Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Part 1)
 Assalammualaikum!!!       Hi semua, amacam rindu aku tak? Hahaha perasan sangat ada orang rindu kan padahal tak siapa pun kisah pasal aku ni kan. Lols. Ok la seminggu dua ni busy  sikit, dengan kerja dan sakit, demam, batuk, seleseme sampai hilang suara (suara dah macam  Cakra Khan  dah seminggu). Harap-harap cepat la pulih seperti sedia kala, tak sabar dah nak menyumbangkan suara sendiri di pusat-pusat karaoke berhampiran.     Ok mari aku cerita kisah #backtonature  kali ini bersama beberapa orang kawan  #travelholicawesome  dan kengkawan lain.     Kami ke Taman Negara Pahang!     Al-kisah, bermula perancangan untuk menjejak Taman Negara Pahang  selepas selesai program #backtonature  di Hutan Simpan Royal Belum pada pertengahan April dulu. Idea asal adalah daripada Chawana , katanya teringin sangat nak pergi ke Taman Negara Pahang.  Aku pulak memang dah menjadi cita-cita sejak zaman sekolah menengah lagi nak menjejak kaki ke Taman Negara Pahang  ni. Terbayang-bayang dah naik samp...