Posts

Showing posts with the label taman negara

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)

Image
Assalammualaikum!!! Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni . Sorry la lambat sangat nak habis. [ Sambungan daripada Part 3 ] Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi. Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi , yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ.  So kami bergerak untuk ke Night Safari leb...

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 3)

Image
Assalammualaikum!!! Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan, so apa pencapaian korang setakat setengah tahun 2014 ni? Ada yang dah menambah ahli keluarga, yang menambah harta, yang menambah kengkawan dan macam-macam lagi ye tak? Yang penting, hidup mesti diteruskan. Pedulikkan apa orang nak cakap, jagan susahkan hidup orang sudah.  Ok ayuh sambung kisah di Taman Negara Pahang. (Orang lain dah habis buat entry Taman Negara ni, aku still tak habis-habis lagi. Entah la, kalau ada yang sudi nak baca.... silalah) [ Sambungan daripada Part 2 ] Ok kalau di sebelah pagi dah gigih memanjat di canopy walk, sampai pecah-pecah kemera, so sebelah petangnya pulak merupakan masa yang paling aku tunggu-tunggu. Masa untuk menyelusuri Sungai Tembeling, menyaksikan pemandangan indah yang aku impikan sejak sekian lama! (ewah ayat tak boleh blah!). Kalau sebelum ni asyik tengok dalam kalender je gambo-gambo cantik kat taman negara tu, lalu tengah sungai sambil tengok ...

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 2)

Image
Assalammualaikum! Memang mengambil masa jugak nak buat satu entry ke satu entry. Maaflah sebab aku ni jenis kalau nak menaip kene pikir lama dan buat rujukan sana-sini. Ada la jugak rujuk-rujuk pada GOOGLE , dan mana yang aku rujuk tu aku aku tulis sumbernya... so orang tau la itu sumber dari mana. Tapi kebanyakkan yang aku tulis ni memang berdasarkan pengalaman sendiri, jalan cerita dan pemerhatian sendiri. So, kalau ada yang elok tu cedok lah, tapi yang tak elok sila buang jauh-jauh. Ok jom teruskan hari kedua di Taman Negara. [ Sambungan daripada Part 1 ] Hari kedua di Taman Negara, pagi-pagi dah bangun sebab dikejut berkali-kali  oleh whasapp daripada bos, tanya itu ini, walhal aku tengah cuti kot! Kalau ikutkan memang malas giler nak bangun pagi, tapi disebabkan ada beberapa aktiviti lagi yang kami nak buat hari ini maka digagahkan jugak la diri ini. Lepas bersiap mandi dan mengenakan pakaian yang sesuai untuk masuk hutan, kami pun berjalan kaki ke...