Guilin (China): Muslim Food + The Sun And Moon Pagoda (Part 3)
Assalammualaikum!!! Selamat Hari Guru! Terutama kepada guu-guru yang mengajar saya dari tadika sampai ke universiti! Terima kasih di atas ilmu yang kalian berikan!~ Cewah. (Serius ni). [ Sambungan daripada Episode 2: Reed Flute Cave, Guilin ] Setelah selesai melawat Reed Flute Cave yang menawan hati dan sangat berwarna-warni, kami menaiki bas semula untuk pulang ke Guilin City. Jam masa tu dah dekat pukul 5.30 petang dan keadaan cuaca sangatlah gloomy . Alhamdulillah keadaan jalanraya pulak takda la sesak sangat, tapi keadaan dalam bas yang sesak dek kerna ramai pulak penumpang yang nak ke bandar. Jadi perjalanan yang memakan masa lebih kurang 40 minit tu terasa sangat panjang. Dalam perjalanan, kami nampak ituuuuu~! Lokasi seterusnya adalah untuk memenuhkan perut yang kelaparan. Sewaktu perjalanan untuk ke Reed Flute Cave tadi, kami ternampak signboard restoran Muslim berhampiran dengan stesen bas Gulin. Jadi bile dah mula masuk bandar, kami masing-...