2008-12-04

::Menu Hari Itu::

Semalam tiba turn aku pulak masak makan malam kat umah. Huh time tu jugak la ramai yang nak datang makan. Aku pon jenuh la pikir nak masak apa kan...so pikir punya pikir dapat la idea ni. Aku nak masak menu special aku yang aku reka sendirik hahahaha. Tapi berdasarkan puji-pujian yang diterima:

"Ish sedapnya..macam masakan sebenar!!!"

Aku rasa sedap la kot. [Erk..masakan sebenar? masakan main-main ada ker? Macam campak-campak pasir, batu, rumput dalam periuk? camtuh ker??? sabo je lah]. Ha.. nak tau apa yang aku masak?

MENU:

'IKAN GORENG TAUCU' DAN 'KANGKONG GORENG BELACAN'

Hehehe persamaan kedua-dua masakan tersebut adalah pada hurup 'C' pada tukang masaknya yang hebat. [kah..kah..kah masuk tong drum pastu angkat sendirik!...]

Kekdah memasak 'Ikan Goreng Taucu' versi Mr. Janggel ni simple je:

  1. Goreng la ikan apa yang korang suka [jangan ikan phirana ker..ikau paus ker..ikan jaws ker sudah]. Janji ikan tersebut cukup masak dan garing. [Aku suka yang garing-garing sebab terasa nikmatnya].
  2. Dah goreng ikan tu keluarkan "mereka" dari kuali. Then barulah mulakan untuk memasak kuah taucu. Seperti biasa tumis bawang besar [kuantiti ikut suka]. Dah agak naik baunya masukkan pula bawang merah dan bawang putih beserta cili padi yang telah dikisar. Tumis sehingga menusuk ke hidung aromanya itu yer puan-puan.
  3. Dah siap tumis tu biarkan ia mendidih. Ops lupa...masa blend menatang-menatang tu tadi bubuh skali air yer...
  4. Masukkan taucu yang dibeli di kedai Pak Abbas yer [tolong promote kedai belakng umah]. Suka hati korang la nak bubuh banyak mana. Aku bubuh satu peket tu habis semuanya. Then masukkan juga air asam jawa.Yum..yum...baunya sudah menggamit kucing-kucing jiran ke belakang rumahku....Biarkan kesemua ramuan yang ditumis itu mendidih tahap dewa. Biar masak betol..takut-takut nanti sakit perut pulok. Ow ya jangan lupa bubuh gula secukup rasa bagi me'neutral'kan rasa masin dari taucu tadi.
  5. Dah mendidih barulah masukkan ikan yang digoreng tadi. Biarkan seketika dan boleh la masukkan juga Cili hijau bagi menaikkan seri masakan anda. Dalam kes aku..tak payah bercili-cili hijau....takde sape nak tengok pon.
  6. Dah masak...hidangkan dan bersedia untuk dilantak....erkkk..sedap ker?? rasalah hasilnya sendiri.
Haaaa tu dia resepi buatan sendiri yang aku cedok merata tempat. Tapi puas hati jugak la sebab menjadi. Member aku pon cakap sedap...siap tercucuk tulang lagi jari-jemari dia. [Padahal aku dah siap sumpah dalam hati...siapa yang mengata masakan aku senyap-senyap terkenalah tusukan tulang ikan itu...hahahah boleh ker camtuh???] Hanya yang merasanya sahaja yang tahu.

Pasal Kangkong Goreng Belacan tu? Hmm senang sangat..campak-campak je lah apa yang patut...Rasanya korang pon buat lagi sedap kot dari aku..

Nak cube ke resepi aku tuh?? Tak payah lah...bukan sedap sangat pon [sambil menganggukkan kepala]. Kalau nak cuba jugak, terpulang lah..ini resepi orang bujang, makanya serba kekurangan.

Apa-apa pon, aku bangga sebab aku dah pandai masak!!!!

[p/s: Ha.......aku dah menunaikan janji untuk membubuh resepi ini di dalam blog aku...jangan bising-bising lagi!!!!]

Inilah Hasilnya.....

10 comments:

  1. janggelll.. nampak mcam sedap dan sngje ikan tauchu tu..nanti say nak cuba gak la, boleh? (kene mintak ilmu terang2an baru masakanku boleh menjadi, huhuhuhu). tapi kat rumah saya takde kedai nama kedai pak abbas. camne ni? huhuh..annti tak menjadi ikan masak tauchu saya camaneeee????

    ReplyDelete
  2. Hahahahah nampak je macam sedap kot cik saya??? kalau nak cuba ..Bolehh....tak payah bayar pengeras pon..cuba je lah.. Kedak Mak Minah ada tak? Kalau takde try la kedai apa-apa mpon janji ada rupa taucu. hikhikhik..

    Alamak...tak pasal-pasal jadik tukang masak...

    ReplyDelete
  3. uish...siap ada resepi arr...

    leh cuba n try nih...

    ReplyDelete
  4. wah..pandai memasak la...
    ni yang nak suruh masak ni kalau datang umah..
    muakakaka...

    ReplyDelete
  5. Cik Yanie:: Ha cu be la terai..pastu test skali ek...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Aie:: Kuang-kuang-kuang...masak maggi je lah ...

    ReplyDelete
  7. waahhh...da hupdet skin la dia ni..lawa!!

    erm..bila ko post entry ni..aku baru teringat kenangan kt Jordan dulu..kene masak..aku da la mls gler mmsk..nk beli brng, lagi2 kalo winter..ber+++ mls nyer..bertmbh sadis bila tgh tak de duit, turn msk smpai..org plk dtg umah rermai ibarat itu adlah rumah kebajikan..taw2 je time mkn dia dtg..hahaha..tp tetamu kene layan bbtul beb..

    p/s: nnti aku nk post entry bab resepi aku kt sana yg paling simple dan digemari oleh ramai..syok abes!!

    ReplyDelete
  8. Hahahah thanks encik adam atas pujian ke atas blog ku ini.hehehe terharu..

    Itulah..sape yang pernah jadi org bujang dan dok reramai satu rumah mesti pernah mengalaminya..

    Gudddddddddddd...ko bubuh la resepi apa2 aku nak try gak.

    ReplyDelete
  9. aku sure..resepi ni paling mudah sekali ko nk ikot..gerenti punya la..ko cuba taw bila aku post entry tuh nnti..

    ReplyDelete
  10. Adam:: Hahahaha tak sabar plak aku nak cuber nih ....takper..sabar...sabar..

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS