15 minit kat departure hall tu, pengumuman untuk pelepasan dibuat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penumpang yang nak ke Guilin pon agak rama jugak, dan kebanyakannya adalah warga China dan ada jugak beberapa warga Malaysia yang nak pergi melancong mahupun balik kampung macam kami. 

Tepat jam 6.20 pagi pesawat AK1034 berlepas meninggalkan bumi Malaysia nan tercinta. Eksaited tu usah cakap la, dah siap gigil-gigil lagi tak sabar nak jumpe geng kat Guilin. Dalam flight tu terdengar la suara Fatt (Backpackerbusuk) yang rancak bersembang dengan Dan Arif (sebab diorang duduk selang dua seat dari tempat aku dan Tansree Coco) sepanjang perjalanan. Eh camana boleh ada Fatt pulak ni? Ye sepatutnya Fatt akan join trip rombongan Cik Kiah kami tapi beliau (cewah 'beliau' disitu) memutuskan untuk terus dengan kerjaya solonya menerjah bumi Guilin dan tempat-tempat rahsia yang telah dirancangnya. Ok takpe lah, janji saudari Fatt bahagia.

Nasib baik pergi waktu siang, so bolehla ambik gambo pemandangan di luar tingkap :)

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Guilin mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami tiba di Liangjiang International Airport, Guilin lebih kurang jam 10.30 pagi. Cuaca masa tu agak mendung tapi tak berarti hujan. Alhamdulillah juga kami tak perlu beratur panjang untuk pemeriksaan bagasi memandangkan pegawai Kastam di sana melepaskan kami keluar tanpa perlu diperiksa. (Ajaib jugak, mungkin sebab nampak kami ni bawak begpek je kot?).

Sawah padi di sekeliling Lianjiang International Airport.

Bas Ke Guilin City

Pelan seterusnya adalah menaiki bas ke Guilin City. Ha mana nak cari bas? Bas awam menuju ke Guilin City boleh didapati betul-betul di hadapan balai ketibaan (Domestik). Keluar je pintu, silalah menuju ke pintu keluar ketibaan domestik dan kat depan tu ada beberapa buah bas sedang menanti. Konsepnya, tunggu penuh baru jalan. Memula tu agak was-was la jugak dengan bas tu samada betul ke ke Guilin City atau tak, setelah bertanya sana-sani akhirnya memang kompom basnya di situ. So simpanlah beg-beg gedabak di dalam perut bas dan tunggu penumpang penuh. Lambat juga bas ni nak bergerak, lebih kurang 20 minit kami tunggu barula bas tu jalan. Dalam perjalanan akan ada sorang kondakter bas yang akan memungut duit tiket. So sila sediakan 20 Yuan (RM 10.00) untuk tambang bas tersebut. Murah je, tak mahal pon... bas pon agak selesa, cuma agak panas sikit sebab ekonnya slow. Cuaca pon takda la sejuk sangat, tak sampai gigil-gigil pon.

Keadaan di hadapat balai ketibaan domestik.
Inilah bas yang akan membawa kami ke Guilin City! Tambang 20 Yuan je.
Keadaan di dalam bas yang agak selesa.
Perjalanan dari Linjiang International Airport ke Guilin City mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas (lebih kurang macam jarak di antara KLIA dengan Bandaraya Kuala Lumpur la jaraknya kalau ikut highway). Sampai je di pinggir bandar Guilin, aku tengok macam lengang je keadaanya. Macam-macam spekulasi aku buat, mungkin diorang tak bangun tidur lagi la, dan sebagainya.

Oh ya, untuk makluman di China, cuti Hari Buruh adalah selama 3 hari bermula dari 29 April 2013 sehingga ke 1 Mei 2013. Jadi bila dah campur dengan sabtu dan ahad, maka mereka dapat cuti yang panjang yakni selama 5 hari! Oleh sebab itu, bila sampai je Guilin City, terus culture shock nampak ramai gile orang dan jalanraya yang berserabut! Bas yang kami naiki berhenti di sebuah hotel berhampiran dengan stesen keretapi Guilin (sebenarnya jauh jugak kalau nak menapak). Nama hotel tempat bas berhenti tu adalah Swan Hotel. Agak terpinga-pinga jugak kami masa mula-mula turun dari bas tu sebab, menurut kajian, katanya bas akan berhenti di hadapan train station, tapi yang ni dia berhenti kat tempat lain pulak.

Keadaan jalanraya di Guilin.
Tempat melintas pon siap ada bumbung!
Maka bermulalah episod mencari jalan yang lurus. Penginapan kami di Guilin adalah di Wada Hostel, salah satu hostel backpackers yang agak popular di Guilin. Tapi masalanya adalah, pada peta yang kami dah print tu tak ada tulis nombor telefon dan alamat hostel tu (serius keji). Apa lagi memasing cuak la, nasib baik la ada Tansree Coco dan Fatt yang cekap membaca peta. banyak kali la jugak putar-putar peta tu, sekejap ke timur sekejap ke barat dan akhirnya ikut kata hati je. Tengah merayau-rayau tu terjumpa 2 orang minah salleh yang berbackpack tak tahu menuju ke mana (mungkin ke stesen keretapi gamaknya). Bila ditanya diorang dari hostel mana, diorang cakap Wada Hostel! Fuh syukur alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan kami. Minah-minah salleh tu pon menunjukkan arah Wada Hostel yang katanya jalan kaki dalam 10 minit dah sampai, dari tempat kami berdiri tu. Apa lagi, memang tersenyum lebar le. Kami pon meneruskan perjalanan menuju ke Wada Hostel.

Tansree Coco bertungkus lumus membaca peta di dalam LP milik Fatt.
Ye, diorang memang gigih mencari arah sebab memasing terlupa nak print peta arah ke hostel. Aku? dok dendiam amik gambo je hehehe.
Memang betul, jalan kaki dalam 10 minit sampailah kami ke tempat yang dituju. Masuk je dalam hostel tu nampak John berkain pelikat tengah berurusan dengan penjaga kaunter hostel. Lega rasanya dah sampai ke tempat yang dituju! Selesai urusan check-in (masa ni Fatt dah pergi cari hostel lain sebab dia tak termasuk dalam booking awal), masuk bilik terus rendam megi sebab lapar yakmat!!!

Wada Hostel, Guilin

Wada Hostel merupakan salah sebuah hostel yang terkenal di Guilin di kalangan pelancong asing yang berbackpack ke Guilin. Harga sewa bagi dorm yang kami bayar adalah 32 Yuan / malam. Kami akan menginap di Guilin city hanya untuk satu malam sahaja. Keadaan hostel sangat kemas dan mempunyai pelbagai kemudahan antaranya wifi (sangat penting), ruang menonton tv, ruang bacaan, ruang permainan dan yang paling penting adalah staf-stafnya yang sangat baik hati dan sanggup menolong orang di kala kesusahan (ada kisah disebaliknya - nanti akan diceritakan di entry akan datang). Lokasi Wada Hostel adalah seperti berikut:-

Wada Hostel in Guilin 
瓦当青年旅舍 广西桂林市象山区环城西一路212号 
212 Huan Cheng Xi Yi Rd. Guilin, Guangxi, China 541002 
 Tel: +86 773 215 4888

Lokasi Wada Hostel. Kami menapak dari Swan Hotel. (ketik gambar untuk tumbesaran) - sumber Google
Akhirnya sampai jugak ke Wada Hostel.
Reception Counter di Wada Hostel.
Ruang melepak di area communal hostel.
Antara permainan yang boleh dimain ketika bosan.
Meja pool pon ada!
Dorm (Gambar dari John).
Ruangan bersantai-santai dan berparty!
Ni la tempat kami breakfast! makan roti dan sambal udang.
Bilik-bilik dan dorm.
Laluan ke arah kawasan bilik dan dorm
Papan kenyataan.
Ruangan rehat.
Yang paling penting, tempat ni bersih, kemas dan tak perlu kepada booking fees! Apa lagi yang korang nak? cukup la benda-benda tu ada dan kompom puas hati. Kat hostel ni jugak ada locker-locker yang dicat dengan corak bendera dari negara-negara traveler yang pernah menginap di situ termasuklah Malaysia! Siap boleh sain otograf lagi kat locker tu! heheh.Oh ya, satu lagi yang best mengenai Hostel ni adalah, kami boleh akses FACEBOOK di CHINA sebab ada wifi yang dah di hacks khas hehehe. :) (Nota: Kerajaan China menyekat laman sosial Facebook, Twitter dan Blog di China, nasib baik Instagram diorang tak block!).

Sain otograp dulu~
Ok nanti aku sambung lagi kisah di Guilin....

Bersambung....

WASSALAM

32 comments:

  1. weyyyy! betolkan harga naik bas tu. bukan 2000 yuan ler. tp 20 yuan je (rm10). kekeke

    gitewww gigih menaip tatkala bekerja!

    ReplyDelete
  2. John:

    Ops tersilap reger pulak hahaha.ok nak pi cari pemadam Pen kot2 la dakwatnya susah nak hilang.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah pantasnya... Bukan baru balik ke? kekeke..

    Danny mana danny ngelat nihhh.... tak dtg hopissss. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Gigil gigil rupanya pegi guilin heeee
    Ni yg x sabo nk baca versi janggel lak :0)

    ReplyDelete
  5. Di mana-mana di China ni orang sentiasa ramai. Jangan terkejut he he he.

    Menariknya trip ini. Febuari lepas saya nak ke Guilin naik keretapi dari Beijing, tapi malangnya tiket kehabisan. Jadi meloponglah saya. Brochure utk ke Wada Hostel ini saya ada ambil semasa saya stay di Shanghai tempoh hari. Rasanya siap ada alamat dalam tulisan China diberikan dan panduan utk menaiki bas ke tempat itu. Saya jelaous dah ni tengok kome gigil gigil di Guilin.... Grrrrrr.....

    ReplyDelete
  6. Memasing bawak beg depan belakang, lepas ke masuk cabin...

    ReplyDelete
  7. Saya pun terkejut nampak tambang 2000 Yuan je! Boleh naik kapal terbang pergi Australia dengan harga tue. Hahahaha.. Cantek betuk hostel nie. Sayang tak dapat join =(

    ReplyDelete
  8. motif guna nama Tansree Coco di sini???
    (Tepuk dahi lama-lama...)
    sangat 'detail' cerita yang telah digubah
    (terus tak reti nak komen camneh???)
    *muka berkerut tuh mmg tak boleh blah-mcm pandai baca peta tapi...*
    heheh

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak baca sampai abis! macam adventerous habis je misi korang kali nih hihi

    ReplyDelete
  10. DJ:

    Haah memang best kalau dapat travel dengan kengkawan yang kite suka! Heheh

    ReplyDelete
  11. Fidajacob;

    HahHahahaa tengah gigih tak da mood buat kerja katanya sebb tu pantas!

    Danny tu demam kepialu kot kat rumah sebab tu ponteng kerja!

    ReplyDelete
  12. Jarimanis:

    Tu la Gigil2 tau. Hehehe tunggu ye versi saya pulak. Tapi tak tau la bile nak habis kekeke.

    ReplyDelete
  13. Kak NA:

    Ye la kan, China memang ramai orang.

    Ha apa lagi Kak, silalah kunjungi guilin pulak! Best juga tau.
    Wada hostel tu memang terbaik la setakat ni.

    ReplyDelete
  14. Mie:

    Beg belakang tu semua drop in tempat lugej la. Memang tak lepas kot kalu nak bawak naik kabin.

    ReplyDelete
  15. dt:

    Tersalah tengok nota , tu yang sampai 2000 ¥uan tu. Hehehe. Hostel tu memang lawa.

    ReplyDelete
  16. Kak Tansree Datin Al-Coco:

    Gitew, malu la sangat kan, walhal suka!
    Detail.? Part manalah yg detail tu, rasa cam biasa je.

    Kekekekeke

    ReplyDelete
  17. Ceklala:

    Sabar ye.... tengah cari mood hehehe.

    ReplyDelete
  18. ramai org Malaya dah terjah Guilin sekarang. best2. :)

    terkejut baca harga tiket bas airport-guilin sampai 2000 yuan. 1 ribu tu.

    ReplyDelete
  19. PM:

    Haah makin ramai orang Malaysia pg Guilin. tapi masa kami pegi takde sorang pon yang terserempak. hehehe.

    Kesilapan tatabahasa tu,... bukan 2000 tapi 20 yuan.

    ReplyDelete
  20. orang lain semua kata pasal 2000 yuan .. tapi aku baca first time dulu biasa je sebab tak pernah sampai hahahaa..

    Best jugak tengok hostel tu.. guilin oh giulin.. bila aku nak sampai agak nyer.. huhuhuuuu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM:

      Hahaha betul juga tu, kalau x tau nng tak perasan jumlah duit tu hehhee.

      Insyaallah nanti ko sampai la situ guilin tu.

      Delete
  21. huwarkhhhhhhhh...... hadeiiii sungguh pantas menghapdet... nak kopipes je bley??? kikiki.....

    ReplyDelete
  22. amboi start dah entry overland trip hangpa!! jenuh aku nk baca sorang2..

    ada sign nama chawanna kt bendera malaysia tak? hehehe

    ReplyDelete
  23. Interesting route... boleh dicedok satu hari nanti nih... bila nampak visa kat atas tu teringat peristiwa berdarah visa china kami sekeluarga ... Tour operator mangkuk tu p buat single entry instead of double entry... habis kami kena byr double sebab nak tukar visa semula.:(
    Wah, bestnya boleh berFB di China... memang sesuatu yg mengagumkan krn boleh berFB di China...

    ReplyDelete
  24. Chawanna:

    Gitewwwww motif nak sain nama ko kat loker tu? Nama aku pon xda tau.

    ReplyDelete
  25. Farikica:

    Silalah cedok mna yg baik. Yg buruk2 xpyahla cedok ye.

    Peristiwa berdarah? Ngerinya.

    ReplyDelete
  26. weee.. Wada Hostel.. masih tertera namaku di situ (19.11.12)..thanks for sharing, looking forward to read more :D

    ReplyDelete
  27. Aerodspace:

    Ooo penah duduk sini jugak ye? Bagusla hihi.

    ReplyDelete
  28. Salam.bole beri itinerary penuh trip ini sebagai panduan sy
    sy dh beli tiket bercuti ke guilin .harap dpt membantu sy sepanjang d sana nanti.email sy zie_savvy@yahoo.com

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS