2013-05-21

Yangshuo (China): Yulong River Water Rafting (Part 4)

Assalammualaikum!!!

Dua tiga hari ni tak berapa nak sihat sebab mungkin dengan keadaan cuaca yang panas dan tak menentu ni menyebabkan imunisasi badan pon lemah... so jagalah kesihatan dan perbanyakkan minum air masak yer. 


Lepas dah berehat semalaman akibat keletihan berjalan kaki merata ceruk, maka keesokkan pagi nya kami kena bangun awal sebab nak pergi cari tiket bas untuk ke satu lagi destinasi iaitu Yangshuo. Wilayah Yangshuo ni terletak lebih kurang 1jam 30 minit perjalanan tertakluk kepada keadaan jalanraya ketika itu. Yangshuo terletak di sebelah selatan Guilin dan kedudukannya sedikit berhampiran dengan laut.


Kami menaiki bas dari Wada hostel ke stesen bas Guilin. Sepanjang perjalanan dapat dilihat penjaja kaki lima yang menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan, sayur-sayuran sampailah ke pakaian dalam pon ada dijual di kaki lima. Sampai je di stesen bas Guilin, kami terus beli tiket di kauter tiket. Harga tiket dari Guilin ke Yangshuo adalah 22 Yuan (RM 11.00). Keadaan di stesen bas Guilin memang sentiasa sesak la.

Beratur dulu beli tiket bas berharga 22 Yuan.
Kena scan dulu beg sebelum masuk ke ruangan menunggu di Stesen Bas Guilin.
Sementara menunggu waktu berlepas yakni lebih kurang jam 11.40 pagi (kes dah terlambat beli tiket), kami duduk melepak dulu pergi cari bank sebab ada yang dah hampir muflis dek kerna terlalu asyik shopping di Shenzen. Siap beranak-ranak pulak beg diorang tu! Keadaan masa tu pulak hujan renyai-renyai, nasib baik tak lebat. Ye memang sepanjang aku berada di bumi China ni, kalau tak panas, hujan, lepas tu langit pon gloomy je, tiada langsung tanda-tanda langit nak membiru. Pasrah je la ambik gambar dalam keadaan mendung.

Ruangan menunggu di Stesen Bas Guilin.
Pokok apa tah ni, tengah-tengah stesen bas Guilin.
Bila semua dah selesai (amik duit, tukar baju mengikut tema warna dan sebagainya) kami pon pergi semula ke stesen bas Guilin untuk check-in. Wah check-in katanya! Hahaha ye la sebab nak kena scan bag bagai sebelum masuk ke ruangan menunggu. Dah siap check-in maka kami pun tunggu lah bas yang akan membawa kami ke Yangshuo. Dikhabarkan yang bas kami akan lewat tiba disebabkan kesesakan lalulintas? (Gamaknya aku agak je). So terpaksa la melepak lama kat stesen bas Guilin ni. Sebenarnya susah jugak nak tau mana satu bas yang akan kami naiki, nak tanya kat orang pon, ibarat bercakap di atara ayam dengan itik. So main tunjuk-tunjuk tiket je la.

Banyak bas kat sini tapi belum tau bas mana yang akan kami naiki.
Mamat Mat Salleh ni dari Chile, dia pon nak ke Yangshuo jugak.
Beberapa minit menunggu akhirnya bas yang akan kami naiki pon sampai la. Selesa jugak la bas nya, takde la seperti menaiki bas lompat-lompat, dah nama pon bas express kan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah sebelum kami tiba di Bandar Yangshuo. Sepanjang perjalanan kami dah nampak bukit-bukit tersusun berlapis-lapis, cantik yakmats! Tak sabar pulak rasanya nak berlari-lari kat celah-celah bukit tu! Hahahhahaa.


Bandar Yangshuo bagi aku agak tenang sedikit berbanding Guilin. Orang-orangnya pon tak terlalu gelabah dan banyak pelancong asing yang datang ke Yangshuo.Mungkin sebab tarikan utamanya adalah pemandangan bukit-bukai yang indah tu. Sekali pandang nampak macam kat Bandaraya Ipoh pon ada jugak, sebab bukit-bukit batu kapur yang tersusun mengelilingi bandar Yangshuo tu. First thing yang kami buat sebaik saja turun dari bas adalah cari kedai makan muslim! Maklumla masa tu dah hampir pukul 3 petang, perut pulak dah bergendang cina bagai minta di isi, maka perlulah mengisi perut dulu. Menurut kajian John dan Dan Arif (diorang ni je yang rajin buat research), terdapat sebuah kedai makanan halal berhampiran dengan stesen bas Yangshuo, hanya keluar dari stesen bas dan nampak la kedai makanan muslim di seberang jalan, kalau tak silap signboard bewarna biru. Senang je nak cari. Tapi memandangkan kami terkeluar ikut pintu stesen bas yang lain, maka agak berbelit-belit jugak la nak mencari kedai tu. Puas jugak berpecah cari kedai siap tanya kat travel company, diorang pon tak tahu. Haish nama je travel company kan... Lastly nampak jugak la kedai makanan muslim tu, memang betul-betul bertentangan dengan pintu stesen bas yang lagi satu. So pepandai la cari ye.

Dah jumpe dah kedai muslim kat depan stesen bas Yangshuo.
Macam biasa, konsep kedai makanan muslim kat Yangshuo ni lebih kurang sama je macam kat Guilin yang kami pergi haritu. Makanannya pon lebih kurang sama jugak. So main tunjuk-tunjuk je la, makan apa yang ada untuk mengisi perut. Alhamdulillah jugak masa ni tak hujun dan langit kelihatan cerah.

Menu yang besar gedabak di dinding kedai.
Ni lah jejaka-jejaka tukang masak kami.
Teknik membuat mee tarik Yangshuo.
Nasi Goreng
Mee tarik dan daging.
Mee tarik sup.



Lepas habis makan, kami menalifon hotel yang telah dibooking sehari sebelum kami ke Yangshuo. Nama hotel tu Bamboo House Hotel. Menurut pekerja hotel tu, dia akan jemput kami untuk ke hotel. Maka kami pon ramai-ramai la tunggu kat stesen bas, senang je kot nak cam kami sebab semua pakai baju kaler merah! Maklumle nak photoshoot Pre-Wedding katanya hahaha! Tunggu-punya tunggu tak nampak jugak bayang orang yang nak menjemput kami. Tengok-tengok la jugak kalao-kalau ada van kosong yang tunggu tepi jalan tapi takde.


Last sekali Dan Arif panggil kami semua, katanya ada minah ni dah datang jemput kami. Haaaaaa minah tu naik basikal je ok! Ingatkan ada orang nak datang jemput naik van hahahha lawak sungguh. Kata minah tu (agak fasih berbahasa inggeris) kedudukan hotel tu tak jauh, cuma jalan kami sepuluh minit. Lega kami dengar, tapiiiiiii bila dah jalan dekat 15 minit tak sampai-sampai jugak! Jauh juga sebenarnya. Lokasi hotel ni terletak di celah-celah bangunan dan yang paling penting ia berdekatan dengan West Street yang popular tu. Apa ada kat West Street nanti aku ceritakan kemudian.


Dah sampai hotel maka urusan check-in pon dibuat, kami juga bertanya tentang pakej -pakej yang ada kat situ seperti melawat Li River Cruise, Yulong River Water Rafting, tengok show Impression dan banyak lagi. Memandangkan kami tak banyak masa di Yangshuo, dan hari pon dah petang, maka kami hanya memilih untuk ke Yulong River Water Rafting dan tengok Water Show Impression saja malam tu. Harga tiket untuk water rafting adalah 90 Yuan (RM 45) dan harga tiket untuk Show Impression ni agak mahal jugak la yakni 180 Yuan / person (RM 90.00) tapi yakinlah bahawa show ni sangat menarik! Pasrah je la bayar 90 ringgit sebab nak tengok show air ni. Bile lagi nak tengok kan, alang-alang dah sampai. So lepas dah siap tinggalkan barang semua di hotel, kami menaiki van untuk ke Yulong River. Eksaited jugak la sebab nak naik rakit hehehe. Sebelum ni tak pernah pon naik rakit okay!

Bilik kami di Bamboo House Hotel.
Dari bilik ni boleh nampak Li River yang tak de aktiviti setakat ni.
Yulong River Water Rafting, Yangshuo.

Sebenarnya plan asal kami nak ke Li River water Cruise tapi Li River Cruise ni ditutup kepada umum masa tu aklibat berlaku kejadian kenaikan paras air sungai yang mendadak dan terdapat seorang pelancong mati lemas di situ. Maka kempunan jugak la nak merasa Li River Cruise. Tapi takpe la, kami cuba yang lain yakni Yulong River. 

Perjalanan menaiki van mengambil masa lebih kurang 20-30 minit jugak la menuju ke pinggir sungari Yulong tu. Dah sampai situ, pemandu van berpesan supaya kami ingat muka dia dan nombor van tu sebab masa balik nanti akan naik van yang sama. Ok tak susah tu, snap je gambar kompom dapat cari nanti. 

Di tebing-tebing sungai kelihatan ramai sangat orang dan berderet-deret rakit tersusun menanti dinaiki. Setelah kami diberi tiket oleh pemandu van, kami diarahkan untuk naik ke rakit-rakit yang telah tersedia. Maka aku dan John naik la kat rakit yang dipandu oleh sorang mamat ni. Teruk sungguh mamat ni, dah la tak paham bahasa inggeris, lepas tu bawak rakit tu bukan main laju! Siap memotong-motong rakit lain pulak tu, jauh kami menuju kedepan meninggalkan diorang-diorang kat belakang tu. Jenuh jugak kami suruh dia bawak slow, dan tunggu kawan-kawan yang lain, tapi slownya sekejap je, lepas tu laju balik dia mengayuh rakit tu. Haish geram sungguh.

Peniaga di kaki lima sungai.
Rakit-rakit yang dah tersedia
Sepanjang perjalanan di Yulong River ni, akan ada 5 kawasan jeram yang kita kena lalu. Dan setiap jeram tu akan ada standby orang amik gambar dan akan siap di print dan jual kepada penumpang! Siap ada check-point untuk berhenti dan print gambar di tengah-tengah sungai tu. Mushykil jugak aku tengok sungai Yulong ni, rasanya dasar sungai ni adalah simen dan jeram-jeram tu semua adalah jeram buatan. Adakah sungai ni telah direnovate jadi sungai buatan?? Wallahualam. Tak pulak aku kaji benda-benda tu.


Sepanjang perjalanan memang menarik sungguh pemandangannya. Tak dinafikan pemandangan di Yulong River memang menarik, dapat lihat landskap gunung-ganang dan hutan disekeliling kami, sambil-sambil tu sempat jugak la buat bisness pre-wed punya photoshoot kan! Hahahaha.

Ni adik MasZuber dan Kawan MasZuber
Ops Tansree Coco menjelma lagi!
Ramai jugak pengungjung petang ni.

Ada juga gerai-gerai makanan terapung di tengah-tengah sungai, ada strategi jugak diorang ni, diorang akan berhentikan rakit kita di salah sebuah restoran terapung dan katanya letih nak minum air, siap suruh kami bayarkan lagi harga minuman pendayung rakit tu! Saja je kan nak pau! terpaksa jugak la bayarkan harga minuman diorang tu, masa tu kami bayar 10 Yuan kot, untuk satu tin air minuman, memula tu diorang mintak 20 Yuan, tapi silap orang la nak cekik darah, kami ni kan kedekut hahaha takkan la setin air sampai RM 10 kan! 

Tudia Tansree Coco dan masMZ Kaki Jalan!
Pemandangan sekitar sungai Yulong.
Rumah terapung tempat ambik gambar.
Kami jugak sempat la beli gambar yang dah dicetak tu, tapi beli satu je la sebab tak larat la aku nak beli gambar yang sama je setiap jeram, terpaksa pulak buat aksi berbeda-beda kan. Harga sekeping gambar yang dah dicetak dan dilaminate adalah 20 Yuan (RM 10). Aku rasa gambar-gambar yang kiteorang ambik lagi cantik kot? Tapi untuk kenang-kenangan beli je la sekeping dua. Lepas tu nanti balik scan pastu emel kat semua kannnn... hehehe.

Ops pasangan bahagia katanya!
berapa ramai gamaknya sehari orang berakit kat sini.
Macam-macam gaya, pesen pon ada.
Gigih makcik ni weh!
Upacara mendayung rakit berlangsung agak lama, lebih kurang sejalm setengah jugak la duduk atas rakit tu. Tapi seronok sebab dapat tengok pemandangan cantik dan dapat mengumpat pendayung-pendayung rakit tu depan-depan sebab diorang tak paham bahasa Malaysia kan... Ada jugak aku terdengar diorang bersembang sesama sendiri (antara pendayung rakit la) diorang sebut Malaysia, lepas tu sebut money-money-money! Huh??? Adakah dia sebut orang Malaysia kaya raya??? Aku rasa betul kot diorang sembang macam tu. Kaya la sangat kan!!! padahal.....

Tak dapat buat kat Li River, buat kat Yulong River pon jadilah...

Ok setelah sampai di hujung sungai, kami pun turun dan mencari semula van yang kami naiki tadi. Memang ada van tu dah siap tunggu kat hujung check-poin. Sebenarnya ada dua cara nak ke Yulong River ni samada menaiki basikal atau van. Tapi bila dah tengok jarak dan keadaan jalanraya kat situ, bersyukur sangat sebab kami memilih untuk naik van, kalau tak tak tau le sempat naik rakit ke tak hehehhee.

Ni la driver rakit kami.
Ok lah, nanti aku sambung cerita selanjutnya. Penat dah menaip panjang-panjang ni.

Bersambung....

WASSALAM.

18 comments:

  1. gitewww... penat menaip katanya! teringat driver rakit yg tak faham bahasa tuh! haishhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Henry fox;

      Gigih katanya! Hahaha mmg sengal.

      Delete
  2. mak aih..cam cuak je nak naik rakit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurizyan:

      Tak payah cuak, selesa je naik rakit tu.

      Delete
  3. Hamboii kak anashhhh gumbira je siap peace lg x takut jatuh rakit kewwww

    Kat mana water rafting tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM:

      Ala kak Anash tu drama je lebih tu hahahhaha.

      La kan dah tulis kat atas tu kat Yulong River.

      Delete
  4. best nye dapat naik water rafting ni =))

    ReplyDelete
  5. alo..ayat "...kami tak memilih untuk naik van, kalau tak ..." sila tukar...mislead karang..heheh
    (tau le demam)

    motif tepek gambo akak tunjuk peace-mcm-kekanak-riang itu?
    (letak lengan di dahi lebih lama )

    kata malas nak updet blog?
    abis? nih hape???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Gitew sempat lagi jadi auditor! Hahha ok dah betolkan.

      Saje nak letak gambo tansree koko buat peace! Alamak lupa nak letak gambo tansree lawat kawasan!!!! Jap nak tepek.

      Ni entry malas ok.

      Delete
  6. huhuuuu.. rafting di sungai yg deras tidak menakutkan.. tapi rakit ni sepapan macam tu jer.. takot den hahaa..

    tapi tgk korang semua selamat.. aku pun boleh la try hahha:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. TTB:

      Sebenarnya x rasa takut pun naik rakit tu tambahan pulak subgai tu tak dalam sangat sebab nampak dasarnya. Insyaallah x da pape kalau naik rakit tu dan buluh tu nampak je sekeping tapi mmg kuat.

      Hehehh

      Delete
  7. tak tahan aku gelak, jemput pergi hotel dengan beskal, ahaha...tapi okaylah jugak kan, dari tak jemput langsung...seronok sungguh naik raft tu, semua happy jer...

    ReplyDelete
  8. hahaha minah hotel tu memang x bleh blah.. confident jer dtg pickup naik basikal.. mati2 aku igt dia dtg naik van.. jawabnya menapak la lagi 10 minit bersama beg2 berat..

    ReplyDelete
  9. Standard kan menu dia orang. Tapi memang menyenangkan pelanggan untuk order makanan...

    ReplyDelete
  10. Orga:

    Kannn, jemput naik basikal tu yg lawak tu, memberi harapan palesu sangat kekeek.

    Naik rakit tu memang best!

    ReplyDelete
  11. Dan Arif:

    Kekekeke, nak naik van pon tak muat nak lalu celah-celah bangunan tu kekeke.

    ReplyDelete
  12. Mie:

    Haah memang standard la kot untuk menu muslim, dan senang nak order :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS