2013-05-16

Guilin (China): Muslim Food + The Sun And Moon Pagoda (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Selamat Hari Guru! Terutama kepada guu-guru yang mengajar saya dari tadika sampai ke universiti! Terima kasih di atas ilmu yang kalian berikan!~ Cewah. (Serius ni). 


Setelah selesai melawat Reed Flute Cave yang menawan hati dan sangat berwarna-warni, kami menaiki bas semula untuk pulang ke Guilin City. Jam masa tu dah dekat pukul 5.30 petang dan keadaan cuaca sangatlah gloomy. Alhamdulillah keadaan jalanraya pulak takda la sesak sangat, tapi keadaan dalam bas yang sesak dek kerna ramai pulak penumpang yang nak ke bandar. Jadi perjalanan yang memakan masa lebih kurang 40 minit tu terasa sangat panjang.

Dalam perjalanan, kami nampak ituuuuu~! 
Lokasi seterusnya adalah untuk memenuhkan perut yang kelaparan. Sewaktu perjalanan untuk ke Reed Flute Cave tadi, kami ternampak signboard restoran Muslim berhampiran dengan stesen bas Gulin. Jadi bile dah mula masuk bandar, kami masing-masing alert dengan keadaan sekeliling sambil mengira-ngira kedudukan perhentian bas yang mana untuk kami berhenti (takut terlepas restoran makanan halal tu). Dan kami pun turun di hentian bas berhampiran dengan Stesen Bas Guilin. Dari hentian bas tersebut, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 10 ke 15 minit menuju ke restoran makanan halal yang kami nampak tadi. Senang jugak nak cam restoran makanan halal kat sini sebab kebanyakannya mempunyai papan tanda halal. Ada tulisan jawi di atas papan tanda restoran. 

Menapak dari stesen bas ke kedai makanan halal.
Bila dah sampai ke restoran Muslim tu, masing-masing serbu meja dan tengok menu makanan yang ditampalkan besar di dinding kedai. Untung ada gambar sekali, jadi senang kami nak pilih, main tunjuk-tunjuk je kat orang kedai tu. Kalau nak tau harga, pekerja kedai tu akan tunjuk pada menu di atas meja, sebab diorang tak tahu nak cakap harga dalam bahasa inggeris. Heheh lucu jugak masa tu sebab semua main tunjuk-tunjuk.

OK jumpa juga akhirnya restoran yang dicari. Kecik je kedainya, muat-muat je kalau kami masuk hehehe.
Tu dia papan menu besar dok lekat kat dinding! Tunjuk-tunjuk je kalau nak makan apa.
Ni la ruangan membuat mee tarik tu!
Dan ini adalah tukang masak kami pada hari itu. Sedap tau masakan dia. Amacam gaya dia pakai tudung ada macam KAK SENDUK tak? Apa tak kenal Kak Senduk??? Sila Google.
Makan dimasak oleh tukang masak wanita dan dia masak sangat cepat! Kat sini jugak buat kali pertamanya aku dapat makan Mee Tarik (Lamian)! Katanya mee tarik ni popular sungguh kat China ni, dan cara pembuatannya juga unik! Kali ni memang diorang buat mee tarik tu dpan mata, jadi tiada keraguan di situ. Sekali tengok gaya mamat tu tarik-tarik mee, memang kagum la sebab sekelip mata je dah jadi mee tarik yang halusssss~. Lepas dah siap di uli, mee tu akan di dimasukkan kedalam sup yang sedang mendidih untuk mencelurkan mee tersebut. Bila dah cukup kembang barulah ianya dihidangkan atau dimasak dengan pelbagai jenis masakan.

Menurut kajian, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat mee tarik ni adalah tepung gandum, telur, garam dan air. Yang paling penting adalah teknik pengulian, dan teknik tarik-tarik tu. Kalau tak reti tarik makanya bukanlah namanya mee tarik! Hahah. Jom layan video kejap, macamana mee tarik dibuat di kedai makanan Muslim di Guilin (berhampiran stesen bas Guilin) ni.



Jom layan mamat ni buat mee tarik! Live from Guilin katanya hahaha. 

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Hari pun dah gelap, sebab malam kat Guilin ni cepat, dalam pukul 6.30 petang dah gelap dah. kami akan berjalan kaki menuju ke Pagoda Temple yang diberi nama The Sun and Moon Pagoda. Sebenarnya Pagoda ni merupakan antara tourist Attraction di Guilin. Apa keistimewaannya?

Ni namanya nasik berlauk daging lembu dan lada benggala.
Yang ni pulak, mee tarik dengan daging dan kentang.
Dan yang ni pulak mee tarik dengan daging dan sayur bawang. (pepandai je aku bagi tajuk)
Tukang buat mee tarik kami!
The Sun And Moon Pagoda

The Sun And Mood Pagoda ni merupakan pagoda berkembar yang satu mempunyai material kaca (The Moon) manakala satu lagi mempunya material kuprum, emas dan glitter. Kedua-dua pagoda ini terletak di atas sebuah tasik iaitu Banyan Lake di tengah-tengah bandar Guilin. Dan terdapat sebuah laluan di bawah air yang juga merupakan underwater aquarium yang menghubungkan ke dua-dua pagoda tersebut. Sebenarnya aku pon baru tahu pasal aquarium bawah air tu, serius tak sangka pulak ada underwater aquarium kat situ! Kami tak pergi pon ke aquarium tu sebab aku tak tahu benda tu ada hahaha keji tak? Tu la sapa suruh tak baca awal-awal sebelum terjah. Tapi tak apa lah, asalkan dapat melihat keindahan kedua-dua pagoda tu di waktu malam sudah cukup menggembirakan.

NOTA: The Sun and Moon Pagodas are located on Banyan Lake in Guilin. The moon pagoda stands seven storeys high which is a glass tower. Implication of the carved doors and windows on each floor painted a different theme, rich in traditional Chinese flavor. The taller of the two, at nine storeys high, the Sun pagoda is copper decoration, consumed 350 tons of copper, gold and glitter, and a lift for visitors sightseeing ride. All components entirely by copper mural decoration, the whole tower of copper hit a three highest in the world - the world’s the highest copper tower, the world’s tallest buildings in bronze, the world’s tallest water tower. There is a 18 meters-long underwater aquarium link the Sun and Moon Pagodas. There is a wonderful walk along the lake’s edge which at night is just magic and is popular with locals and tourists alike.- Sumber Google.
Pada waktu malam, kedua-dua buah pagoda tu akan bersiram cahaya. memang cantik la, dan sesuai untuk sesiapa yang suka bergambar la. Kami pon berjalan mengelilingi Tasik Banyan tu sambil menyaksikan keindahan pemandangan kat situ. ramai jugak orang malam-malam tu, tak tahu la sebab apa. Mungkin sebab cuti kot? Atau mungkin juga sebab memang rakyat China tu ramai kan. Serius aku memang tak boleh nak adapt lagi tentang keramaian masyarakat China, asyik rasa pelik je kenapa sana-sini ramai orang, walhal memang negara diorang ramai manusia hehehe.

Yang kuning tu The Sun, yang putih tu The Moon.
Lagi gambar The Moon and The Sun
Lama jugak kama lepak kat tasik tu, nak jalan kaki bukan main malas, sebab masing-masing dah lenguh-lenguh kaki akibat menapak lama. Maklumla, dari restoran muslim ke pagoda tu berjalan dekat sejam kot. Siap dengan sesat-sesat cari arah dan was-was lagi samada jalan yang kami lalu tu betul ke tak, sebab masing-masing tak bawak peta.

The Moon
Lagi.....
The Sun
Lagi...
Dah puas pusing-pusing tasik, kami pon berjalan kaki menuju ke Wada Hostel. tapi kali ni nekad naik bas sebab dah tak sanggup berjalan. Tambang bas pon 1 yuan je (RM0.50) so memang tak berkira la kalau nak naik bas. Nak jalan kaki memang dah tak larat la. Tapi masalahnya bas yang kami naik tu terlajak pulak masuk laluan lain, so terpaksa jugak kami menapak balik ke Wada Hostel, pasrah je la. Malam tu kena packing barang siap-siap sebab kami akan ke Yangshuo pulak keesokan harinya. So, akan check-out dari Wada Hostel. Ok nanti aku sambung kisah ke Yangshuo pulak yer.

Eksperimen tak menjadi sangat...."I Love Guilin" katanya hehehe
Dan ini memperkenalkan Tansree Coco selaku model eksperimen saya.
Bersambung....

WASSALAM.

22 comments:

  1. La Mien tu mmg sedap..kalau tak pandai tarik bukan mee tarik namanya tapi mee gulung hikss

    Kak Anash..kenapa muka mcm kena paksa je jadi model tu heeee..janggel jahat tau..kesian pada kak Anash..heheeh

    ReplyDelete
  2. Standard sungguh menu makanan dia orang, kat mana2 bandar pun serupa camtu... Memang baguslah, sebab menyenangkan pelanggan...

    ReplyDelete
  3. so kak anash la yg tukang tulis laju2 tu??? muka paksa rela jer. hahahaha!

    ReplyDelete
  4. untunglaaa tansree masuk sbg penutup gambar~ kekeke

    ReplyDelete
  5. semua menu nampak sedap, bagi tajuk sendiri pun takpe janggel, yang penting boleh kenal kan, senang nak order nanti, hehe...

    ReplyDelete
  6. tudung kak senduk ek..
    btw, sapa yang makan Nasik lauk daging lada benggala tu..respect beliau hehe..
    pagoda tu lawa ah..

    ReplyDelete
  7. hamboiiiiiiiiiiiiiiii Janggel!!!
    biasa dia nih!!
    muka akak berlengas dengan peluh n minyak tuh!!!!!
    cis!! ilang kejelitaan akak!!
    cis!! (lagi sekali)

    iya..kena 'paksa' jadi model.

    demi keriangan berganda katanya?

    ReplyDelete
  8. Lamian tu membuatkan saya rindu dan gian...ishh ishhh...terliur saya dibuatnya. Inilah makanan kegemaran saya. Saya makan ini setiap hari selama 9 bulan di China.

    ReplyDelete
  9. part kak senduk tu aku bleh blahhh.. hahahhaa....! lol

    ReplyDelete
  10. mee tarik.. membuat aku pun tertarik hahaa...

    oh baru kenal kak senduk huhuuu..

    ReplyDelete
  11. Jari Manis:

    Kan sedap kan mii tarik tu.. hahah kalo dah lapo semua sedap.

    Kak Koko adalah model rasmi saya ye. sila akur dengan arahan hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum!! Boleh ws tak? Sbb nak tnye psal guilin.. 0132887752

      Delete
    2. tak berapa tahu sangat pasal guilin. tanya je di sini nanti saya reply.

      Delete
  12. Mie:

    Haah rasa mana-mana kedai makanan muslim menunya sama je kot.

    Menu besar di dinding memang memudahkan pelanggan.

    ReplyDelete
  13. Biqque:

    Yang tulis laju2 tu aku le. Kak anash cuma model rupa je kekekek.

    ReplyDelete
  14. Henry Fox:

    Gitewww, tansree katanya.

    ReplyDelete
  15. Orga:

    Haah nampak sedap menu tu, rasa macam nak oder semua kekeke

    ReplyDelete
  16. Dzuchan:

    Haah macam entry tudung kak senduk kan.

    Nasik berlauk lada benggala dan daging tu saya yang makan.

    Pagoda tu lawa waktu malam hehe.

    ReplyDelete
  17. Tansree Koko:

    Amboi suka le tu kannnn kekeke.

    Model paksa tau!

    ReplyDelete
  18. Kak NA

    Wah makan mee ni tetiap hari?? Tak jemu ke? hehehe

    ReplyDelete
  19. Abang Fadli:

    Hahaha lawak jugak kan!

    ReplyDelete
  20. Time Traveler Boy:

    Try la rasa mee tarik tu kompom tertarik hehee.

    Dah kenal kak senduk? Hahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS