Posts

Showing posts with the label Visa

Guilin (China): The Journey Begins (Part 1) - VISA And Wada Hostel, Guilin

Image
Assalammualaikum! Amacam semua? Ada yang balik kampung untuk mengundi? Saya sudah untuk pertama kalinya mengundi di kampung sendiri hehehe. Gigih tau turun je flight  terus pecut kereta balik kampung! Tahniah kepada parti yang menang, jangan dilupa tanggungjawab besar amanah rakyat di bahu kalian. Yang kalah, teruskan melawan supaya ada rasa 'cuak' pada diri yang menang ye. Gitewww. * * * Ok, alhamdulillah trip selama lapan hari aku telah selamat berjalan dengan jayanya. Syukur aku dan kengkawan diberi kesihatan yang baik sepanjang tempoh pengembaraan kami. Untuk makluman juga, trip secara keseluruhan adalah bermula di Hong Kong kemudian turun ke Macau, Shenzen, Guilin, Nanning (China), Halong dan berakhir di Hanoi (Vietnam). Secara rasminya aku, Tansree Coco dan Dan Arif hanya join trip bermula dari Guilin sahaja manakala   MasMZ pula join trip dari Shenzen dan selebihnya John, MasZuber dan 2 orang adiknya yang bermula dari Hong Kong. Jumlah hari untuk...

Amazing Japan (Part 1): From Kuala Lumpur To Tsukuba, Ibaraki (Meeting New People)

Image
Assalammualaikum! [Ketik sini untuk Teaser 1 , Teaser 2 , Teaser 3 , Teaser 4 dan Teaser 5 ] Ye banyak sungguh teaser yang telah dikeluarkan (bertabahlah sebab masih lama lagi aku di sini). Bukan apa, untuk minggu pertama ni tak sempat lagi nak menulis panjang lebar tentang perjalanan aku ke Negara Matahari Terbit ni. macamana kisah ini bermula? Nanti akan aku ceritakan satu persatu secara terperinci. Memandangkan sekarang ni masih dalam mood Hari Raya Aidil Fitri, tercatat jugak sejarah pertama dalam hidup aku ber Hari Ray a di perantauan. Ok tu nanti akan aku ceritakan jugak pengalaman berpuasa dan berhari raya di perantauan. Mungkin tak sehebat dan tak sebest mana pon kisah aku ni, tapi cukuplah sekadar menjadi memori terindah dalam hidup... janji ada!. Aku dijadualkan untuk berlepas ke Jepun pada 11 Ogos 2012, untuk menimba ilmu katanya. Takde la lama mana ke Jepun tu, cuma beberapa minggu sahaja, tapi ia merupakan tempoh berada di luar negara paling lama bagi aku...

Counting Days to India (Part 1): VISA Application And The Untold-Story

Image
Assalamualaikum!!! [ Countdown: 4 days to go... ] Ok hari tu aku ada keluar teaser pasal Visa kan? Nak masuk ke India bukan seperti masuk ke Singapura, Thailand atau Korea Selatan . Kita memerlukan VISA, tak kiralah samada Business Visa, Conference Visa, Diplomatic Visa, Employment Visa, Emergency Visa, Entry Visa, Journalist Visa, Medical Visa, Missionaries Visa, Permit to re-enter within 2 months, Research Visa, Student Visa, Tourist Visa, Transit Visa. Dalam kes aku yang nak melancung ke sana, aku perlu memohon Tourist Visa . Aku apply Visa ni pon dah kira last minute jugak, lagi dua minggu sebelum berangkat barulah kelam kabut nak isi borang, ambik gambar dan sebagainya. Penat tau sebab rushing! Lepas tu jenuh pulak fikir macamana nak hantar borang Visa ke Pejabat Kedutaan India tu sebab masing-masing kerja dan tak boleh nak cuti. Alhamdulillah , Cawan (Chawana) sudi menolong kami memandangkan beliau bekerja shift malam tambahan pula Cawan pernah pergi ke pejaba...