2008-11-25

::Road Tax dan Kerja~Shhh.....::

Haluuu.. ish..penat deh..dah dua hari pusing-pusing kawasan proses tanpa mengetahui kenapa aku perlu berada di sini..akhirnya hari ni segala persoalan terjawab juga. Memang ada sebab mengapa aku di sini.

Sejak hari pertama, sampai je di hotel, aku terus lepak...buka Labtop dan search kalau-kalau ada wifi. Yes!! Ada! Alhamdulillah ..tak la bosan sangat aku kat sini.

Tapi ada satu perkara yang memang sangat mengecutkan perut aku. huhuhu masa ku drive kereta haritu, dan setelah lebih separuh perjalanan, baru aku perasan yang road tax kereta aku dah MATI!!! Ayooooo cuak giler aku nih. Dengan perasaan cuak yang sangat membara, aku teruskan jugak perjalanan yang jauh nih dengan harapan takdelah pak-pak polis yang tetiba muncul buat roadblock huhuhuhu.

Sedikit pasal roadtax kereta aku::

Tarikh tamat tempoh roadtax aku sebenarnya pada 1 November 2008. Dan sepanjang tempoh tersebut sehingga ke hari ini, dah macam-macam tempat aku pergi! Balik kampung 2 kali, ulang-alik KL - Putrajaya- Rumah aku entah dah berapa puluh kali... hehehhe lawak jugak kalau dipikirkan. Sumpah aku tak perasan langsung pasal tu.

Sampai sekarang, masalah roadtax aku masih belum settle..apa-apa pun aku kene balik KL dulu untuk settlekan semuanya..Still ada beberapa hari lagi untuk settlekan kerja di sini.. dan nasib baik jugak ulang-alik darik hotel ke tempat kerja ada orang hantar dan jemput. Dan mujur jugak kawan-kawan sekerja masing-masing bawak kereta. Tak la aku terperuk je hehehe. Dan kete aku?? Tersadai je la kat hotel....huhuhuhu sian...dia.

Pasal kerja yang aku buat ni plak, ianya satu attachment program dengan satu company yang Terbesar di Malaysia ni.. dan penyumbang kepada ekonomi Malaysia jugak sebenarnya. Jadi agak rugi la kalau tak mengauk apa-apa ilmu yang ada kan! dan Staff-staff kat sini semua ok dan tak banyak songeh. So overall aku suka!!

Ok lah. Nak mandi jap..penat masih belum hilang...Kalau ada masa, aku update lagi.
Lokasi dirahsiakan agar terselamat hehehe. Dah selamat nanti baru boleh cerita ...


[erk...jangan pecahkan rahisa ek pasal road tax kete tu];P

10 comments:

  1. kih3..sampai lupa nk uruskan roadtax..
    nak pecahkan rahsia satu malaya.ha3

    ReplyDelete
  2. Oitt.. jangan gatai ye nak pecah rahsia kuikuikui...

    ReplyDelete
  3. ari tu roadtax mati gak kan?
    ke insurans taman tempoh?
    or ko lupa renew lesen?
    aiya ko nih..amat bahaya

    ReplyDelete
  4. haritu lupe renew lesen daaaaa...same case sampai berbulan-bulan...huhuhu

    aku memang bertambah kritikal laaaaaaaa bab2 nih...canne ekk nak bagi ingat?????

    ReplyDelete
  5. POLISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!

    ni ada org road tax dia da mati..pastu dia g jenjalan [jenjalan ke??] bw kete tuh...saman dia polis...

    hehehe..

    ~~semoga selama pulang..ko keje apa??~~

    ReplyDelete
  6. Ishhh apa la ko ni adam...senyap-senyap dah ler!!!!

    Aku keje apa?? ala keje yang halal...SYMP..kuikuikui.

    ReplyDelete
  7. poliss!! polisss!!!! sini ada orang rodtek kreta mati tapi dia pegi jln2 gakkk!!! hehehhe.. relax la bro. saya pon pernah kena, siap mati dah 12 hari lagi tu tapi mujur if kat area kl ni jarang nak ada roadblock melainkan memalam buta. siang2 weekday insyaallah takda. apapon saya doakan bro selamat pergi selamat balik... aminnnn.... p/s : kalo lepas selamat kena belanja pisang ni. hehhehe....

    ReplyDelete
  8. i PuN NaK Pi BocoR RaHsia GaKSssss...... NieH ENceK JaNGGeL NYeR RoaDtaX DaH MaMPuiH!!!!! NaNTi Dia NaK BaLik DaRi MeLaKa..... PeH2 NaK G TeNGoK MaK YoNG.... PeH2 Nak G TeNGoK BoLT.... PeH2 NaK G TeNGoK PuTeRi Sa'aDoNG.... PeH2 tuttttttttttttttttttttttttttt (DaH KeNa SaMaN LoM???) HaHaHa

    ReplyDelete
  9. cik sAYA:: alhamdulillah dah selamat dah pon.. thanks la sebab mendoakan kesejahteraan janggel kekkeke.

    ReplyDelete
  10. wah..wah..wah..cik masss.... sesuka hati yerrr.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!