2008-10-14

::Review Filem: KAMI the Movie::

Agak lama sebenarnya aku tak buat benda nih, maksud aku menonton wayang dan mengabadikan kisahnya di dalam lembaran blog aku. Tak silap aku dah lebih dua bulan kot. Betapa dan berpuasa dari menonton wayang. Hehehe.

Tapi macamana plak aku boleh kembali terjerumus ke lembah penontonan wayang ini? (ayat apakah ini?) Canni, biar aku ceritakan...

Semalam, tatkala hujan renyai-renyai di waktu petang, around 3 o'clock, aku mendapat satu SMS dari nombor yang tak dikenali berbunyi:

"Jom tengok KAMI malam ni, aku takda kredit, balas kat nombor aku.-Deennasour a.k.a. DINA sour [hehehe].

"Dan sepantas kilat aku membalas jawapan SMS tersebut"

Maka bermulalah semula sesi menonton wayang bersama Deennasour seperti sediakala .Tempat favourite mestilah di TGV yang paling dekat dengan umah aku dan umah Deen, iaitu Sunway Pyramid. [tempat yang tak sesak dan kalau pergi beli tiket on d spot mesti dapat punya]. Sebenarnya dah lama aku dan Deen merancang nak tengok cerita KAMI tuh memandangkan both of us adalah 'kipas besar' kepada drama bersiri KAMI yang ditayangkan di 8TV satu ketika dahulu.

Review::

Kalau anda ingin mencari kelainan dalam menonton filem-filem Malaysia, aku rasa filem ini adalah jawapannya. Walaupun ia merupakan sebuah filem low budget, tapi bagi aku ia sudah cukup mengetegahkan jalan cerita yang boleh menyentuh emosi dan perasaan penonton. Filem KAMI sebenarnya merupakan rentetan daripada siri drama KAMI yang ditayangkan tidak berapa lama dahulu di 8TV. Ian mengisahkan sekumpulan 5 orang remaja sekolah yang bebas, mempunyai masalah tersendiri dan meminati satu perkara yang sama iaitu gig band.

Ali: Seorang remaja yang hidup dalam sebuah keluarga berada namun terhimpit di antara konflik perbalahan kedua ibubapanya. Perpisahan mereka menjadikan kehidupan Ali sunyi dan dari situlah dia terdorong untuk bergaul dengan rakan-rakannya. Ali juga pernah terlibat dengan dadah satu ketika dahulu [siapa yang tengok drama bersiri, tahulah].

Abu: Juga seorang remaja bermasalah. Dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak akibat mencuri. Di sana dia sering dibuli sehingga dia terdorong untuk melarikan diri dari situ. Di rumah, ayah Abu seorang yang tegas dan tidak menunjukkan kasih sayang secara direct terhadap Abu, dari situlah Abu terasa terpinggir dan mencari arah bersama teman-teman. Terdapat juga sejarah diantara abu dan abangya yang diceritakan sewaktu drama bersiri KAMI.

Sofie: Seorang gadis cantik, berdarah campuran yang turut mengalami masalah keluarga yang sama seperti Ali. Ibu dan bapanya telah bercerai dan kini dia tinggal bersama ibunya yang sering mencari peluang mendampingi lelaki untuk menggantikan tempat ayahnya. Akibat ketidakselesaannya berada di rumah, Sofie sering menghabiskan masa bersama kawan-kawannya. Sofie dan Ali pernah ada sejarah satu ketika dulu.

Adii: Merupakan sepupu kepada Ali. Seorang yang gemar menghabiskan masa di internet, berchatting mencari teman. Adii juga adalah teman baik Sofie, secara tidak langsung, mereka sering keluar melepak bersama-sama. Adii juga pernah ada sejarah bersama keluarga Abu...

Lynn: Antara watak utama yang menghidupkan filem ini. Jika anda telah menonton drama bersiri KAMI, anda akan faham perjalanan hidup Lynn dan ibunya yang menguruskan perniagaan gerai makanan. Disamping itu, Lynn juga merupakan seorang penulis majalah KAMI dengan memakai nama samaran 'Teka-Teki". Keseluruhan filem ini dibayangi kisah hidup Lynn yang menjdai punca konflik di akhir cerita.

Kehidupan kelima-lima remaja ini semakin bebas setelah tamatnya peperiksaan SPM. Dan konflik bermula sebaik sahaja Lynn terserempak dengan sejarah hitamnya dahulu. Boy, seorang pengedar dadah, pernah menjadikan Lynn sebagai 'flyer'nya dek kerana kesempitan hidup Lynn ketika itu. Lynn juga masih berhutang dengan Boy, sehingga menyebabkan dia terpaksa meneruskan kerja kotortersebut. Konflik terjadi apabila Boy mula mengganggu rekan-rakan Lynn dan ini membuatkan dia rasa tidak selesa terutamanya rahsianya sedikit demi sedikit terbongkar.

Ali pula, semakin tertekan dengan keadaan keluarganya apabila sering melihat ibunya keluar dengan lelaki lain sebagai calon ayah tirinya, sehingga dia kembali merancang untuk mengambil dadah. Dari situlah Ali mendapat tahu siapa sebenarnya Lynn.

Abu yang telah melarikan diri daripada pusat pemulihan, tinggal di rumah Ali. Kenangan bersama abangnya kembali segar apabila dia mendapat tahu bahawa baju yang dipakai oleh abangnya rupa-rupanya adalah hadiah daripada Adii. Adii pula tidak tahu yang Abu adalah adik kepada teman chattingnya itu, yang telah mati ditikam dalam drama bersiri KAMI.

Sofie, secara tidak langsung terjerat di dalam konflik percintaan di antara boyfriendnya Zarul dan kawannya Ali.

Secara keseluruhannya, filem ini banyak memberi fokus kepada kisah hidup Abu , Lynn dan Ali. Tidak banyak yang diceritakan tentang Sofie dan Adii. Mungkin penilis filem ini beranggapan bahawa semua penonton telah menonton drama Bersiri KAMI atau mungkin ini merupakan strategi mereka untuk mengaut keuntungan dalam erti kata sebenar?? Siapa tahu kan...Apa-apa pun, filem ini boleh dikategorikan sebagai OK lah dan tak bosan, terutamanya part syahdu di akhir cerita.. apakah part yang syahdu itu??? pergilah menonton Filem KAMI!

video

6 comments:

  1. wa.bestnye..antr la kat sini gune ym...hehe

    ReplyDelete
  2. huhuhu nak guna YM ker? alamatnya setahun pon tak tentu sampai.. ala ko downlad jer kat Youtube... ok jugak.. hehehhe...nanti kalau ada teknologi terkini guna YM aku hantar ek.

    ReplyDelete
  3. Hahahahah Labtop ko dah pulih ke????

    ReplyDelete
  4. baru semalam merancang nk tgk citer nih kt Mid Valley..tp tak sempat sbb dtg lmbt..huhuhu..

    (da merancang b4 diz movie kluar lg nk tgk..smpai arini tak tgk2 lagi..)

    ReplyDelete
  5. Awatnyer tak sempat pulak encik adam..best woo..rugi tak tengok heheheh tolong promote..len kali aku ajak ko yer kiter buat rombongan .. :P

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!