Sengaja aku memperingatkan diri sendiri bahawasanya aku berkelana untuk melihat kebesaran Allah dan berkongsi apa yang baik untuk teman-teman sekalian.
[ Sambungan daripada Episode 1: Guilin, China ]
Masih di Hari Pertama
Setelah mempersiapkan diri (apa yang patut) di
Wada Hostel, termasuklah makan mee segera dek kerana terlalu lapar (sebab jam dah dekat pukul 1 tengahari) maka kami berlapan (wah memang macam rombongan
Cik Kiah kan) memulakan perjalanan untuk menjelajah beberapa inci muka bumi
Guilin ni. kenapa aku cakap 'beberapa inci?" Sebabnya, kami tidak punya banyak masa di
Guilin, cuma satu hari setengah sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya (simpan untuk
entry akan datang). Masa tu tetibe pulak hujan lebat turun! Alamak macamana nak berjalan macam ni, terpaksa la pulak bawak payung dan pinjam payong dengan orang hostel.
|
Jom layan gambar RETIS dulu...#Ops! |
Kami keluar berjalan kaki daripada
Wada Hostel menuju ke stesen keretapi
Guilin. tujuan utama adalah untuk membeli tiket keretapi ke
Nanning pada hari lusa (29 Mei 2013). Risau jugak takut-takut tiket habis memandangkan semua warga
China tengah bercuti sakan sekarang ni. Jadi kami tawakal je la terjah stesen keretapi untuk mendapatkan tiket. Perjalanan menuju ke stesen keretapi
Guilin tak susah, ikut je laluan pejalan kaki (seperti dalam peta di bawah) dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 init la mengikut kaedah cara korang berjalan, kalau jalan macam nak terberak cari
toilet, mungkin lagi cepat sampainya. Tapi kami jalan lenggang kangkong je
so sebab tu mencecah 15 ke 20 minit untuk sampai ke stesen keretapi
Guilin. Ditambah pulak dengan keadaan jalan raya yang serabut, nak melintas pon kena mengucap dulu sebab takut jadi arwah.
|
Locker Malaysia di sana! |
|
Rujuk peta ni untuk ke Stesen Keretapi Guilin. |
Stesen keretapi
Guilin memang besar dan agak moden kalau dilihat dari luar. Masa sampai je kat stesen keretapi tu, kami tengok ramai giler orang tengah beratur kat kaunter. Yang pastinya, semua maklumat yang dipaparkan di papan keyataan tu adalah dalam tulisan
Cina, tiada sepatah pon tulisan
jawi bebahasa
inggeris. Memang dah macam ayam dengan itik berbicara la kami kat situ. Setelah bertanya kat
information counter dan dah tahu nak naik keretapi yang mana untuk ke
Nanning, maka kami semua pon berator la kat deretan kaunter yang banyak tu.
|
Eh sapa ni? Silap orang. |
|
Ok baru betul, Dan Arif tengah tanya kat makcik tiket, train mana nak kena naik untuk ke Nanning. |
|
Ok masalah...masalah... mana satu kaunter nak beli tiket ni? |
|
Buat kire-kire dulu sebelum tunjuk kat makcik penjaga kaunter tiket. |
Reed Flute Cave
Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan tiket ke Nanning walaupun
normal seat di
deck kelas ketiga. Masa tu gembira la sangat sebab perjalanan dipermudahkan oleh
Allah, (sebab belum ada drama yang pelik-pelik berlaku lagi kat aku). Setelah selesai urusan membeli tiket, kami menaiki bas untuk ke
Reed Flute Cave. Ha dengar nama pon dah
tempting kan! Lokasi
Reed Flute Cave ni agak jauh ke pinggir bandar, untuk ke sana kami menaiki local bus (Bas no 2 :
Guilin Railway Station - Nan Menqiao Bridge - The Elephant Trunk Hill - Fubo Hill - The Reed Flute Cave ). Semua tu adalah lokasi tarikan pelancong atau
tourist hotspots. (Ye memang tujuan aku nak cari
tourist hotspot, bukan nak cari kelainan ketika mengembara). Nak tunggu bas ni, kami ke seberang jalan utama di hadapan stesen keretapi
Guilin dan tunggu bas
No. 2 kat situ. Sementara menunggu tu ada juga individu-individu yang akan cuba panggil kita untuk gunakan perkhidmatan bas mini diorang, kebiasaannya harganya agak mahal berbanding menaiki bas biasa.
So kalau nak jimat, sila naik bas biasa je. Harga tambang bas biasa (
normal bas) untuk ke
Reed Flute Cave adalah
1 Yuan /seorang sahaja (lebih kurang RM 0.50 sen).
|
Naik normal bus je..tambang pun murah 1 Yuan. |
|
Boleh tengok macam-macam ragam orang tempatan juga! |
Lebih kurang macam ni la keadaan bas nak ke Reed Flute Cave tu.. sama je macam kat Malaysia. (klik kat tanda rotation tu kalau gambar senget)
Hahaha kelako pulak tengok video kat atas ni, sempat la jugak aku rakam-rakam video kan.. saje je untuk dikongsi bersama pembaca katanya! Ok perjalanan nak ke
Reed Flute Cave ni lama jugak, lebih kurang 30-40 minit jugak la bergantung kepada keadaan jalanraya. Kalau jem, makanya lagi lambat la kot. Memandangkan masa kami pergi ni pon dah petang dalam pukul 2.30 pm macam tu, dan hujan renyai-renyai pulak tu, maka keadaan jalan agak sesak juga la.
Kami tiba di
area Reed Flute Cave dalam pukul 3 macam tu,
alhamdulillah hujam pon dah berhenti. Tapi macam biasa la, cuaca agak mendung dan
gloomy je. Nak bergambar pon hilang mood jugak la. Tapi terpaksa jugak amik gambar untuk kenang-kenangan kan. Kat situ ada sebuah tasik yang agak besar yang dikelilingi bukit. Ada jugak la orang berperahu kat tengah-tengah tasik tu, kengkononnya ambik angin la. Mungkin pasangan bercinta?
|
Sign board ke Reed Flute Cave |
|
Ada tasik beso kat situ juge... |
|
Mendayung rakit di tengah tasik. |
Kat kaki-kaki lima jalan tu memang ramai peniaga jalanan yang menjual pelbagai jenis barang dari makanan sampaila ke
souvenir pelbagai jenis. Poskad, buku informasi pon ada dijual dan harganya agak murah berbanding di kedai-kedai. Yang penting kena pandai tawar menawar. Rata-rata peniaga kat tepi jalan ni kebanyakanya warga emas...kesian jugak tengok diorang ni, mencari rezeki. kalau hujan, kompom kurang rezeki diorang.
|
Peniaga-peniaga kaki lima. |
|
Jom mula mendaki! |
|
Di kawasan berhampiran. |
Kami meneruskan perjalanan mendaki ke
entrance Reed Flute Cave, yang terletak lebih kurang 400 meter dari jalan besar. nak mendaki tangga ni pulak satu hal, boleh semput jugak la kalau tak cukup stamina. Sampai di kaunter tiket, kami tengok ramainya manusia rakyat
Korea rasanya satu rombongan dah kelam kabut beratur nak masuk ke dalam gua. Biarlah diorang lepas dulu sebab malas nak berebut-rebut dengan diorang kekdahnya.
|
Panjat jangan tak panjat! |
|
Hamboi cepat sungguh diorang jalan kat depan tu. |
Kami beli tiket di kaunter tiket dengan harga
90 Yuan / seorang (RM 45). Mahal jugak weh! Aku rasa harga untuk orang
local entah berapa sen aja gamaknya. Tapi sebab dah sampai dan nak tau apa yang ada kat dalam tu maka kami beli je la tiket tu.
|
Kaunter tiket. |
|
Kawasan pintu masuk ke dalam Reed Flute Cave. |
|
Bincang-bincang nak masuk ke tak dalam gua tu lepas tengok reger tiket hahahaha. |
NOTA: The Reed Flute Cave (Chinese: 芦笛岩; pinyin: Lúdí Yán) is a landmark and tourist attraction in Guilin, Guangxi, China.[1] It is a natural limestone cave with multicolored lighting and has been one of Guilin’s most interesting attractions for over 1200 years. It is over 180 million years old. The cave got its name from the type of reed growing outside, which can be made into melodious flutes. Reed Flute Cave is filled with a large number of stalactites, stalagmites and rock formations in weird and wonderful shapes. Inside, there are more than 70 inscriptions written in ink, which can be dated back as far as 792 AD in the Tang Dynasty. These aged inscriptions tell us that it has been an attraction in Guilin since ancient times.It was rediscovered in the 1940s by a group of refugees fleeing the Japanese troops.- sumber Google
Maka setelah dapat tiket, kami pon memulakan penjelajahan di dalam gua yang penuh warna-warni!
Subhanallah memang kagum steramat sangat bile masuk dalam gua ni. Sebelum ni aku memang tak pernah masuk gua yang cantik dan penuh dengan
stalaktit dan stalakmit yang sangat unik bentuknya! Ada yang berbentuk naga, bentuk cendawan, berbentuk sayur-sayuran malah yang berbentuk 'anu' pon ada juga! Memang kagum dan menakjubkan kejadian ciptaan
Allah.
|
Inilah tiket nya! |
|
Masuk-masuk terus kagum! |
|
Nampak tak stalakmit bentuk naga? |
Dalam gua tu agak tersusun dan kemas dengan penambahbaikan terhadap laluan berbatu yang tersusun rapi serta pencahayaan yang menaikkan seri keadaan perhiasan di dalam gua yang besar tu. Kalau nak ikutkan kata
Tansree Coco, luas dalam gua ni lebih luas dari keluasan
Gua Niah? Betul ke? Aku tak pernah sampai
Gua Niah so tak dapat nak membandingkan. Tapi sumpah, ini adalah antara gua yang tercantik yang pernah aku tengok. Kalaulah
Gua Tempurung tu boleh sampai tahap pengurusan macam ni kan bagus? Mungkin boleh difikirkan oleh
MOTour.
|
Keindahan gua. |
|
macam-macam bentuk ada! |
Lama jugak kami duduk dalam gua tu. Maklumla masing-masing menghayati keindahan alam sambil ketik-ketik kemera katanya. Dan yang paling aku suka adalah persembahan
Light and Sound di tengah-tengah ruangan paling besar dalam gua ni. Setiap sudut bercahaya mengikut alunan muzik dan
last skali ada lampu-lampu menyala di lantai gua! Tak sangka betul ada lampu kat lantai gua. Masa lampu-lampu tu menyala aku tetibe kagum gila sampai rasa macam nak menangis! Memang berbaloi la harga masuknya pun mahal! Cuba tengok
video kat bawah ni aku ada
record sikit persembahan
light and sound tu.
Sedikit sedutan dari persembahan Light And Sound di dalam Reed Flute Cave
Dekat dua jam jugak kami menghabiskan masa di dalam
Reed Flute Cave ni. Sebenarnya ada perkhidmatan pemandu pelancong disediakan, tapi kena bayar lebih...
so kami pepaham sendiri je la baca
signboard dan info yang minimal kat dalam gua tu.
Kami keluar dari gua selepas dua jam dan sempat jugak la singgah kat kedai yang menjual cenderamata. Memang
strategi diorang gamaknya, keluar je pintu gua terus masuk kedai. Belek punya belek memang jumpa
Fridge Magnet (FM) yang memikat hati! Kristal pulak tu! terpaksa beli untuk diri sendir walaupun harganya mahal setelah puas mintak kurang yakni
20 Yuan sekeping (RM 10)... aku beli satu je la untuk diri sendiri.
|
Kedai cenderamata. |
|
Macam-macam ada! |
Jalan kedepan sikit ada pulak makcik-makcik jual cenderamata lagi kat tepi-tepi jalan, dan jumpa jugak FM yang murah yakni
5 Yuan sekeping! Tu dah kira murah dan boleh tahan cantik juga FM nya. Apa lagi borong la sampai lapan keping. Ye beli lapan je untuk teman-teman rapat.
|
Gadis penjual cili. |
Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke
Bandar Guilin. Kena menapak semula ke kawasan di mana bas menurunkan kami tadi. Masa tu tengok ramai giler orang tengah menunggu bas. Konsep kat
China ni, nak naik bas ke, nak naik keretapi ke memang tak payah beratur, ko terjah je la rempuh dan rentas sampai dapat naik bas tu, tak kire la dengan orang muda ke , dengan orang tua ke,
you have too or else ko tertinggal bas la jawabnya! Kesian....
|
Tunggu bas untuk balik ke Guilin City. |
|
Meneruskan perjalanan. |
So ke mana pulak destinasi seterusnya untuk hari pertama? Kaki dah lenguh-leguh ni dan badan dah penat tahap cipan ditambah lapar pulak tu? Nanti aku sambung di
entry akan datang la...penat!
Bersambung....
WASSALAM.
HOITTTTTTTTT!!!!
ReplyDeleteakak bukan retis!!!
siap la...
(gigil nih nak komen banyak2..)
Menarik! Best!
ReplyDeleteSaya teringin nak pergi Elephant Trunk tu...tapi belum kesampaian :(
Purse dalam gambar di atas tu, sebijik macam yg saya beli di Beijing.
Di Beijing pun orang bila naik keretapi suka berebut, kesian pada orang tua-tua.
untungla ade keek! heyy keekerrs!
ReplyDeleteHamboiii john dh mcm model dlm majalah pandai janggel ambik gambor heeee
ReplyDeleteKak anash poding so sweet :-)
Rupanya RFC ni byk kat guilin coz ri tu jm pegi tiket warna merah dah lampu kt batu dlm tu pun warna merah spt kt tiket
janggel,...
ReplyDeleteok nih akak nak komen...
apa hal plak nak kagum sampai nak nanges bila nengok light n sound dia??
tapi tak nafikan...mmg cantik...(hehe)
tuh akak tak pasti betul ke tak gua nih lebih besar dr gua niah...karang salah fakta...ajaran sesat plak akak bagi?
(terus pekup mulut dgn stepler)
jm, akak sweet ker buat poding gitu???-akak rasa nak lempang diri sendiri...hehe
(poding? pond tau la..-vocab engglish akak memang lemah..haha)
nah hambek nih komen akak yg berjela nih!!! sila like..eh..eh
Adakah entry ini bertujuan utk berlawan dengan entry tansree yg berjela tu? kekekekke..
ReplyDeleteMuka Dan arif masa agih tiket tu dah macam pengawas sekolah..untung la maszuber hehehehe
Cantikla cave ni..tak sia2 kome pegi Guilin berombangan bagai..
Chawanna:
DeleteGitew, haish x mampu la nak melawan popularity Tansree Coco yang ramai peminat tu.
Haah muka dan arif mmg macam pengawas sekolah kan kekekkee
Haah cave tu lawooooooo
Kak anah
ReplyDeleteHahaha camna leh kuar poding kt c ni hahaha cer tukar ke bahasa melayu jd ape hihihi ni lah gara tulis cepat2 guna tab habis salah tatabahasa
Rain, mana gambo kamuuuu :-)
JM:
DeleteGambarku juga tidak penting tante. Gambar tansree dan kawan2 lagi penting.
Kak Anash:
ReplyDeleteUntungla muka terpampang di media sosial!!! Retis sosialite sangat!
Ye memang saya kagum drngan gua tu sampai nak nanges! Ngertik?
Tak kire, akak yg cakap macam tu, saya terus quote.
Kbai.
Kak NA:
ReplyDeleteinsyaAllah nanti sampai la akak ke sana. Saya x beli pon purse tu, tapi saya ada beli handbag lawa untuk mak saya! Hehehehe.
Agaknya mmg budaya dah macam tu kan suka rebut2.
Henry:
ReplyDeleteMotif anda nak ber Hey Keekers kat sini? Hahahahah
ramai orang complain stesen keretapi ni takde tulisan roman, diorang takde initiatif ke nak bantu tourist? nak marah lah ni...dah banyak complain sangat ni...
ReplyDeleteOrga:
DeleteHaah kan ramai org komplain. Tapi apa depa kesah, rakyat diorang lagi ramai kot .